hai assalammualaikum

Melihat Pemandangan Kuala Lumpur Di Bukit Ampang - Dah lama nak pergi tempat ni, dari sebelum kawin lagi. Tapi tak sampai-sampai. Ingat dah kawin, dapat orang KL ni dapatla pergi, tapi tak dapat juga. Bila dapat jenis lelaki yang tak suka tempat sesak dan kesibukan orang ramai, redha jela. Disebabkan mr mafia tau tempat tu macam mana, dia taknak pergi, tapi yang kesiannya, nad la, teringin nak pergi tak dapat-dapat. Sampaila dah ada anak ni, cukup setahun baru dapat jejak Bukit Ampang ni. Kesian tak..kesian tak..huhuhu.



Banyak tempat lain juga nad nak pergi dekat Kuala Lumpur ni tapi ni salah satu tempat nak pergi sangat. Sebab nak tengok pemandangan Kuala Lumpur. Lagi canik bila dapat tengok sunset. Tapi masa nad pergi ni hujan, jadi tak berapa cantik sunset. Masa nad pergi waktu petang. Lepas hujan. Sejuk betul, sebab atas bukit. Dapatla rasa angin tu kuat betul..Terasa la macam dekat Genting..hehee.

Bukit Ampang Melihat Panorama Kuala Lumpur

Jalan Bukit ampang yang menuju ke Hulu Langat memang tidak asing. Lokasi ini menjadi tumpuan menikmati pemandangan panorama indah Kota Kuala Lumpur sambil menikmati makanan di situ. Jangan risau, ade macam-macan gerai yang jual pelbagai makanan.

Start waktu petang, memang dah banyak kereta parking, berkumpul dekat situ. Masa nad sampai, dah ramai orang. Nad sampai dalam 6.30 petang, gerai bahagian atas pun dah penuh. Masa tu ada lagi gerai baru nak buka, gerai bahagian bawah. Bukit Ampang ni, orang akan lepak sampai ke malam. Sebab bila malam suasana lagi lawa.


Jika berkunjung kesini parking juga susah kerana jika paling dekat dengan gerai dah penuh kereta parking. jadi kalau datang lewat dan org sudah ramai kena la parking jauh sikit. Masa ni nad balik awal, lepak sekejap je, sebab budak kecik Fariza ni. Tapi masa datang ni dapatla parking betul2 tengah2. View pun cantik. Tak makan pun sebab baru lepas makan..hahaha..

Tempat ni memang menarik. Akhirnya dapatla lepak sini..hehee.
SHARE 7 comments

Add your comment

  1. cantik kan pemandangan dari atas ni. dulu waktu bujang ada juga lepak dengan member2 dekat atas ni. tapi sekarang, dah jarang g sana. duduk rumah layan anak je. hehehe.

    http://www.ceritaejoy.com/

    ReplyDelete
  2. Nanti saya baca.
    Nak gi makan dulu.

    ReplyDelete
  3. Nanti saya baca.
    Nak gi makan dulu.

    ReplyDelete
  4. sini memang cntik,nampak view kl dulu gerai tak banyak skank dah meriah, mila dulu duk ampang boleh dikira dengan jari berapa kali lepak.lalu tu banyak kali tapi tak singgah pun sbb ramai muda-mudi, kita dah tua tui haha...

    ReplyDelete
  5. Kene cuba kerang baar kat situ tapi biasa waktu malam.. mmg sedap..

    ReplyDelete
  6. ciksu pon teringin nk ke sini tau tp tu lah.
    suami pon x berapa suka nk bawa pergi. huhuhu.
    in shaa Allah nk naik juga lah sblm pindah nti

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2