RESEPI BEGEDIL DAGING SANTAPAN MALAM

in , by Nadia Johari, 17:09:00
hai assalammualaikum

Resepi Begedil Daging - Hah!!, tadi dah buat entry begedil untuk anak, ni pulak, begedil daging untuk nad dan suami. Nad memang suka makan begedil daging ni. Kalau sebelum ni tengok mak buat je, kita yang tolong bulat-bulatkan. Harini, nad buat sendiri pulak..hehhe. Bila datang kerajinan tu memang macam ni la rupa dia. semua bahan pun ada dan lengkap. Tapi adalah bahan yang takda, tapi tu takda pun takpe, tetap sedap. Makan begedil ni, boleh makan macam tu sahaja.


Hah!!..ni la rupa begedil daging. Dagingnya pun padat akalu buat sendiri..hehee. Penuh, tu yang kunyah-kunyah tak berhenti. Sambil tengok tv, sambil makan..hahaha. Ni makan untuk dua orang. Tapi nad lebih makan..sebab sedap sangat..eh kita buat mestilah sedap..haha. Dua orang bolehla buat, kalau ramai, kena ada pembantu..huhuhu..

Bahan-bahannya
- Daging
- Kentang
- Lada Hitam
- Daun sup
- Telur
- Garam
- Gula

Cara membuatnya
- Daging dan kentang direbus sehingga empuk.
- Selepas empuk, daging dikisar dan kentang dilenyekkan.
- Tumbuk lada hitam dan campurkan dalam daging dan kentang bersama.
- Bubuh garam dan gula sedikit.
- Gaul-gaul bagi serata.
- Lepas tu bubuh daun sup, dan gaul.
- Bentukkan begedil bulat-bulat dan disalut dengan telur yang telah dikacau supaya melekat.
- Dah siap proses, goreng la, apa lagi..ehehe.
- Goreng jangan sampai hitam, sekejap je ok.

Ok selamat mencuba.
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. lisa suka makan bergedil..tapi daging la bukan sayur . sayur suka makan mentah je haha

    ReplyDelete
  2. sedapnya, bila nak masakkan kat ummi nani

    ReplyDelete
  3. salam kak..saya buat begedil selalu tak menjadi.. rasanya ada kurang tepung mcm tu..degil dia nak bentul asyik berderai.. terus black list ..haha.. tapi kalau makan dgn sup panas2 memang mavelous

    ReplyDelete
  4. memang boleh buat ni, tapi kena cari daging. tapi tak pandai nak rebus daging takut tak empuk nanti liat guna daging dah siap tula je.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2