Tempe Banyak Khasiatnya - Siapa suka makan tempe ; sila baca ini. Tempe kalau makan panas-panas memang best dan sedap ! Biasanya tempe dijual di kedai runcit atau pasaraya dengan bersalut plastik ataupun suratkhabar. Goreng pun sedap, buat sambal tempe lagi sedap! Makanan ini sangat sinonim dengan masyarakat di Indonesia ataupun Jawa. Rugi kalau ada yang tak suka makan tempe, nak tahu kenapa?
Lima Khasiat Tempe
Ini sebab-sebab yang anda perlu tahu :- Apa Jadi Pada Badan Kita Sekiranya Suka Makan Tempe?Baca 5 Kesan Ini.
1). Tempe mengandungi khasiat kalsium yang sama dengan air susu.
Kajian ini dikeluarkan sendiri oleh Timbalan Dekan dan Professor Pemakanan Dietetik UKM.
Selain itu, tempe berkesan untuk mencantikkan wajah.
2). Tempe mampu mencerahkan kulit wajah dan tiada kesan bahaya malah akan menampakkan anda sentiasa kelihatan muda. Kenyataan ini disahkan sendiri oleh penyelidik Kanan Pusat Penyelidik Bioteknologi Industri SIRIM.
3). Selain itu, tempe boleh mengurangkan kolestrol, meningkatan kekuatan tulang, mengurangkan gejala monopous awal dan kandungan protein sama tinggi seperti daging.
4). Tempe sangat bagus untuk mereka yang ada tekanan darah tinggi.
Kenapa? Tempe mengandungi zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan dimana membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
5). Kalau korang ada masalah cirit birit, amalkan makan tempe sebab kandungan protein yang tinggi mempercepatkan tempe untuk dicerna. Tempe juga boleh mengelakkan individu terkena keracunan makanan.
Haaa .... !!!
Nampak sahaja tempe ini macam tiada khasiat, tapi sebenarnya banyak khasiat dan kebaikan untuk badan manusia. Sila makan tempe..aduhh sedapnya tempee...
sy suka tempe walapon sy org kelantan..:)
ReplyDeleteakak pun suka makan tempe goreng kunyit panas-panas..;p
ReplyDeletetempe mmg sedap,,cicah kicap pun sedap!
ReplyDeletebest, yui suka ratah tempe.
ReplyDeletesalam BW :) tempe memang sedap makan dengan sambal tomato.. perhhh!
ReplyDeletetempe goreng sambal + ikan bilis.. pedas2 sedap weyh.. hee~
ReplyDelete