Melihat Haiwan Di KL Tower Mini Zoo - Hari Ahad lepas, nad bawak Fariza pergi melihat haiwan. Bila ada anak, anak pulak dah pandai berjalan, pulak tu umur dah setahun, memang seronok bagi dia kenal haiwan. Selalunya, kalau nak tengok haiwan ni, kita fikir Zoo negara je, tapi korang jangan terkejut yang dekat KL Tower pun ada zoo dia tersendiri.
KL Tower bukan sekadar bangunan tinggi melihat view Kuala Lumpur di atas dengan restoran berputar tu, ataupun skydeck, tapi rupanya, banyak benda yang menarik dekat sekitar KL Tower ni. Salah satunya ialah KL Tower Mini Zoo ni. Ni kali pertama nad datang ke Mini Zoo ni. Tempat ni bukan sahaja sesuai untuk yang ada anak, datang berpasangan dan bersama kawan pun boleh. Siapa tak teruja nak tengok haiwan kan. Kat sini bukan sahaja dapat lihat haiwan, kenal haiwan, malah boleh beramah mesra dengan haiwan.
Mini Zoo?? Mesti korang fikir mini tu kan kecik, mesti tak besar dan sikit je haiwan. Lepas tu jalan-jalan tak sampai 5 minit. Hah!! apa kata korang pergi, bukan 5 minit je, lebih sangat. sebab bila korang masuk, keseronokan tu datang dan nak duduk lama dalam tu. Boleh dikatakan besar jugak la tempat dia, sebab ada beberapa bahagian yang kita akan masuk. Bahagian-bahagian tu lain-lain haiwan kita akan jumpa.
Dari mini jungle, hingga ke stable, broadway, bird aviary, terus ke pet village dan banyak lagi pitstop yang ada, 1 jam pun tak cukup nak layan apa aktiviti yang boleh dibuat di sini. Dulu takut binatang, tapi sekarang tak takut dah..ehhehe. Fariza pun enjoy tengok haiwan dekat sini, walaupun reaksi muka dia sama je..hahaa. Dia tak takut pun dengan haiwan dengan sini. Meh nad nak bagitau apa korang boleh buat dekat KL Tower Mini Zoo ni.
Pegang Haiwan Jinak Dan Bergambar
Dekat pintu masuk Mini Zoo ni, disambut dengan burung kakak tua ni. Comel betul. Boleh je pegang, tanpa larangan..ehhee. Cantik kan. Bila masuk je, ada binatang lain yang ada dekat sini.
Dan paling seronok dapat bergambar dengan burung ni. Free sahaja ok..Suka Fariza dapat tengok burung dengan lebih dekat..hehee..
Lepas tu dalam tu juga ada binatang Meerkat yang dikurung. nak amik gambar pun susah, lari sana sini..ahhaa.Comel anak-anak dia tu. Berkumpul macam berpeluk.
Ada juga iguana, binatang bebulu bernama Ferret..hahaa. Hah!! Fariza dapat binatang ni habis di genggam bulu dia..Adoyaiii..Ada juga anak kangaroo..duduk diam molek je dalam beg tu..hahaha. habis muka Fariza diciumnya..
Seterusnya, boleh lihat haiwan seperti Buaya, kura-kura dan ular. Masa tu tengok buaya ni, hidup ke mati, patung ke betul ke tak, tak bergerak, mata tak berkelip, lama juga, sekali tu tiba-tiba dia bergerak, terkejut kita wak, nasib baik dalam cermin..hahhaa. Ular tu pulak tidur je kejenya, taknak makan telur tu. Kalau tak ada pengalaman tengok ular makan.
Semua haiwan ni diletakkan dalam cermin macam ni untuk tujuan keselamatan.
Bagi Haiwan Makan
Keluar je daripada tu, korang akan jumpa pulak haiwan seperti Helmetted Guinea Fowl, spesis ayam kot. Bila turun lagi tangga, korang akan nampak kuda dan Burung Unta dekat sini. Hah kat sini korang boleh bagi makan dekat burung unta tu. Jinak sungguh. Kena hulur sayur dekat burung unta tu, nanti dia datang. Fariza dapat bagi..ahahha..
Seterusnya korang akan pergi ke kawasan burung. Yeahh!!, yang ni suka.Dah tak takut nak dekat dengan burung, nak pegang burung dan bagi makan dekat burung. Macam-macam burung ada. Warna warni sungguh, dengan bunyi kicauan burung yang mengasyikkan. Semua berebut nak bagi makan dekat burung. Macam mana burung-burung dekat sini tak gemuk, kenyang selalu. sampai ada yang dipanggil buat tak tau je..hahaa. Kenyang sangat.
Kalau pertama kali dan rasa takut untuk bagi bagi makan, jangan risau ada ranger yang bertugas bantu korang. Memang masa mula-mula rasa takut dan geli, yela burung bila makan dengan paruh dia tu yang tajam, tapi sebenarnya ok je..hehe.
Burung ni suka dekat mr mafia la..hahaa..sampai dua dia datang..haipp!!.
Selesai dekat kawasan burung, korang akan jumpa haiwan IIlma kot. Lupa pula. Bestnya, nama dia ikut kaler bulu je. Milky dan Browny..hehee. Binatang ni rakus betulnak makan. Fariza relaks je bagi. Sampai dia nak lagi..hahaa. Enjoy sangat tengok Fariza suka buat aktiviti ni.
Tangkap Ikan
Lepas tu korang boleh juga menangkap ikan. Tapi letak balik la ikan ni ye..ehhee. anak-anak mesti suka. Tak dapat pancing ikan, buat kat sini pun boleh..ehehe.
Rehat Dan Membeli Belah
Kalau korang dah rasa penat berjalan, korang boleh rehat dekat cafe dalam ni. Siap ada temoat duduk untuk korang melepaskan penat tu. Bila dah ada tenaga balik, boleh jalan lagi untuk lakukan aktiviti seterusnya.
Kalau nak beli barang untuk kenangan, bolehla beli sekali. Fariza masuk sini, nak tau apa dia nampak, spek mata..huh!!..cukup-cukup dah ada spek mata, nak beli lagi..heeheh..
Belai haiwan
Lepas tu terus lagi jumpa la kawasan arnab dan kura-kura. Boleh belai haiwan macam kucing..hehee. Tapi kura-kura tak bolehla..Ada tikus yang lari sana sini. Hah!! mainla kejar-kejar ye..
Last sekali, tempat di mana ada binatang seperti kala jengking, iguana besar, Monyet albino dan Raccon.Masa ni yang ada atas pokok boleh pulak di tido. Yang dalam sangkar segar memanjang..huhuhu..Dah selesai jelajah KL Tower Mini Zoo. Last sekali Raccon ni la, lepas tu korang kena patah balik untuk balik.
Pintu keluar dekat Kedai cenderahti tadi.
Belajar Nama Haiwan dan Spesis haiwan
Ada sesetengah binatang kita jarang tengok, pernah nampak pun tak tau nama. Hah!!, korang jangan risau setiap sangkar haiwan yang ada, diletakkan satu papan yang memaparkan info ringkas berkenaan haiwan tersebut. Sekaligus bagi kita info baru mengenai haiwan yang ada ditempatkan di sini. Masa tu la tau apa dia buat, apa nama dia. Banyak yang kita boleh belajar. Dekat diri dengan haiwan memang best..ehhee.
Harga Tiket Masuk KL Tower Mini Zoo
Dewasa: RM32.00
Kanak-kanak dan orang tua : RM27.00
Kanak-kanak bawah 90cm : Percuma
Package
Mini Packege : 1 dewasa + 1 kanak-kanak dengan percuma 1 aiskrim : RM50.00
Pakej 2 dewasa dan 2 kanak-kanak percuma 2 aiskrim : RM 98.00
Waktu Operasi: Isnin hingga Ahad – 10 pagi hingga 9 malam!
kadang-kadang ada buat promotion, boleh tengok dekat facebook https://www.facebook.com/KLTowerMiniZooMalaysia/
bestnya.,.:)
ReplyDeletememang menarik mini zoo ni.. bwk anak² mmg sesuai!
ReplyDeletesuka tengok fazira, tak takut langsung haiwan-haiwan yang ada kat situ...
ReplyDeleteSuka tgok gelagat fariza dlm gambar ni. Huhu.. nmpak dia. Xcited tgok haiwan kat situu
ReplyDeletesangat menarik.. pasti akan lawat juga..
ReplyDeleteBest kan? Lepas g mini Oo bol3h jalan2 sekitar kl.
ReplyDeletetak pernah algi jalan2 ronda kl.. huhu
ReplyDeleteeh..yg pakej tu murah la pula kalau adult + child tapi syg tak ada anak.. hahaha
ilama itu sangat hensem...! geram pula tgk
Tengah-tengah KL pun ada ZOO.. banyak gak haiwan dalam tu.. menarik boleh gi nanti..
ReplyDeleteJemput baca http://www.redscarz.com/2016/12/konvoi-honda-civic-2h1m-ke-pulau-pinang.html