Mak Comel, Anak Pun Nak Comel - Semalam nad bawak Fariza pergi check up untuk cucuk setahun. Kali ni, cucuk MMR2 untuk dos ke dua. Selalu appointment pukul 10 pagi, tapi haritu kena pergi pukul 9 pagi. Tapi bagus juga, sebab waktu tak ramai orang. Jadi tak perlu tunggu lama-lama. Fariza kalau pergi klinik pun dia tak meragam atau menangis. Fariza ni memang mudah je budaknya..hahaha.
Macam biasa, kena ukut lilit kepala, tinggi dan berat. Masa tmbang berat tu, dia tak perlu baring dah. Kena duduk je masa timbang, tapi tetap kena bogelkan. Dia tengok je apa nurse tu buat. Lepas tu tengok budak sekeliling. Masa timbang berat anak la part paling membimbangkan. Kalau berat tak naik, dah kena jumpa pakar nutrisi. Sebelum ni, memang berat badan Fariza tak naik. Sama je. Tapi masih di atas line kuning. Tu pun lepas sikit je. Jadi nad bagi makan banyak-banyak, tapi ikut masa la. Bukan bagi sumbat je.. anak oii..Dan Fariza ni jenis, kalau makan, mesti berak..hahaa.
Jadi masa timbang tu, nad harap sangat naik. Yup, dia naik berat badan, dari 6.4 kg ke 7.2 kg. Bayangkan 2 bulan tak pergi klinik, dah bagi makan banyak, tapi naik 0.8kg je. Tapi tu pun nad dah bersyukur sebab naik. Fuh..legaa!!! Kalau tak nanti nurse bising kata kita tak bagi makan pula. Biasalah, Fariza pun dah semakin lasak, berjalan, main, memanjat lagi. Lagipun dia nak jadi macam mommy dia kot, makan banyak tapi maintain..hahaha.
Masa tu, nurse cakap "awak bagi makan anak macam mana"..Biasalah nad cakap bagi bubur macam orang besar makan tu, lepastu letak sayur. Kadang bagi buah. Pagi kadang sarapan roti. Nurse pun cadangkan, bagi makan ikan. Lepas tu bagi pisang, strawberry ke dan macam-macam la. Nurse bagi idea la. Masa tu and dalam kepala, hah ok lepas ni kena buat dia nasi dengan ni, pagi sarapan oat..fuh..gitu..
Lagi 3 bulan, pergi checkup nurse nak tengok naik 9kg. Mampukah!!..Bolehkah!! Harap-harap bolehlah. Naikla berat badan Fariza ni. Stok untuk makanan dia pun dah beli..hehee. lepas ni kau bedal je la apa-apa ye Fariza. Janji makanan sihat..huhuhu.
Dia punya tinggi pun dah naik jadi 68. Mana tak nya, nad perasan dia dah capai benda tinggi dari kepala dia. Selalu nad perhati je apa dia buat. BMI pun ok. semua ok la. Takpe, janji anak sihat walafiat. Pipi maintain tembam..hahaa.
Cucuk MMR Dos ke 2
Kali ni dia kena cucuk MMR untuk Dos kedua. Haritu dia dah cucuk dah untuk dos pertama. Nad ada cerita yang dekat SINI. Imunisasi adalah satu cara pencegahan yang dapat dilakukan bagi mengelakkan penyakit-penyakit merbahaya yang mengancam nyawa khususnya kanak-kanak seperti campak, tibi, batuk kokol, difteria, tetanus atau polio. Imunisasi bertujuan untuk mencegah 12 jenis penyakit berjangkit disebabkan oleh bakteria dan virus tertentu.Masa nad nak cucuk setahun ni, kenabayar RM1 je. Memang dah rule dia macam tu kot. Kita ikut jela. Dah setahun ni, mestila kita takut kan, yela anak dah besar, meronta kang kena cucuk..hahaa. Tapi alhamdulillah, dia nangis time cucuk je, lepas keluar bilik cucuk tu, dia diam. Fariza kan kuat..hehee. Alhamdulillah, setakat ni, selama dia kena cucuk, dia ok je, tak demam ke apa. Harap seterusnya pun baik je. Makin aktif adala..huhuhu. Mommy ajar anak ganas sangat..haaha.
Lepas ni jumpa 3 bulan lagi ye nurse..
lebih kurang je saiz fariza dgn zafran...nampak nau zafran tu kocik nau...haha janji sihat Alhamdulillah kan
ReplyDeleteFariza kan kuat..nanti kena makan byk2 tau sayang bagi naik berat badan..
ReplyDeleteKecik molek je ye... Ala.. mak dia pun kecik molek.. tak kan anak obesiti lak kan..
ReplyDelete