hai assalammualaikum

Saka Dalam Perutku - " Nad, kau ada bela saka ke?? Kenapa badan ko dari dulu sampai sekarang sama je " .." dia ada bela saka ni, sebab tu badan macam tu je "..itulah kata-kata orang tak kisah kawan atau keluarga..Nad hanya mampu tersenyum dan menyuapkan makanan ke dalam mulut sambil menikmati makanan tu. Tak hairan dengan kata-kata tu..hahahaa.

Memang nad ni jenis kuat makan. Wajib makan nasi yang berlauk. Tu kalau dekat rumah la. Kalau makan dekat luar, makan western ke atau apa pun boleh, tapi mesti dalam kuantiti yang banyak. Kadang dah makan, dalam beberapa minit, nak makan lagi macam kek coklat ke, biskut ke, atau apa sahaja yang sedap depan mata nad. Yang sedap jela...hahahha..tapi kalau memang nak makan, biskut kering pun sedap. Kes nad ni sampai nad masuk tv..hahaha..entry ade dekat SINI.

Pulak tu dapat suami yang sama, wajib makan nasi. Sekali turun ke anak, kerja nak makan je..hahaha. Macam harini, petang tu kitaorang dah makan nasi lemak, sekali tengah malam lapar balik. Nasib baik dah masak nasi siap-siap. Suami suruh buat nasi goreng.


Jadinya tengah malam pun blender la bahan-bahan dan campak nasi tu..Jadilah nasi goreng belacan telur. Sayur ade je, sayur kobis, tapi sayur tu husband beli dekat luar. Malam tu dia keluar pergi kedia beli lauk ayam penyet. Jadinya makan nasi goreng tu dengan ikan keli, sambal nasi lemak petang tu..hehehe..Cuma tak ambil gambar je..Habis juga nasi goreng tu kitaorang makan. Memang lapar sangat.

Kita tak bela saka pun awak, benda tu tak bagus..hahaha..nad tau diaorang bergurau. Bersyukur makan banyak mana pun tak naik badan. Okla, makan selagi boleh, tapi kena jaga juga, kadang salah cara pemakanan boleh memudaratkan kita. Contoh macam kolesterol ke, dan macam-macam lagi. Jangan fikir kurus takde penyakit. Jadinya perlu juga makan benda berkhasiat. Ok..hehhe..
SHARE 7 comments

Add your comment

  1. Assalamualaikum nad. Hehe kuat makan makanan sihat selagi boleh. Pasal yis liar tu sebagau ganti yis mauripan instant. Boleh buat roti, biskut yang sihat..

    ReplyDelete
  2. Nad...saya makan apa saja yang tak gunakan minyak

    ReplyDelete
  3. Eh. Salah..saya guna minyak. Tapi sikit jer guna. Guna minyak zaitun sameon

    ReplyDelete
  4. awak ni jenis metabolisme tinggi tu yg susah nk naik... jelesnye cikna ngan org yg kuat makan tp ttp kurus, cikna ni mkn xbnyk pun mudah naik badannye,huhuu,,,,;-)

    ReplyDelete
  5. ada jenis orang yang makan banyak pun badan tak naik2..dan ada juga orang yang makan banyak sikit je dah cepat naik...akak ni jenis badan cepat naik...

    ReplyDelete
  6. Kalau nak jimat minyak elok pakai non stick pan tu kan?

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2