Biskut Homemade Baby Untuk Fariza - Sebelum ni, nad ada belikan Fariza biskut kudapan dekat Tesco, entry ada dekat SINI. Fariza memang suka biskut tu, dia boleh makan dua ketul sekali, tak pun tiga ketul. Tak tau sedapnya dekat mana, hahaa..sebab nad rasa pun tawar je. Tulis dekat kotak takde perasa, garam semua tu, tapi susah nak caya kan. Tapi disebabkan Fariza cepat lapar dan nak makan sahaja, nad belikan jela dia. Kalau nak nad buat memang tak sempatla.
Sebenarnya, kalau boleh nak bagi makanan yang terbaik untuk anak kan. Makanan yang takda perasa, makanan yang berkhasiat untuk anak. Fariza ni apa sahaja yang disuap dekat mulut, mesti dia nganga dan makan. Budak ni disuap apa pun tak kisah. Dah macam maknya la kan, nak makan je..hehee. Jadi, haritu ternampak kawan buat biskut baby buatan sendiri. Bahan yang digunakan pun bagus, tanpa perasa, dan paling penting berkhasiat. Ada tiga perisa biskut ni, iaitu mangga, kurma dan kismis.
Biskut Homemade Baby By Mommylin
Jadi nad pun orderla dengan kawan nad. Ingat nak order tiga-tiga, tapi dia kata kismis dah habis. Ok takpela, dapatla kurma dan manggo. Ni la biskut dia, tanpa pengawet. Botol pun comel je, bukan kaca, so selamat untuk anak-anak kita pegang. Yela Fariza ni pantang tengok makanan dia, semau nak diambilnya.
Nad beli biskut ni pun, sebagai kudapan Fariza, waktu pagi, atau petang atau malam. Kadang nad tak sempat nak buat bubur dia, nad bagi makan ni. Makan empat ketul pun boleh kenyang. Lagipun Fariza ni susu badan nad juga, jadi lepas makan biskut, dia akan susu. Kenyang la kan. Kau tengokla gaya dia tu, sambil layan Didi and Friends, sambil makan biskut. Lagak macam "mem besar" pulak ye.
Fariza suka dua-dua perasa, Kurma dan Manggo..Kan dah cakap dia makan apa sahaja..hahaha. Bentuk Kurma bulat, bentuk manggo sangat comel, bentuk beruang..hehee..nak makan pun sayang.
Biskut ni jangan bagi budak pegang, sebab dia cepat hancur. Takut bertaburan di lantai..fuh banyak kerja pulak nak bersihkan. Lagi bahaya tu makan dekat tilam. Sebab tu nad yang suapkan dia. mak-mak ni aklau tak berhati-hati pegang pun boleh pecah. Jadi pelan-pelan angkat masa bagi amkan dekat anak ye. Cara nad buat, biskut ni kan dah dibalut, supaya cantik je bentuk dia dan untuk elakkan pecah, angkat perlahan-lahan, buka plastik tu perlahan-lahan, Takdela dia pecah
Biskut ni padat, jadi kalau makan, dia macam penuh dekat mulut. ala nak cakap pun susah..ahhaa.
Hah!!, biskut ni pun boleh bawak pergi travel, jalan-jalan tasik ke. Yela budak kan nak makan je kejenya..hehee. Lagi satu biskut ni boleh dilembikkan untuk bayi yang yang belum tumbuh gigi dan tak pandai kunyah. macam Fariza, dia dah pandai kunyah, jadi nad terus suap je dekat dia. Biskut ni bagus untuk budak-budak besar juga sebagai snek harian, yela bahan dia pun terbaik. Dari kita bagi makanan ringan tu kan. Biskut ni bukan budak-budak je suka, mak-mak pun suka..hahaa..
Korang yang nak order boleh wassap 019-252 3932 (Allene). Biskut ni pun boleh dipos. Nyum-nyum..
Rajin nya sis Nadia update blog. Hari ini saja dah berapa entri. Biskut baby homemade ya.
ReplyDeleteLagi elok sebab tak dibuat di kilang. pengawet dan kimia pun takde
biskut budak ni sedap tau . hahahaha
ReplyDeletetq nad.....
ReplyDelete