Meluangkan Masa Bersama Keluarga
Ni kisah cuti haritu. Lupa pulak cuti sempena apa, adehla..Biasalah, bila tak kerja, tarikh, hari, cuti pun dah tak ingat.huhuhu. Memandangkan cuti haritu, mesti korang banyak pergi jalan-jalan kan. Macam nad, duduk rumah je dengan keluarga. Saat paling best bila dapat berkumpul rama-ramai.
Bila dah berkumpul ni, aktivitinya apa lagi. Memasakla..hehehe. Macam biasa, anak perempuan bertukus lumus dekat dapur. Anak perempuan ada empat orang dan seorang menantu. Tapi yang memasaknya dua orang je, nad dengan kakak sorang..hahahha..yang lain buat sampingan je.
Kalau dengan kakak seorang ni, memang kerja dia buat resepi baru jela. Sebab kakak kita sorang ni memang suka tengok resepi. Lepas tu buat, bagi kitaorang rasa. Kadang ada yang sedap, kadang tak..hahhaha..Kali ni, dia buat tauhu berintikan ayam dan udang. Resepi nad dah tulis dekat blog, ada dekat SINI. Yang tukang kupas, potong, blender nad la..lepas tu bakinya dia yang buat..haahhaa. Hasilnya seperti dalam gambar. Nasib baik sedap..heehhe
Kedua pulak, panggang ayam golek menggunakan oven. Ayam ni kakak lagi sorang yang beli. Macam biasalah, dia tukang belI je, yang buat peramnya nad la..hahaa..peram dalam 30 minit. Sebenarnya nak sedap, peram semalaman, tapi ayam pun baru beli haritu juga. Bahan perapan cuma kicap, sos, ketumbar, halia, serai, dan jintan manis. Lepas tu kasi cucuk.dan golek-golek dekat oven.
Ayam ade buat dua cara, satu golek satu letak dekat dulang..yang dah masak tu yangpun dibakar dekat dulang. Yang golek-golek dinagkat je terus dimakan, tak.sempat ambil gambar.
Oven tu kakak ipar beli nak buat kek batik dia, tapi tengok.gambar boleh buat ayam panggang golek, apalagi gunalah..hehehe. hasilnya seperti dalam gambar.
Mak pulak tambah menu dengan buat ikan sambal..pergh memang haritu makanan terbaikk..kenyang perut kita..senang hati..hehehe..macam ni la bila dah berkumpul. Seronok sangat.
bestnya tengok gambar nad. nanti adik muja dah ok kaki dia, pastu dah balik dari mesir nak ajak semua datang rumahla. buat macam nad. hehehe
ReplyDeletebila berkumpul ramai ni bab makan memang best kan
ReplyDelete