TAK SAMPAI 5 MINIT DAH TIDUR

in , by Nadia Johari, 02:16:00
hai assalammualaikum

Dekat Kampung Tidur Cepat Dan Lena


Untuk pengetahuan korang, nad masih lagi bercuti dan berehat dekat kampung. Takpe lama-lama sikit dekat kampung..hehehe..Nanti dah balik bandar, rutin harian dah bertukar. Jadi kita rehat puas-puas.

Sejak balik kampung, nad dah lama perasan, Fariza mudah tidur dan lena. Kalau macan dekat bandar, waktu tidur tak tentu. Lagi kalau dia tidur awal lepas maghrib, tengah malam bangun, mesti la tidur lewat. Yela mata dah segar. Waktu tu la dia nak main. Lagi satu,  dekat bandar dia akan main sekejap je, lepas tu nangis nak merap, nak melekat dekat mommy dia.

Berbanding dekat kampung, dia akan bermain, main dan main. Waktu tu memang dia tak ingat mommy dia, tak ingat nak merap dan tak ingat nak susu cap gantung..hahaha..melainkan dia betul-betul nak. Kalau dia dah tidur lepas maghrib, tengah malam bangun, lepas tu ajak la tidur semula, dia akan senang tidur..tak sampai 5 minit pun. Sedangkan waktu tu mata die memang segar dan nak bermain..eh mudahnya.

Tapi bukan setakat anaknya, maknya pun boleh terlelap awal..hahaha..Mungkin dekat kampung sejuk, takde bunyi bising sangat. Nampaknya kene mintak daddy pasang aircond la..hahahha..baru dia tidur lena..
SHARE 4 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2