RESEPI BEBOLA AYAM GORENG TEPUNG

in , by Nadia Johari, 02:36:00
hai assalammualaikum

Resepi Bebola Ayam Goreng Tepung - Nad dengan husband kalau beli ayam memang seekor untuk beberapa minggu punya stok makanan. ayam tu dipotong kecik. Jadi adalah bahagian tulang dan daging ayam. Selalunya kalau bahagian daging tu la pening nak buat apa, sebab kitaorang memang tak suka part daging sangat. Bahagian daging ayam tu pulak kadang nad buat tomyam atau goreng. Tapi dah jemu weii..Memang dah lama nak buat bebola sendiri, sebab selalu tengok cerita orang putih masak-masak tu, bila diaorang buat bebola. Jadinya nad pun buatla guna bahan apa yang ada. Yang penting sedap..hehee.Ok jom nad bagi resepi..


Bahan-bahannya
- Daging ayam yang telah dicincang. Nad blender je, nak cepat punya pasal.
- Bawang besar ( dicincang menjadi kecik )
- Bawang putih ( ditumbuk )
- Lada hitam ( ditumbuk )
- Tepung
- Telur
- Garam

Cara membuatnya


- Bawang dipotong kecik-kecik. Bawang putih dan lada hitam ditumbuk. Kemudian masukkan semua ke dalam daging ayam yang telah diblender. Bubuh garam sedikit. Bahan tersebut digaul bersama sehingga semuanya sekata.



- Dah siap, amik bahan tersebut dan jadikannya bulat. Kemudian masukkan dalam tepung dan telur, kemudian masukkan tepung semula.


- Dah siap. Macam ni la rupanya setelah disalut tepung dan telur.


- Lepas tu digoreng.


- Dah nampak macam garing-garing tu angkatla. Dah siap.

Boleh dimakan begitu sahaja bersama sos atau makan dengan nasi. Sebenarnya nak tambah daun sup pun boleh dalam campuran bebola ayam tu. Mungkin lagi sedap.cubala ye..


SHARE 10 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2