hai assalammualaikum

Ayam Panggang Restoran Rasamas - Hari minggu haritu nad ajak suami pergi makan luar. Kalau boleh, hari minggu, nad nak gantung kuali, malas masak..haaha. Nasib baik haritu mood suami ok je...hehee. Jadi kitaorang jalan-jalan cari la makanan sampai ke KPJ Tawakal. Bukan nak lawat orang sakit, tapi ada satu tempat makanan dekat situ yang kitaorang nak pergi. tetiba haritu nak makan ayam panggang..heehe.

Rasamas

Salah satu tempat makanan yang menjadi pilihan nad ialah Restoran Rasamas. Pertama kali nad jejak dekat Rasamas ni. Tak tau menu dia macam mana, cuma tau ada ayam panggang je. Selalu nad dengar pasal Ayamas je, tu pun sebab akak ipar selalu beli produk Ayamas frozen tu..hahaa. Tapi Ayamas dengan Rasamas tak sama ok. Ayamas jenis "take away", beli lepas tu balik. Tapi untuk Rasamas, boleh makan dekat situ. Lagi satu tak pernah pergi Rasamas sebab tak banyak tempat dia buka kan. Sebab tu berjalan sampai KPJ Tawakal ni nak rasa ayam panggang Rasamas.

Suka dia

Tengokla Fariza ni. Tau nak makan sedap..hahahaa.

Kaunter Rasamas

Suasana Rasamas

Menu yang ada

Sandwich

Dessert

Suasana di kedai Rasamas. Rasamas ni bertempat di Ground Floor dalam bangunan KPJ Tawakal. Bangunan baru ye. Antara menu yang ada di Restoran Rasamas selain ayam panggang, sandwich, kek, macam-macam dessert lagi. Ok jom tengok menu apa nad order.

Dua jenis Ayam Panggang

Tadaaa..ayam panggang sedap dah sampai. Ada dua jenis ayam panggang iaitu Ayam Panggang Percik dan Ayam Panggang Pepper. Ayam mentah yang dijual di pasaraya pon dah RM15 keatas, tetapi ini ialah AYAM PANGGANG RASAMAS, siap dipanggang, lazat, dan beraroma cuma berharga RM19.90.Dia disediakan sekali dengan sambal. sambal dia sedap sangat. Ayamnya pun empuk je. Banyak macam ni memang kena makan dengan keluarga. Tapi kalau dah sedap sorang pun boleh layan..hehee.

Ayam Panggang percik

Ayam panggang percik ni menggugat selera nad. Rasa percik tu tak sama dengan ayam percik luar..hahaa..memangla nak kelainan kan..ayam percik yang nad suka daripada black pepper. Ada rasa tersendiri.

Ayam panggang pepper

Ayam panggang Pepper, kasi close up sikit la..hehehe..

Set Family

Kalau bawak keluarga, ramai-ramai, korang boleh order set family ni. Macam nad order set keluarga. Ada yang untuk dua orang, ada untuk empat orang dan ada juga untuk enam orang. Masing-masing ada sidedish yang korang boleh pilih, dan menu tambahan. Berbaloi sangat!!. Harga pun murah dengan ayam seketul tu..kenyang weiii..

Set single

Sedap dia makan

Kalau korang datang sorang, berdating atau nak makan satu pinggan je boleh, ada je set tu. Ni la dia Roaster Rice with Japanese Tofu. Ada ayam, nasi dan tauhu dan air. Nak bagitaula, tauhu dia lembut sangat. sedap diamakan bersama nasi dan ayam panggang ni. Set macam ni pun dah boleh kenyang. Tofu tu fariza makan selera je..

Buy 1 Free 1

Dan paling bestnya, ada promosi untuk set ni. Buy 1 free 1 utk setiap 15hb & 30hb untuk set roaster with rice and tofu japan. Dua hari dalam sebulan je tau .woww sangat. korang pilihla tarikh salah satu ni, lepas tu pergi serbu Rasamas..berbaloi..


Asam laksa dan kari

Heyy!! ingat Rasamas ada ayam panggang sahaja ke, ada juga makanan tempatan tau, macam asam laksa dan Curry laksa. Dua-dua ni, ku hirup kuah dia, pergh ...terbaikk..


Asam laksa

Asam laksa ni kuahnya sardin. Semua rasa ada. Masam, manis..nyum..nyumm..


Kari laksa

Curry Laksa pulak memang kuah dia pekat dan berkrim..

dessert

Last sekali mestila makan dessert. kasi cuci mulut sikit. Ni la Brownies dengan aiskrim..jilat jari kau..hehee..

Latar Belakang Restoran Rasamas

RasaMas Restaurants telah wujud sejak tahun 1996 dengan cawangan pertamanya di Bukit Jambul, Pulau Pinang di bawah jenama Deli Ayamas, kemudian ditukar kepada Rasa Gourmet Restoran. Konsep restoran pertama Malaysia untuk menjual Roasters dengan gabungan hidangan Asia dan Barat. Dan perubahan nama dibuat iaitu Rasamas. Bulan Jun 2016, Rasamas mempunyai 9 cawangan di seluruh negara iaitu di Lembah Klang ada 4 kedai, Utara 2 cawangan & Pantai Timur 3 cawangan.

Antara lokasi Restoran Rasamas Warta Bangi Utama, Giant Batu Caves, Sunway Carnival Pulau Pinang, Tesco Mergong Alor Setar, East Coast Mall, Megamal Kuantan, Giant Kuala Terengganu, KPJ Tawakal KL, Aeon Bukit Tinggi. Kalau nak tau lagi dekat mana boleh cek dekat link ni http://www.rasamas.com.my/locations 

Happy Tummy

Kan bagus kalau buka banyak lagi cawangan dekat Kuala Lumpur ni..heehe. Ok korang cuba rasa ye. Nad siap bawak balik tapau lagi,. Jangan lupa promosi untuk set ni. Buy 1 free 1 utk setiap 15hb & 30hb untuk set roaster with rice and tofu japan. Dua hari dalam sebulan je tau.


SHARE 5 comments

Add your comment

  1. Nak untung kena pilih samaada pi 15hb atau 30hb la ye..

    ReplyDelete
  2. kak nad..sedapnyeee..mereciksss tengok ayam ngn brownies tu...haha

    ReplyDelete
  3. huwa pagi2 nad dah buat yanie lapar tau, tengok plak ada entry foor review.. ermm .. teringin nak rasa pulak Rasamas..

    ReplyDelete
  4. This means they need to be constructed sturdily. distributor ayam frozen

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2