Upin Dan Ipin Jeng Jeng Jeng - Lama sangat tak tengok wayang. Sekarang bila ada anak ni, tengok wayang kena ikut cerita budak-budak pulak. Baru la best sikit. Walaupun dia masih tak paham, tapi Fariza kenal kartun kesukaan dia. macam Upin dan Ipin ni la. Selalu tengok dekat tv, sekarang tengah berada di panggung wayang untuk movie Upin dan Ipin Jeng Jeng Jeng.
Haritu nad bersama keluarga berkesempatan menonton tayangan perdana Upin dan ipin Jeng Jeng Jeng terbitan Les Copaque yang ditayangkan di GSC IOI City Mall Putrajaya. Terima kasih kepada pihak Denaihati Network kerana memilih nad untuk pergi menonton tayangan perdana ni. Peluang yang diberi memang takkan dilepaskan. Lagi pun ni kali pertama Fariza masuk panggung wayang. Nak tengok macam mana perangai dia dalam wayang bila nampak kartun kesukaan dia Upin dan Ipin tu.
Sebelum bermula tayangan perdana, kitaorang dimeriahkan dengan dua maskot dan beberapa aktiviti yang dijalankan. Wah bukan main seronok Fariza. Takut!! memang tak la..hahaa..Dia nak pegang maskot tu, berani tapi takut..hahaa..macam mana tu. Selain itu ada juga adik Asyiela Putri iaitu pemilik suara Upin dan Ipin. Dekat tv dengan kat luar serupa je suara dia..hehee..bila dia cakap kita bayangkan upin ipin kartun tu.
Upin Ipin memang menjadi kegilaan anak-anak. Tapi bukan sahaja anak-anak, malah ibu bapa pun suka tengok cerita kartun Upin Ipin ni. Pertama kali keluar masa puasa dulu, memang seronok tengok. Sampaila sekarang masih layan lagi cerita ni.
Sinopsis Upin Dan Ipin Jeng Jeng Jeng
Hah!! Masuk wayang pulak. Fariza memang suka, sebab banyak budak-budak dalam tu. Mulut dia, babababa cakap dengan budak lain..hahaa. Bila start wayang terus dia duduk diam, sebab bunyi sound dan gerak-gerak gamabr dalam wayang tu. Fuhh!!..dia tak meragam. Dia suka bila Upin dan Ipin keluar dan bila ada nyanyian.Hah!! nak tau cerita pasal apa Upin dan Ipin ni. Meh nad bagi sikit sinopsis tentang movie Upin dan Ipin Jeng Jeng Jeng ni.
" Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng! mengisahkan kehidupan seorang anak yatim bernama Balqis. Dia sangat meminati watak animasi kembar popular Upin & Ipin. Suatu hari, seorang lelaki bernama Zaman telah datang ke rumah anak yatim tempat tinggal Balqis. Melalui perbualan Zaman dengan Noreen, Balqis terdengar bahawa Rumah Anak Yatim tersebut hendak diambil alih kembali oleh Zaman yang merupakan anak kepada pemilik tanah tersebut.
Balqis mula berbincang dengan rakan-rakannya untuk menyelamatkan Rumah Anak Yatim tersebut. Dia telah meminta bantuan daripada Upin & Ipin, tanpa disangkai Upin & Ipin benar-benar muncul di hadapannya. Walaupun begitu, kawan-kawannya tidak dapat melihat Upin & Ipin. Pada masa yang sama, Awie penyanyi rock terkenal suatu ketika dahulu turut mengalami masalah kewangan. Dia tidak lagi popular dan sedang mencari peluang untuk menghasilkan album terbarunya bagi mendapatkan pendapatan. Awie dengan pembantunya Bo terserempak dengan Balqis yang sedang kecewa "
Nak tau apa jadi seterusnya..Adakah mereka dapat selamatkan rumah anak yatim tu?? Nad taknak la cerita sampai habis..hehee..korang kena tonton sendiri. Banyak juga pelakon hebat yang berlakon dalam cerita ni, terutama sekali Awie ( Ini semua Poyo )..hehe
Filem yang menelan belanja mencecah RM4 juta ini menggabungkan teknik animasi 3D dan lakonan hidup.Filem yang penuh unsur-unsur nasihat, kesedaran dan bermain dengan emosi. Tayangan ke 121 buah panggung wayang di seluruh Malaysia dan Brunei serentak pada 24 November 2016 ini juga menjadi rekod Jumlah Pawagam Tertinggi di minggu pembukaan bagi Filem Tempatan.
Cuti sekolah akan bermula tidak lama lagi kan. mak ayah bolehla bawak anak-anak datang tontong movie Upin dan Ipin Jeng Jeng Jeng ni. Memang tidak rugi. Walaupun ada orang cakap, filem ni macam teetttt..tu masalah dia, sebab dia tak menghayati cerita ni. secara keseluruhan nad bagi 4.5 bintang.
#upinipinjengjengjeng
#DHNBlogger
@upinipinofficial
@denaihatinetwork
Add your comment