hai assalammualaikum
Nasi Lemak Pandan Mieeza - Malam tu teringin nak makan nasi lemak. Jadi teringatla dekat Nasi Lemak Pandan Mieeza kepunyaan blogger Kamil Salleh, penulis blog sensasi2020.com .Dah lama tak bersua muka dengan abang Kamil Salleh ni. Rasa last dulu jumpa dekat Iftar Bersama Blogger Di Saloma Anjuran Denaihati. Kalau tak silap. Dan harini bertemu lagi di depan gerainya..
Dah lama tau dia berniaga nasi lemak ni, sebab kawan-kawan asyik post je. Tempat abang Kamil Salleh berniaga pun dekat dengan rumah nad. Jadi, ajakla mr mafia pergi gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza ni.
Nad bagitaula, lokasi Nasi Lemak Pandan Mieeza ni dekat Mid Point shoping Complex, mr mafia macam tau je. Bila sampai je ke destinasi, nad tengokla, mana shoping complex nya, tulis The Store?? Mr mafia cakap dulu shoping complex ni namanya Mid Point sekarang dah tukar..oooo..macam tu..hahaa. Biasalah nad bukan orang Kuala Lumpur. Mula tercari-cari jugak gerai bang Kamil ni dekat mana, rupanya betul-betul depan shopping complex tu. Khemah warna Biru. Ada banner tulis Nasi Lemak pandan Mieeza.
Gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza bertempat di tapak letak kereta
berhadapan pintu keluar-masuk Mid Point Shopping Complex, Pandan Indah,
Kuala Lumpur. Gerai ini mulai menjalankan perniagaannya pada jam 7 malam
dan ditutup jam 12 tengah malam.
Apa Specialnya Nasi Lemak Pandan Mieeza
Selalunya kita nampak nasi dia warna putih atau orang buat kukus, yang ni pulak nasi dia berwarna hijau. Tanyala dekat anak abang Kamil, macam mana nasi dia boleh warna hijau? Anak dia cakap nasi ni dimasak dengan menggunakan air perahan daun pandan. Sebab tu di warna hijau. Idea ni daripada abang Kamil sendiri. Biasalah, setiap orang nak berniaga lain-lain, takkan sama je kan. Baru ada keistimewaan di sendiri.
Malam tu nad bungkus dua, satu untuk mr mafia dan satu untuk nad. Nad amik lauk sambal kerang manakala mr mafia amik ikan keli. Banyak lagi lauk dekat situ, macam-macam ada..Yang lain sama, iaitu kacang, telur, ikan bilis dan timun. alhamdulillah malam tu kenyang. Sedap pun ye, dengan rasa sambal dia yang pedas dan manis.
Hah!!..mereka yang berdekatan Ampang, jemput la datang ek gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza ni..
Facebook: Nasi Lemak Pandan Mieeza
Assalamualaikum Nadia Johari. Jutaan terima kasih sudi review pasal nasi Lemak pandan Mieeza saya tu.
ReplyDeleteMoga bisnes saya bertambah dikenali ramai dan menjadi terkenal suatu hari nanti. Insha Allah....
Nasi lemak pandan Mieeza,
Boleh dapat di Pandan Indah,
Terima kasih tak terhingga,
Sudi review di blog kamulah.
Assalamualaikum Nadia Johari. Jutaan terima kasih sudi review pasal nasi Lemak pandan Mieeza saya tu.
ReplyDeleteMoga bisnes saya bertambah dikenali ramai dan menjadi terkenal suatu hari nanti. Insha Allah....
Nasi lemak pandan Mieeza,
Boleh dapat di Pandan Indah,
Terima kasih tak terhingga,
Sudi review di blog kamulah.