PERANGAI FARIZA SETAHUN, MULA LIGAT DAH

in , by Nadia Johari, 18:48:00
hai assalammualaikum

Perangai Fariza Setahun - Setiap kali umur dia meningkat, masa tu la sikit-sikit kita nampak perubahan kelakuan anak. Bila nampak depan mata, teruja mak  tu lebih sikit..hahaha. Macam ni la mak-mak, masa anak baby, tak sabar nak tunggu membesar pastu berjalan. Tapi bila dah besar, suruh patah balik jadi baby. 23 haritu Fariza dah setahun dah. Ligat anak dara sorang ni. Nak teroka macam-macam dah. Tapi yang tak boleh blahnya, perangai dia macam baby pula..hehee..kenapa nad cakap macam tu??

1) Makan benda masuk mulut


Kalau kita perasan, masa baby, meniarap la masa tu dia nak masukkan segala benda dalam mulut. Tak kisahla, plastik, sampah atau taik cicak..Semua benda terus masuk mulut nak makan. Fariza pula, masa baby dia tak macam tu, nampak benda pegang je masa kecik. Memang tak risau masa tu bila dilepaskan kat mana-mana.

Tapi nak masuk usia dia setahun, boleh pulak dia dah mula masukkan benda dalam mulut. Memang la orang cakap masukkan benda dalam mulut tu budak nak explore, tapi bahaya juga. Haritu sampah dia makan, lepas tu skru..aduhh anak..seriau mommy dibuatnya. Sekarang segala mainan dia, semua diamsukkan mulut. Bila diambil marah, pastu tunjuk perasaan, amik mainan lain, masuk mulut..ermm..Bunga pun boleh nak dimakan..haishh..memang sekarang kena perhati dia betul-betul..bahaya sangat.

2) Tidur meniarap


Masa kecik, nad memang tak pernah tidurkan dia meniarap. Memang elok tidurkan baby meniarap maa kecik, sebab dia selesa je. Tapi nad tak pernah buat. Bila dah setahun ni, dia yang pusingkan badan dia sendiri, tidur meniarap masa susu badan..hahaa. Kalau tidur macam ni, dia tidur lama. sebab dia selesa. nad pung pand dekat dapur pun dia takkan terjaga.


kalau letak bear kesayangan dia tu lagi tidur lama..ehhee.

3) Memanjat
 Sebelum berjalan, dia dah pandai memanjat. Semua tempat kalau boleh nak panjat. Ni yang peliknya..hahaa. Fariza suak buat perkara extrem dulu..hahaha..kalau boleh nak melompat sekali agaknya. Mommy kena tingkatkan penjagaan la nampak gayanya.

4) Berjalan 


Genap setahun, dia dah pandai berjalan sendiri. Teruja sangat mommy. Terkedek-kedek dia jalan..hehee. Lepas dah pandai jalan, asyik jalan je.

Macam banyak je perubahan dia bila setahun. Alahai Fariza..mommy sayang fariza.
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Nad bila Fariza dah mula explore ni Nad kena lebih alert, jangan terlepas pandang padanya. Alam yang mencabar sangat time2 besar ni..alahai tomeinya tidur meniarap, babab ontot dia baru tahu hihi :)

    ReplyDelete
  2. good girl! milestone dia semua lengkap...zafran tu xreti² lagi jalan...penakut tau ank bujang sorang tu..haha geram je nengok

    ReplyDelete
  3. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2