hai assalammualaikum

Printcious : Custome Made Hadiah Sendiri - Kalau ada event kawin ke, harijadi ke, kawan baru lepas bersalin ke, kawan berhenti kerja ke, mesti nak hadiahkan sesuatu untuk jadikan kenangan kan. Lagi-lagi kalau untuk suami atau keluarga tersayang. Penat fikir, mana nak beli?? Apa nak beli?? Kadang-kadang rasa bosan, asyik benda sama je. Kalau boleh, nak yang kita custome sendiri untuk orang tersayang. Mesti lagi dihargai hadiah tu kan..


Bila aku google, aku tengok ada satu laman web yang boleh kita custome hadiah kita sendiri. Ya Allah seronok giler. Rupanya ramai dah buat dekat web Printcious.my ni. Jadinya nad pun godek-godekla web dia. Apa itu printcious.my? printcious.my merupakan sebuah laman web yang menyediakan perkhidmatan percetakan hadiah peribadi seperti  T-shirt, mug, puzzles, phone cases, cushions, mousepads, ceramic tiles dan mini tees. Semua ni korang boleh jadikan hadiah sempena hari lahir, perkahwinan, majlis ulang tahun atau majlis korporat.



Lepas masuk web dia,korang kenala daftar dulu. Ala mudah je, lagi satu dia percuma je. Nak daftar pun hanya masukkan email dan pasword atau daftar terus dengan Facebook anda. Barang-barang dekat sini untuk lelaki,perempuan, kanak-kanak pun ada. Alahaii..syoknyaaa..Rambang mata nak pilih.



Banyak kelebihan beli hadiah kat Printcious.Com

1) DIY/ Cuctomize hadiah sendiri
- Terdapat pelbagai pilihan hadiah menarik yang boleh kita pilih di printcious.my ini dan paling penting korang boleh DIY hadiah korang sendiri.
2) Percuma pemulangan barang dalam 7 hari.
- Printcious menawarkan penggantian dan pembayaran balik untuk barangan yang rosak IF kecacatan berlaku semasa penghantaran. Semua caj penghantaran akan ditanggung pihak printcious.Proses pulangan adalah mudah. Hanya mengambil gambar pada cacat barang, bungkusan dan konsainan nota kemudian email kami di feedback@printcious.com.
3) Percuma kos penghantaran dengan pembeliaan RM60 ke atas untuk Semenanjung Malaysia
- Ni yang best, tinggal bayar harga barang je, kos tak perlu. RM60 murah je..berbaloi untuk hadiah kepada orang tersayang.Tak payah fikir kerugian kos pos.
4) Diskaun 
- Korang tengok bahagian bawah banner printcious, akan ada diskaun dia tulis. Macam dekat atas, dia tulis diskaun anniversary 50% siap ada code lagi. Tapi tarikh 12 oct, jadi dah tamat. Tapi akan ada lain diskaun yang muncul..bestt kann!!...
   
Jom Create/ Customize/ DIY  Hadiah Sendiri


Mula sekali tekan create tu. Pastu pilih categories korang nak mana dekat tepi tu. Macam-macam ada dari T-shirt, Mugs, Cushion, Phone case, Ceramic, Puzzle..haishh nampak tak banyak..huhuhu..sampai tak tau nak pilih mana. Last-last nad pilih T-shirt. Sebab teringin nak design baju blogger sendiri..hehee


Dah pilih design yang mana, lepas tu tekan customise.


Lepas tu design la baju korang tu. Hah!!, nad ape lagi, letak gambar header dekat baju..woww..menyerlah kau..hahaha..suka giler..Lepas dah puas hati dengan design tu, tekan je done. korang boleh tambah gambar dari facebook dan instagram juga , hanya login acc korang lepastu akan keluar gambar-gambar yang korang dah upload , just klik add je


 tadaaa..ni la contohnya..lawakannn..hehehhee..Bila dah siap tu, korang buatla macam biasa, tekan add to cart.


Keluar la macam ni. Dah siap bagi diskaun lagi tu. Tekan je apply. Kalau nak shoping lagi, tekan je continue shoping. Kalau dah tekan check out..Pastu nanti isi la alamat semua tu ye..kang nak hantar barang tu tak tau ke mana. Ala macam tak baisa shoping online..ehhee..

Bila dah start custome hadiah sendiri ni, asyik nak custome lain je. Seronok sangat weii..Mesti orang yang korang nak bagi hadiah ni terharu,lagi-lagi kalau ada gambar diaorang. Mesti tersimpan tersemat di dalam hati. Design dari hati gitu haaa. Sesuai laa kan dengan tagline printcious .my ni “Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart”. Apa tu lagi, cepatla terjah web ni
Untuk tempahan dan maklumat lanjut, boleh layari :
Website : http://www.printcious.com/
Facebook : https://www.facebook.com/printcious


SHARE 3 comments

Add your comment

  1. nak godek-godek jugalah web tu, manatau ada yg sy bkenan :D

    ReplyDelete
  2. Dulu heartbeat kan? Pernah register heartbeat tapi belum pernah try order.. Ni nanti nak try godek2lah.. ^_^

    ReplyDelete
  3. Dh customise. Tp x checkout lg..

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2