hai assalammualaikum

Dua Produk Olay Regenerist Hadiah Untuk Mak - Bila umur dah capai 30 ke atas, mula risau dengan kedutan sana sini dan garis halus. Bukan tu je, dengan masalah liang pori, kering lagi. Aduh!!..mula la berfikir, dah tua dah weii..Ok, perkataan tua tu semestinya kita taknak dengar. Kalau boleh, biar usia meningkat dan tua tapi jangan wajah tua. wajah biar kekal muda dan cantik..kann!!..Jadi penyelesaiannya, produk Olay Regenerist ni.


Facial Skin Jenama Dunia, Olay, memperkenalkan dua produk terbaru iaitu Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence and Olay Regenerist Micro- Sculpting Cream. Ia direka sebagai anti-penuaan dan melembap dan telah dipertingkatkan untuk memberi pembaharuan kepada kulit supaya kulit nampak lebih muda. Tengok kedua-dua botol, cantik je, merah menyala kau. Kedua-dua ni nad dapat daripada Lazada. Best seller di Lazada ok.!!

Meh nad kongsi dengan korang berkenaan dua produk ni. memang sesuai la untuk korang yang berusia 30 ke atas tu.

Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence 


Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre- Essence merupakan salah satu cara penjagaan kulit yang amat mudah. Kenapa nad cakap mudah?? Lepas je korang cuci muka dengan pencuci, korang boleh terus sapukan Miracle Boost Youth Pre- Essence ni ke muka. Dia macam serum tapi bukan serum. Bila korang sapu dekat muka, ia terus meresap ke kulit.


Pertama kali tengok , nad ingat jenis tuang ke telapak tangan, tapi rupanya dia jenis penitis. Tekan dekat penutup atas botol, pastu cabut penutup tu, kemudian tekan lagi untuk dapatkan sedikit titisan Miracle Boost. Nad suka sangat bau dia, bau wangi macam ros tapi tak terlalu kuat. Tekstur dia adalah lut jenis air gel cecair. Bila nad letak dekat tangan sedikit, ia menyerap dengan cepat ke dalam kulit dan ia meninggalkan kemasan lembut kepada kulit.


Kelebihan Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre- Essence membantu meningkatkan motabolism sel dan pembaharuan pada kulit. Ia juga dapat mengurangkan garis-garis halus dan liang muka lebih tegang. Ni kalau bagi mak ni mau muka dia berseri-seri..gitu..pakai pun senang. Yela kadang orang tua ni susah dah nak pakai skincare ni sebab rumit sangat..hehee.

 Harga RM 79.90 untuk 40ml.

Olay Regenerist Micro- Sculpting Cream


Selalunya kalau nak kulit nampak berkesan, kalau boleh biar produk tu berpasangan, baru nampak hasil yang lebih optimum. Jadi selepas guna Miracle Boost, korang perlu pakai Olay Regenerist Micro- Sculpting Cream. Ini kerana Olay Regenerist Mikro Sculpting Krim mengandungi Amino-Peptida  Complex yang mampu menembusi jauh ke dalam permukaan kulit untuk mengurangkan kedutan pada kulit. Selain itu ia juga juga mengandungi asid hyaluronik, amino-peptida dan Vitamin B3 yang membantu membantu menganjalkan kulit daripada dalam. Pelembap ini juga akan melembutkan kulit dan mengurangkan garisan halus dan kedutan.



Krim ni berwarna putih. Tak melekit. Cara penggunaan, amik sedikit krim dan sapu di seluruh wajah, dan leher. Pakai dua kali sehari.

Harga RM 99.00 untuk 50gram.


Gabungan kuat Miracle Boost Youth Pre-Essence dan Micro-Sculpting Cream dapat meningkatkan pembaharuan sel-sel permukaan dan memberi dua kali lebih anti-penuaan penembusan aktif  ke dalam kulit. Hasilnya ialah, kulit muda menakjubkan yang terbukti untuk melihat sehingga 10 tahun lebih muda.


Nad tau, produk ni memang bagus dan diyakini, sebab tu nak bagi dekat mak..hehee..untuk pembaca blog nad, ada special nak bagitau. Nak dapatkan produk olay ni, korang boleh ke laman web Lazada dan guna code “15LAPOCT30” untuk dapatkan  15%  diskaun. Korang boleh tekan link di SINI.

If you would like to participate in reviews like this in the future, please contact affiliate@lazada.com.my to join the Lazada Family!
SHARE 5 comments

Add your comment

  1. Wow! bestnyaaa olay.. Dah mahal, berkesannn

    ReplyDelete
  2. Hello ! This is not spam! But just an invitation to join us on "Directory Blogspot" to make your blog in 200 Countries
    Register in comments: blog name; blog address; and country
    All entries will receive awards for your blog
    cordially
    Chris
    http://world-directory-sweetmelody.blogspot.com/
    +++++
    Hello! Ini bukan spam! Matlamat hanya jemputan untuk menyertai kami di "Direktori Blogspot" untuk membuat blog anda di 200 Negara
    Mendaftar dalam komen: Nama blog; alamat blog; dan negara
    Semua penyertaan akan menerima anugerah untuk blog anda
    hormatnya
    Chris
    http://world-directory-sweetmelody.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. I high appreciate this post. It’s hard to find the good from the bad sometimes, but I think you’ve nailed it! would you mind updating your blog with more information? chiropodists drills

    ReplyDelete
  4. this is really nice to read..informative post is very good to read..thanks a lot! best impact wrench for cars

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2