Perbuatan Fariza Yang Menyentuh Hati Seorang Ayah - Dah beberapa minggu baru nak cerita..hehehe. Banyak sangat benda nak update dekat blog ni. Sampai terlupa nak cerita. Harijadi Fariza haritu, daddy dia ada belikan hadiah untuk Fariza. Sebenarnya dah upload dekat facebook videonya. Daddynya janji nak belikan masa harijadi dia, tapi terlari bajet. Jadinya tunggu beberapa hari. Dan haritu daddynya tunaikan janji nak bagi hadiah dekat Fariza. Yela pertama kali sambut harijadi, mestilah nak hadiah.
Kitaorang pun pergila kedai baby Manjaku. Pilih punya pilih, dia terujanampak kereta tu. Punya khusyuk nak naik. Lepas tu, ternampak kereta bentuk train. Kereta tu banyak fungsi, jadi bukan sekadar ada stereng sahaja. Daddynya kalau beli memang tengok betul-betul, yela anak nak membesar. Pada masa sama, beli mainan yang banyak fungsi, biar otak Fariza berkembang sikit. Lagipun, Fariza ni suka tengok cerita Thomas and Friends. Jadi beli dan bayar.
Sampai rumah, bukan main seronok dia. Sampai tak sabar nak suruh buka hadiah dia. Ditolak kotak tu ke daddy dia suruh buka. Dia pun nak join buka. Korang boleh tengok video ni. Tengok sampai habis, sebab bahagian last, tak berapa last la, dia buat sesuatu yang menyentuh hati dan mengejutkan kami berdua.
Kalau korang perasan, bahagian last tu, dia ada hulur tangan. Masa tu kitaorang takda pegang apa-apa pun. Dan kitaorang fikir dia nak salam. Ya, memang betul, dia nak salam dan cium. Allahuakbar, bijaknya dia. Nad sendiri terkejut. Dia hulur sendiri, bukan kitaorang suruh. Siap nak buat flying kiss. Semua tu diajar daddy dia. Biasalah mommy banyak kerja lain nak buat..hahaa. Dady dia tersentuh hati bila tengok video ni..hehee.
Bila dengan Fariza, nad pun akan biarkan dia teroka. Bercakap apa dia nak, lepas tu kita nyahut balik cakap dia. Bila perbuatan dia salah, ajar jangan ke situ lagi. Fariza memang cepat tangkap. Jadi kena hati-hati kalau buat apa-apa depan dia..huhu..Semoga nad dengan mr mafia mampu didik dia jadi anak berguna.
Alaaa..pandaiiii dia.... jadi anak yang baik ye Fariza..hehehe
ReplyDeletebahagia kan tengok keletah anak2 :)
ReplyDeletealolo pandainya fariza ni. pipi tu macam nak terjatuh antie tengok berat er hihi...
ReplyDeletealala pandainya ambil hati.
ReplyDeleteAlahai comey nyer dia dengan hadiah baru
ReplyDeletePandainya fariza ambik hati daddy dia..
ReplyDelete