SANDISK ULTRA DUAL DRIVE 3.0 64GB

in , , by Nadia Johari, 23:15:00
hai assalammualaikum

Ruang Telefon Besar Dengan Adanya Sandisk Ultra Drive 3.0 64gb - Dah lama nak beli pandrive yang boleh cucuk dekat telefon. Paham-paham jela, perempuan dengan telefon mesti penuh dengan gambar..hahaha. Lepas tu mula la, space telefon tinggal sikit gara-gara gambar sahaja. Nak transfer ke laptop kadang-kadang malas nak buka laptop, nak cucuk guna wayar USB. Lebih senang bila ada pandrive yang boleh cucuk dekat telefon.


Fuh nasib baik, pandrive jenis cucuk telefon ni termasuk dalam list Box Of Joy yang nad terima. Gembira bukan main kau. Satu-satu apa yang nad nak sangat, akhirnya dapat juga. Sandisk Ultra Dual Drive 3.0 64 gb..woww!!!..besar tu. Mudah bila ada sandisk ni. Cucuk je dekat telefon, transfer semua gambar atau file dekat sandisk ultra dual drive ni. Space telefon pun sentiasa ada, tak penuh macam selalu. ooyeaahhh!!!..Selamat dah nad transfer semua dekat sandisk ni..hehee..

- free up space on your OTG-enabled android devices
- Speed up to 150MB to transfer files from drive to computer.





Bukan sahaja boleh cucuk dekat telefon, tapi boleh cucuk dekat tab, dan laptop juga PC. Bila ada sandisk ni, bolehla backup gambar. Takdala bila teelfon rosak ke, gambar hilang sekali.


Reka bentuk yang kecik, jenis tolak tarik sahaja, dengan dua mikro-USB dan USB 3.0 penyambung.
kelajuan tinggi USB 3.0 prestasi dengan sehingga 150MB / s ** pemindahan fail dari cakera ke komputer [untuk 32GB - 128GB sahaja]
USB kelajuan tinggi 3,0 prestasi dengan sehingga 130MB / s ** pemindahan fail dari cakera ke komputer [untuk 16GB sahaja]

Kelebihan Sandisk Ultra Dual Drive 3.0 64GB

1) Mudah untuk memindahkan fail
The SanDisk Ultra Dual USB Drive 3.0 mempunyai penyambung mikro USB pada satu hujung, kelajuan tinggi USB 3.0 penyambung pada yang lain. Untuk memindahkan fail kegemaran anda, hanya plag penyambung mikro USB ke telefon pintar Android ™ anda atau tablet dan mula memindahkan muzik, video, gambar dan fail lain yang anda mahu untuk bergerak. Mudah berkongsi fail dari pemacu untuk peranti Android ™ OTG yang lain. Atau cepat menyalin fail dari cakera ke komputer dengan kelajuan tinggi USB 3.0 prestasi.

2) Kapasiti yang anda mahu
Jika anda mahu menyimpan fail, yang SanDisk Ultra Dual USB Drive 3.0 mempunyai banyak ruang, sehingga 64GB *, untuk beban gambar, lagu, video atau kerja walaupun besar fail sedia untuk menggunakan dan perkongsian.

3) Menguruskan kandungan anda
Dengan SanDisk Ultra Dual USB Drive 3.0, menjaga kandungan anda adalah mudah.

Cara Menggunakan Sandisk Ultra Dual Drive 3.0 64gb


Cara menggunakan boleh lihat di video di atas.
- Lepas cucukkan sandisk ultra dual drive ke telefon, akan keluar perkataan external storage inserted. Tekan.
- Akan keluar perkataan USBdisk1.Itu adalah pendrive sandisk yang dicucuk tadi.
- Buat folder bagi memudahkan memindah gambar ke tempat yang hendak diletak.
- Pergi ke Internal storage dan pilih gamabr yang hendak dipindah. Select semua gambar pun ok.
- Dah tekan select gambar yang nak dipindah,kemudian tekan move to
- Pilih USBdisk, pilih folder yang telah dibuat. Gambar akan berpindah ke situ.
- Nak tengok dekat laptop, cucuk macam biasa. Dan adala gambar tadi.

Barang ni korang boleh dapatkan di Lazada. Tekan link yang nad bagi ni www.lazada.com/sandisk ultra dual drive 3.0 64gb


Mudah kan..hah!!..sekarang dekat Lazada tengah sales untuk Teknologi dan gajet..Cepat-cepatla grab. Tekan banner tu oii..cepat..best sangat sandisk ni. #LZMDYRevolution

Ada lagi satu barang gajet korang patut beli..ni dia..sila baca http://miszrockers.blogspot.my/2016/11/lapan-kelebihan-logitech-x100-wireless.html serius best..
hai assalammualaikum

Ameena KSK III - Setiap hari tengok mata dekat cermin. Ya Allah, teruknya mata, sebam , dah macam panda. Mana tak mata lebam, siang melayan anak, malam update blog. Kadang tidur lewat sebab nak siapkan kerja. tak cukup tidur pun ye. Macam ni la, rutin nad setiap hari. Maka muncullah lebam dan hitam di bawah mata. Masalah ni bukan sahaja wanita, malah lelaki pun ada. Tak lawa bila gelap bawah mata ni.

5 sebab utama terjadinya lingkaran gelap bawah mata atau lebam bawah mata.
1. Keturunan
2. Stress / Kurang Tidur / Keletihan
3 . Mata bekerja lebih keras sehingga pembuluh-pembuluh darah di sekitar mata juga lebih aktif dan terlihat sebagai bayang-bayang hitam di bawah kulit mata. Perbezaan ketara kandungan darah inilah yang menyebabkan lebam bawah mata kelihatan begitu ketara.
4. Pertambahan Usia atau Penuaan
5. Alergik atau Alahan
6. Kekurangan Zat Besi atau Anemia

Cara Menghilangkan Lebam Bawah Mata

Petua orang lama ajar cara nak hilangkan lebam bawah mata ni dengan
- dapatkan rehat dan tidur yang cukup. Cuba berfikiran positif untuk menghidari stress yang berlebihan.
- Amalkan pemakanan yang sihat, sayur-sayur hijau sebagai sumber zat besi dan juga buah-buahan sebagai sumber Vitamin C (membantu penyerapan zat besi dengan lebih efektif).
- Banyakkan minum banyak air kosong untuk mengawal kelembapan kulit. Boleh amalkan tips dengan menggunakan ais, timun dan uncang teh.


Kadang dah buat semua tu pun tak menjadi, jadi kena pakai produk khas untuk bawah mata ni kan. Haritu nad diperkenalkan dengan satu produk oleh seorang blogger ni. Tertarik sangat dengan produk ni. Produk Ameena KSK III khas untuk hilangkan lebam bawah mata. Setiap pagi dan sebelum tidur nad sapu dekat bawah mata. Sekarang dah seminggu nad pakai, alhamdulillah, makin lama, makin berkurangan lebam bawah mata ni. Masa pakai pun tegang je mata.


Cara pakai pun mudah. Hanya titiskan beberapa titik dan sapu dibawah mata dan urut dengan lembut. Boleh gunakan minimun 3 kali atau 5 kali sehari, selama  24 jam.

Jenis Water Base

Formulasi Khas yang pertama  jenis 'BIOMIST,  AQUA - water base , ia sangat halus  8 kali ganda kelebihan ianya  mudah meresap jauh lebih dalaman kulit .Berfungsi pelindungan masalah kulit lebam merawat mengawal kulit dari cepat kusam hitam gelap, ia meningkatkan aliran darah ke daerah lingkaran kulit bawah mata mengurangkan gelap hitam menebalkan merawat mencegah hilangkan sembab kantung dibawah mata , diciptakan keunikkan meresap jauh ke dalam kulit  mengawal melindungi serta  mengurangi garis garis halus kedut kedutan bayangan  yang nampak jelas.



AMEENA KSK III adalah produk gabungan formula negara Jepun & Malaysia yang mempunyai kandungan bahan semulajadi menggabungkan pelbagai ramuan yang sesuai untuk setiap golongan wanita mahupun lelaki yang lapisan umur 18  tahun ke atas . Keistimewaan bagi dalaman & luaran khas untuk kulit bawah mata menjadi urat pembuluh darah saliran kulit bawah mata kembali aktif , tona sekata , cerah , lembap , licin , bersih dan gebu serta berseri



Kelebihan Ameena KSK III Energy Crystal Skin Activator   

- Menolong  serikan menegangkan kawasan sekeliling kulit .
- Segarkan hilangkan bulatan lingkaran hitam kulit dibawah mata.
- Melembapkan kulit mengurangkan kesan lebam sekeliling mata.
- Menenangkan kitaran di kawasan kulit bawah mata.
- Mengurangkan lindungi  rasa letih pada kulit bawah mata.
- Menjadikan kulit bawah mata lebih segar  dan sihat.
- Merawat memberi pelindungan menghilangkan garis-garis kulit bawah kulit mata.
- Membantu menjadikan lebih cantik lebih licin , halus gebu ke seluruh sekitar kulit bawah mata , ia - juga  memperbaiki tekstur kulit di sekeliling mata dan seluruh kulit muka.

Jangan risau, produk Ameena KSK III ni tanpa bahan kimia, 100%   BAHAN HALAL ! dan telah difomulasi  oleh kajian pakar. Produk ini telah didaftarakan  dengan No. Kelulusan :NOT KKM   15120 5676 K

Sekarang memang nad konsisten pakai Ameena KSK III ni.Kalau korang berminat boleh hubungi
website : http://www.ameenacare.com/
Eyda : 019-5081433

#ameena
#lebambawahmata
#lebammata
#ubatmatalebam
#misiterusjalan

KAMI BLOGGER BERJIRAN

in , by Nadia Johari, 01:34:00
hai assalammualaikum


Aku Jiran dengan Blogger Hebat - Nad pun tak sangka boleh berjiran dengan blogegr ni. Kenal denagn blogger ni pun lepas nad kawin dan pindah ke Kuala Lumpur. Tu pun lepas kawan dia dekat facebook. Nad ni memang jenis pemalu nak berkawan dengan blogger lelaki..hahahaha. Ntah tak ingat, nad add dia atau dia add nad..hahaha..lupa lah..

Masa tu pulak dia ada post kot dekat facebook, pasal siapa nak masuk dalam group whatsup. Kita pun beria la nak komen cakap nak..hahaha. Lepas tu dia massage dekat facebook tak silap. Lepas tu entah macam mana sebut pasal tempat tingal..ok semua dah lupa..hahaha. lepas sebut nama tempat dan taman, dia cakap rumah dia dekat belakang je..hahaa..gitu rupanya


hah!!, ni la orangnya..Kenal takk...hahaha. Feroz owner jiwarosak..rosak betul jiwa dia..hahaha. Seorang teruna..sedang mencari kekasih..hahaha..Hari-hari status nak bini..hah, den promote sekali..hahaa.

Walaupun tinggal berjiran, nad takdalah jumpa dia selalu. Oii nad dah bini orang. Lainla single, boleh hari-hari pergi rumah dia..hahaa. Baik hati sangat dia ni, kalau nad nak tau pasal macam mana nak dapat duit dengan blog dia la ajar. Ajar dengan whatsup jela. Macam-macam la dia ajar. Hoii!!..jangan puji lebih-lebih, kembang semangku dia nanti. Dahla mok..hahaha..

Kitaorang jarang pergi event sama. Tak pernah kot. yang gambar tu jela satu gambar event bersama. Dia pun memang jarang pergi event, busy dengan kerja..huhuhu..

Rumah kitaorang kat Pandan Jaya..Taman..takyahla bagitau..ahaha..k bai..selamat malam.
hai assalammualaikum

Tefal Manual Chopper 5 Saat - Bila bab-bab memasak ni, kalau boleh, nak masak tak sampai setengah jam. Cukupla amik masa 5 minit je. Nad ni bukanla jenis tangan chef yang laju je cincang bahan. Kalau nad buat macam tu, maunya terbilah tangan sendiri..hahaa. Sebab pernah terjadi, acah-acah nak potong bahan laju, sekali zasssss!!!, amik berdarah dah tangan...hahaa. Bila ada Tefal Manual Chopper ni..memang mudah kerja cincang mencincang ni. Ni lagi satu barang yang nad suka giler dari Lazada.

Kelebihan tefal Manual Chopper


Tefal Manual Chopper penyelesaian yang lengkap untuk menyediakan dan mencincang bahan dengan cepat dan cekap. Ambil masa 5 saat sahaja untuk mencincang bahan-bahan yang korang nak buat. Kalau sebelum ni guna lesung, atau pun bleneder, tapi sekarang guna Tefal Manual Chopper je, sangat jimat, sebab apa?? Jimat masa, tenaga dan elektrik. Tefal ni tak perlu guna elektrik pun.



Tefal Manual chopper ni sangat ringan dan mudah dibasuh. Korang tinggal keluarkan semuanya ni dan basuh. Yup pisau tu memang boleh ditanggal dan dipasang begitu sahaja. Berhati-hati dengan pisau tu, tajam oii..Best kan sebab boleh bawak pergi mana-mana, macam camping ke, berkelah ke..hahaa..


Memang bila ada Tefal Manual Chopper ni, kerja nad cepat dan mudah je. Yela, ada anak ni, sikit-sikit nak merengek suruh temankan dia. Sekarang, masa cincang bawang ke, nak buat bumbu ke, duduk sekali dengan dia. Tangan dia pun nak menyibuk join sekali guna ni..hahaa. Sambail layan anak, sambil tengok tv, sambil cincang bahan. Benda ni selamat sebab dia ada penutup, dan ketat penutupnya.

Kelebihan Tefal Manual Chopper ni.

- mempunyai mekanisma “pull to chop” dan bilah mudah dibersihkan.
- boleh memuatkan hingga 500ml isian.
- sangat memudahkan kerja dapur.
- mengurangkan penggunaan tenaga.
- Mudah penggunaan, hanya menggunakan tangan
- hasil progresif dan mudah dikawal
- produk direka dengan baik.


Pertama kali guna, nad buat nasi bubur untuk anak..ahhaha. Amik nasi yang telah ditanak, sekali dengan kentang yang distim. Kasi tarik dan tarik...





Lepas tu nad buat bumbu cili padi untuk masak dengan ikan..Hah masukkan semua bahan, tinggal tarik je..terus jadi bahan dia..

 http://www.lazada.com.my/online-revolution/

Hahaha..best sangat pakai Tefal Manual Chopper ni. Korang mesti nak jugak kan. Boleh dapatkan Tefal Chopper ni dengan harga promo di Lazada. Ada macam-macam jenis manual chopper ada dekat Lazada dengan harga murah. Boleh tekan link di SINI atau


Boleh guna code ni untuk diskaun. Klik jangan tak Klik.. #LZDMYRevolution

PANDAI BETUL BUDAK NI MAKEUP

in , by Nadia Johari, 02:19:00
hai assalammualaikum

Budak Kecil Pandai Makeup - Baya-baya macam ni, nad dulu selekeh. Main pondok-pondok, main gelang getah, main permainan tradisional. Macam-macam la. bab-bab mekup memang tak pernah amik tau. Dulu pakai bedak Johnson je..hahaha. Yela dulu internet takda. Jadi permainan kita macam tu la kan.

MANNEQUIN CHALLENGE ADA DI MANA-MANA

in , by Nadia Johari, 00:34:00
hai assalammualaikum


Apa tu Mannequin Challenge ?? - Sebelum ni, nad ada perasan la satu photographer ni buat video orang tak bergerak tu dengan macam-macam ragam. Memang unik dan menarik bila tengok. Yang nad tau, orang panggil tu video freeze..hahaa. Dan kali pertama nad buat video beku ni adalah masa event Blogger Day Out. Tapi masa tu dia panggil Mannequin Challenge. Nad tak tau ape tu, tapi nad layankan jela. Dia suruh kita beku jangan gerak. Ok kita fikir dia nak buat video yang tak bergerak tu.


Dan hasilnya, korang boleh tengok video dekat atas tu..ehehe..Comeljugak nad ye..ahhaa. Yang penting jangan gerak. Kalau gerak jadi tak lawa. Kenala tahan beberapa minit.

Mannequin Challenge Menjadi Trend

Dimana-mana diaorang buat Mannequin Challenge ni. Hashtag #MannequinChallenge telah digunakan untuk platform media sosial seperti Twitter dan Instagram. Mannequin Challenge ni ada lagu dia yang korang perlu padankan sesuai dengan situasi.


Tengok ni, masa nak bersalin pun boleh Mannequin Challenge..hahaha..Untung orang luar negara boleh buat apa sahaja. Kalau dekat sini, memang tak bagi la..hahaha..

Korang buatlah Mannequin Challenge ni ye..best. Kalau lagi ramai, lagi sporting mesti lagi best.
hai assalammualaikum

The Covets Online Beauty Magazine - Cakap je pasal kecantikan, penjagaan dan makeup, memang perempuan suka sangat. Perempuan ni suka jaga penampilan untuk sentiasa nampak cantik dan yakin. Perempuan ni memang suka baca bab-bab tips kecantikan, tak kisah dekat youtube, majalah, blog atau di mana-mana. Antara salah satu majalah online yang berkongsi tentang kecantikan yang nad baca ialah The Covets.


Dalam ni nad selalu tengok bab  The Care dan The Lifestyle. Antara artikel yang menarik minat nad ialah Makeup Storage Tips & Tricks – How To Organize Makeups dan 5 Tips for Your Perfect Eye Shadow Makeup. Dari sini nad tau macam mana nak menyusun barang-barang makeup supaya nampak tersusun dan kemas. Berkenaan dengan eye shadow, selalu belajar macam mana buat eyshadow yang betul.



The Covets merupakan sebuah blog majalah online tentang kecantikkan. Banyak tip yang dikongsikan seperti penjagaan kuku, tentang makeup, tentang penjagaan mata, tentang kesihatan rambut,tentang kulit wajah, perfume dan lain-lain. Baru-baru ini The Covets berkolaborasi dengan blogger lebih daripada 100 orang dan nad salah seorang daripadanya. Blogger tersebut terdiri dari blog Beauty dan lifestyle blogger. Jadi nantikan perkongsian seterusnya..Tunggguuu.....



he Covets ( Malaysia's First Beauty Platform )
Untuk maklumat lanjut boleh layari :

Website : www.thecovets.com
Facebook : TheCovets
Instagram : @the.covets
hai assalammualaikum

Enam Peserta Mara Ke Final Gegarvaganza - Akhirnya setelah Nora tersingkir, enam peserta telah berjaya ke Pusingan Akhir Gegarvaganza. mereka semua telah buat sebaik mungkin menarik hati para juri. Dan yang terpilih ni memang bagus dan tiada masalah. Semua yang bertanding memang hebat-hebat belaka. Sampai tak tau siapa yang bakal menjuarai Gegarvaganza 2016 kali ni. Tak boleh nak agak, tapi ku tetap sokong Sarah..hehehe..

Keputusan Final Gegarvaganza 2016


Minggu depan, para peserta perlu menyanyikan dua buah lagu. Dan ini 6 peserta yang layak ke pusingan akhir Gegarvaganza 2016.

1) Siti Sarah dengan lagu I Will Always Love You dan Matahariku. Suka dengan lagu matahariku, mesti Sarah mampu buat.
2) Zarul - Gerhana dan Dendangan laguku
3) Azharina - Mama Aku Ingin Pulang dan Izinkanlah
4) Ameng - Bougenvilla dan Romantis
5) Intan Sarafina -Sedetik Lebih dan Kemelut Di Muara Kekasih
6) Gmie - Bila Bulan berwarna Biru dan Salam Terakhir.

Tak sabar nak tunggu minggu depan. Fuh..siapakah juara agaknya ye..

Boleh baca sini juga http://miszrockers.blogspot.my/2016/11/gegarvaganza-2016-separuh-akhir-malam.html
hai assalammualaikum

Gegarvaganza Separuh Akhir - Malam ni Gegarvaganza, keseluruhannya bagi nad memang menakjubkan. Setiap peserta menyanyikan dua lagu. Satu lagu nyanyi solo dan satu lagi berduet dengan artis. Nad semestinya sokong Siti Sarah..ahaha..bukan sebab dia kecik macam nad atau ramping macam nad, tapi suara dia memang mantap. Sekali dia lontar suara dia, fuh..nad dengar pun nak berjoget..hahaa.

Malam ni Sarah nyanyi lagu " Di Bwah Pohon Asmara " dan duet dengan Misha Omar lagu " Bunga-bunga Cinta "..Suka dengar masa dia nyanyi Di Bawah Pohon Asmara tu..juri pun puji..yeahh..kipidap Sarah. Selain itu, duet antara Gmie dan Tomok menyanyikan lagu " Sejarah Mungkin Berulang "..memang terkenang kembali lagu tu..aduh..masa jiwang-jiwang karat..hahahha...dan lagi satu nad suka bila Azharina dan Black. Dua-dua suara ni tinggi dan besar. Jadi bila dua-dua bergabung memang mantap. Memang bila dengar, fokus habis dengar diaornag nyanyi " Fantasia Bulan Madu "..terbaiklaa..

Ameng, Intan Sarafina, Zarul pun terbaik juga. Cuma satu artis ni jela, malam ni dia down sikit. Mungkin disebabkan ramai nitezin tak suka dia berkenaan lagu tukar minggu lepas. Nad ada baca juga dekat blog orang lain, Yang Artis yang bertanding ni, boleh mintak untuk tukar lagu yang sepatutnya telah ditetapkan diaorang. speatutnya dah masuk bertanding, kenala terima apa je yang diterima. Mana boleh request nak tukar itu ini. Dah namanya bertanding, kenala cabar diri tengok mampu tak bawak lagu-lagu yang telah disediakan..kann!!..Tapi ada juga taknak ikut. Tapi tak tau la betul ke tak..


Malam ni, untuk Nora, nad tengok dia baisa je. Sebelum ni nad suka tengok dia juga, sebab suara dia mantap. Nyanyi lagu rock pun ok. Tapi untuk separuh akhir malam ni, dia punya suara lain dah. Untuk Solo, dia nyanyi lagu sendiri, tapi dia campur dengan lagu orang putih. Jadi, suara dia macam tak sampai. Macam tunggang terbalik..Lagu duet dia bersama Aizat pun macam tak kena je..ermm..Tapi kesian dia sebab kena bahan dengan netizen..komen-komen netizen dasyat sangat..huhuhu..kita taknak la amik port..cuma malam ni Nora memang biasa je..

Dan malam untuk separuh akhir, Nora telah tersingkir. Takpela..lebih baik dia keluar daripada dicemuh orang..


FARIZA TUMBUH GIGI DAH!!!

in , by Nadia Johari, 19:58:00
hai assalammualaikum

Fariza Tumbuh Gigi - Perkembangan Fariza nad tengok dengan mata sendiri, alhamdulillah, syukur sangat. Memang nad impikan dari dulu, sebelum kawin lagi, kalau ada anak, nak jaga anak sendiri. Taknak bagi orang lain jaga, sebab ibu bapa jaga lain, orang lain jaga anak kita lain. alhamdulillah, Fariza dapat kasih sayang sepenuhnya daripada mommy dan daddy. Dari merangkak, memanjat, berjalan, makan, dan sekarang  lagi perkembangan Fariza ialah tumbuh gigi..hehee.


Nad tak pernah risau pasal perkembangan dia. Sebab nad tau, budak ni lain-lain. Ada yang cepat, ada yang lambat. Macam Fariza umur setahun dua minggu baru gigi dia nak muncul..hehee..Sebelum ni memang nad perasan kat gusi ada putih, tapi masa tu ingat gusi, sebab rasa takda tajam pun. Jadi tunggu jela, kalau betul gigi, nah dah keluar. Bila rasa, ada tajam dah..hehehe. Tu dia..

Selalunya kalau anak nak tumbuh gigi ni, mak-mak mesti risau, yela takut dia demam, sakit, tapi bagi nad, alhamdulillah, Fariza takda demam atau gigit puting masa susu. Baik budak ni..hahaha. Fariza setakat ni memang elok walaupun kena cucuk. Syukur sangat..

Takde pulak dia tunjukkan tanda-tanda nak tumbuh gigi..hahaa. Sebab dia main macam baisa je. Cuma dia suka mengutip jela..tu jela kerja dia. Menggigit barang pun ye. Oh tu mungkin salah satu tanda dia, tapi nad ingat tu perkara baisa budak buat..huhuhu..

Pertumbuhan Gigi bayi

Kalau dilihat carta perkembangan tumbesaran bayi atau ditanya secara general pada doktor kanak-kanak, secara umumnya, bayi mula tumbuh gigi pada usia 6-12 bulan dan akan keluar sepenuhnya ketika berumur 24 bulan. Kemunculan gigi pertama adalah petanda yang menunjukkan bahawa bayi anda sedang membesar. Pertumbuhan gigi bayi juga terjadi dalam bermacam-macam keadaan dan sangat bervariasi. Gigi pertama yang keluar dipanggil gigi susu.

Gigi susu ni biasanya akan tumbuh seawal usia 3bulan & ade yang lambat sikit sampai umur 12bulan baru nak tumbuh pun ada. Tapi  normally gigi baby akan tumbuh antara 6-9bulan.Gigi baby ni akan tumbuh berpasangan. Sifat pertumbuhan gigi itu sendiri sudah sangat bervariasi di mana mungkin ada gigi yang tumbuh secara rapat dan ada juga yang jarang-jarang.

Kalau nak tau leboh info lagi apsal gigi, boleh baca SINI

Nad tak tau la gigi Fariza ni tumbuh macam mana..hehe..tunggu jela ye..sekarang dah dua gigi ada..jangan mimpi ngeri sudahla..
hai assalammualaikum

Lee Kwang Soo Di Paradigm Mall - Korang yang minat giler dengan Lee Kwang Soo mesti tau kan harini dia dekat Paradigm Mall sempena Running Man Challenge 100 plus yang nad pernah war-warkan dekat blog sebelum ni. Tak dapat la nak pergi sebab tau mesti ramai orang giler. Siapa tak minat lee Kwang Soo, walaupun dia suka membelot dalam cerita Running Man, tapi sebab muka dia yang manis, baik hati tu, semua orang minat..huaaa..Dahla tinggi oii..


Untung gila siapa yang dapat selfie. Antara Ajak dengan Kwang soo, nad tetap pilih Kwang soo..hahhaha. Hensem dowhh!!..Walaupun tak dapat tengok depan-depan, dapat tengok video orang pun jadila..hahaha. Terasa macam tengok depan-depan. Harini habiskan masa tengok video Lee Kwang Soo dekat Instagram, facebook..aduhh jeles tengoknya.. Lagi untung yang dapat masuk Running Man Challenge by 100 plus.

Bila nad tengok video tentang Lee Kwang Soo dekat Paradigm Mall, nad tengok dia ni memang rendah diri, baik, suka senyum dan lambai pada peminat. Dia sayang peminatnya, tak kisah dia pergi negara mana pun. Sama macam rakan-rakan Lee Kwang Soo yang main dalam Running Man. Memang diaorang akan layan peminatnya, senyum, lambai walaupun waktu tu beresak-esak orang nak serbu diaorang. Tu yang nad suka gilerr!!.. Tak macam sesetengah artis, tengok bawah jela bila peminat macam tu..huhuhu..

Guard Rampas Telefon Ayda Jebat, Lee Kwang Soo Baik Hati Ambil Semula




Harini kejadian tak disangka masa nak bergamabr bersama Lee Kwang Soo. Nad tengok video dekat facebook. Kawan nad yang post. Ni video dia amik. Nampak tak, Ayda Jebat nak berselfie dengan Lee Kwang Soo, tiba-tiba, guard datang main ambil je telefon. Pergh!!..tengok muka Ayda Jebat terkejut, tu klau takda orang mesti dia maki hamun guard tu..ahahha. Masa tu semau orang terkejut, tapi Lee Kwang Soo baik hati, ambil balik telefon tu dan berselfie. Nampak tak dia sayang giler dekat peminat dia..huhuhuhu..

Nad ada baca komen dekat fb dia, ade orang tu cakap "' Mmg laa xleh selfie..bintang korea kot..bukan kwang soo je...klu nk tgk korean fan meeting sbelom ni pon limited kan klu nk begambar...daa byk kn gmba diambik..nk lgi bselfie..kire untung kwang soo ni ambik blik telipon tu..
Jgn kecam laa...bende betol"

Sekali sekala..nak ambil gambar. huhuhu..bukannya orang yang berkerumun nak amik..Takpela..akhirnya dapat juga Ayda Jebat selfie..

Kwang Soo sangat sporting, gentleman dan baik hati..walaupun dibenci sebab selalu jadi pembelot, i tetap suka you tau..hahhaa..ok bye..

UPIN DAN IPIN JENG JENG JENG!!

in , , by Nadia Johari, 00:32:00
hai assalammualaikum

Upin Dan Ipin Jeng Jeng Jeng - Lama sangat tak tengok wayang. Sekarang bila ada anak ni, tengok wayang kena ikut cerita budak-budak pulak. Baru la best sikit. Walaupun dia masih tak paham, tapi Fariza kenal kartun kesukaan dia. macam Upin dan Ipin ni la. Selalu tengok dekat tv, sekarang tengah berada di panggung wayang untuk movie Upin dan Ipin Jeng Jeng Jeng.


Haritu nad bersama keluarga berkesempatan menonton tayangan perdana Upin dan ipin Jeng Jeng Jeng terbitan Les Copaque yang ditayangkan di GSC IOI City Mall Putrajaya. Terima kasih kepada pihak Denaihati Network kerana memilih nad untuk pergi  menonton tayangan perdana ni. Peluang yang diberi memang takkan dilepaskan. Lagi pun ni kali pertama Fariza masuk panggung wayang. Nak tengok macam mana perangai dia dalam wayang bila nampak kartun kesukaan dia Upin dan Ipin tu.





Sebelum bermula tayangan perdana, kitaorang dimeriahkan dengan dua maskot dan beberapa aktiviti yang dijalankan. Wah bukan main seronok Fariza. Takut!! memang tak la..hahaa..Dia nak pegang maskot tu, berani tapi takut..hahaa..macam mana tu. Selain itu ada juga adik Asyiela Putri iaitu pemilik suara Upin dan Ipin. Dekat tv dengan kat luar serupa je suara dia..hehee..bila dia cakap kita bayangkan upin ipin kartun tu.


Upin Ipin memang menjadi kegilaan anak-anak. Tapi bukan sahaja anak-anak, malah ibu bapa pun suka tengok cerita kartun Upin Ipin ni. Pertama kali keluar masa puasa dulu, memang seronok tengok. Sampaila sekarang masih layan lagi cerita ni.

Sinopsis Upin Dan Ipin Jeng Jeng Jeng

Hah!! Masuk wayang pulak. Fariza memang suka, sebab banyak budak-budak dalam tu. Mulut dia, babababa cakap dengan budak lain..hahaa. Bila start wayang terus dia duduk diam, sebab bunyi sound dan gerak-gerak gamabr dalam wayang tu. Fuhh!!..dia tak meragam. Dia suka bila Upin dan Ipin keluar dan bila ada nyanyian.


Hah!! nak tau cerita pasal apa Upin dan Ipin ni. Meh nad bagi sikit sinopsis tentang movie Upin dan Ipin Jeng Jeng Jeng ni.
" Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng! mengisahkan kehidupan seorang anak yatim bernama Balqis. Dia sangat meminati watak animasi kembar popular Upin & Ipin. Suatu hari, seorang lelaki bernama Zaman telah datang ke rumah anak yatim tempat tinggal Balqis. Melalui perbualan Zaman dengan Noreen, Balqis terdengar bahawa Rumah Anak Yatim tersebut hendak diambil alih kembali oleh Zaman yang merupakan anak kepada pemilik tanah  tersebut.

Balqis mula berbincang dengan rakan-rakannya untuk menyelamatkan Rumah Anak Yatim tersebut. Dia telah meminta bantuan daripada Upin & Ipin, tanpa disangkai Upin & Ipin benar-benar muncul di hadapannya. Walaupun begitu, kawan-kawannya tidak dapat melihat Upin & Ipin. Pada masa yang sama, Awie penyanyi rock terkenal suatu ketika dahulu turut mengalami masalah kewangan. Dia tidak lagi popular dan sedang mencari peluang untuk menghasilkan album terbarunya bagi mendapatkan pendapatan. Awie dengan pembantunya Bo terserempak dengan Balqis yang sedang kecewa "



Nak tau apa jadi seterusnya..Adakah mereka dapat selamatkan rumah anak yatim tu?? Nad taknak la cerita sampai habis..hehee..korang kena tonton sendiri. Banyak juga pelakon hebat yang berlakon dalam cerita ni, terutama sekali Awie ( Ini semua Poyo )..hehe

Filem yang menelan belanja mencecah RM4 juta ini menggabungkan teknik animasi 3D dan lakonan hidup.Filem yang penuh unsur-unsur nasihat, kesedaran dan bermain dengan emosi. Tayangan ke 121 buah panggung wayang di seluruh Malaysia dan Brunei serentak pada 24 November 2016 ini juga menjadi rekod Jumlah Pawagam Tertinggi di minggu pembukaan bagi Filem Tempatan.


Cuti sekolah akan bermula tidak lama lagi kan. mak ayah bolehla bawak anak-anak datang tontong movie Upin dan Ipin Jeng Jeng Jeng ni. Memang tidak rugi. Walaupun ada orang cakap, filem ni macam teetttt..tu masalah dia, sebab dia tak menghayati cerita ni. secara keseluruhan nad bagi 4.5 bintang.

#upinipinjengjengjeng
#DHNBlogger
@upinipinofficial
@denaihatinetwork
hai assalammualaikum


Majlis Pelancaran Laman Web Touristguide.com.my - Jom bercuti!!..Yeahh..Tapi mesti akan ada masalah, iaitu bajet tak cukup. Masalah yang selalu dihadapi kalau nak travel. Tapi jangan risau,lepas ni, korang boleh bercuti ke mana sahaja dengan bajet yang murah. Silap-silap dapat bercuti secara PERCUMA lagi..wihuuu!!!..Nak tau dekat mana nak dapatkan package percutian yang murah?? Semestinya di www.touristguide.com.my. Daftar sekarang!!! Percuma je!!

Majlis Pelancaran Laman Web Touristguide.com.my



Pada 24 November 2016 , Khamis, di The Westin Hotel Kuala Lumpur, telah berlangsungnya majlis pelancaran touristguide.com.my. Majlis dihadiri dengan beberapa orang media dan blogger serta tetamu VIP.



Majlis telah dilancarkan oleh Mr Mohd Akbal Setia (Director of Tourism Malaysia) Mr Devan Kumar (Managing Director Touristguide.com.my) , Mr Azlan Hussain (Presiden of Kuala Lumpur Tourism Association KLTA) dan Akim ( selebriti Artis penyanyi Popular Malaysia).

Meh nad kenalkan apa itu touristguide.com.my. Touristguide.com.my telah ditubuhkan selama hampir 5 tahun dalam perkhidmatan pelancongan dalam talian dan misinya 'Build The World’s Largest Travel Network''  mampu memberi travellers di luar sana  tawaran perkhidmatan pelancongan dengan harga yang berbaloi. Sasaran untuk mendapatkan 100,000 orang pengembara berdaftar dengan mereka di Malaysia sebelum melebarkan sayap ke negara lain...Sekarang ni dah ada hampir 3,000 orang yang mendaftar!

Daftar Segera Di Laman Web Touristguide.com.my

Touristguide telah mewujudkan hubungan yang kukuh dengan syarikat penerbangan utama, hotel dan pengusaha pelancongan tempatan di seluruh Malaysia dan luar negara dan pelbagai jenis tawaran pelancongan direka dengan baik pada harga yang tiada tandingan. Setiap ahli berdaftar akan diletakkan dalam rangkaian pelancongan Touristguide.com.my secara automatik. Dan korang boleh mengumpul mata TANPA HAD. Dengan mata yang dikumpulkan korang boleh redeem untuk travel secara PERCUMA..

Tiada yuran dikenakan semasa pendaftaran. Daftar secara percuma!! Hah!! apa tunggu lagi, daftar cepat di www.touristguide.com.my. Nad dah daftar..

Kelebihan Tourist Guide

Touristguide.com.my sebagai salah satu website travel yang menawarkan pelbagai pakej travel termurah bahkan PERCUMA bagi membantu para travelers membuat pilihan terbaik sebelum rancang perjalanan percutian.

Kini, korang tidak perlu risau lagi mengenai bajet untuk pergi melancong ke mana sahaja, tidak kira dalam negara atau luar negara kerana Touristguide menyediakan tiket penerbangan, tempahan hotel dan macam-macam lagi pakej dengan harga yang berpatutan.

Dengan bantuan Tourist Guide, korang boleh dapatkan percutian impian dengan harga yang berbaloi...dan menjadikan budget bukan salah satu kekangan untuk kita pergi melancong! SEMUANYA JIMAT DENGAN TOURISTGUIDE.COM.MY

Travel dengan Percuma..suka kann..jangan lupa lepas daftar, buat pembelian, kumpul point korang, bila dah cukup boleh redeem untuk Hotel Booking, Tiket Penerbangan dan travel package. Hanya dengan point yang korang kumpul, redeem, percutian jadi PERCUMA..jadi kumpul mata banyak-banyak..


Promosi Percutian Diskaun Sehingga 75%

Berita baik untuk semua orang,TouristGuide.com.my mempunyai promo pakej percutian yang menakjubkan..Woww!!! teruja sangat.. Nampak tak gambar dekat bawah, tu adalah antara pakej yang ditawarkan oleh Tourist Guide. Seronok gilerr tengok tempat-tempat dia!!.. Untuk menikmati tawaran, semua yang anda perlu tahu adalah untuk mendaftar PERCUMA sebagai ahli di TouristGuide.com.my. Sertai sekarang!!!

Bestnya dapat melancong ke Luar Negara. Tak pernah lagi jejak negara orang..huhuhu..moga ada rezeki ku datang sini..

Ambil Perhatian : 

Promotion Period : 
bermula dari sekarang sehingga 30 November 2016

Travel Priod : 
1st April 2017 - 31 March 2018 ( except public holiday )







Untuk keterangan lanjut boleh layari:

INFINITY VACATION SDN BHD (1141826-T)
Suite A25-3A,
Sentral Business Park,
Jalan TKS 1,
Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
Toll Free: 1800 38 3338
Office Hours::  9 a.m. – 6 p.m. (Mon – Fri)

Website: http://www.touristguide.com.my/
Facebook: http://www.facebook.com/myTouristGuide
Instagram: http://www.instagram.com/touristguide.com.my
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2