Fariza ni jenis suka ikut je mommynya pergi mana, kalau ke dapur, dapur la dia, kalau pergi bilik mandi, bilik mandila dia cari. Haishh..macam tak senang je nak buat kerja. Kalau siapa yang berkawan dengan nad dekat facebook dengan baca blog, mesti koranga da baca cerita ekstrem yang Fariza buat. Hah bagi yang tak tau apa perkara ekstrem Fariza buat, korang boleh tekan link INI. Silalah baca ye.
Disebabkan perkara ekstrem tu la, nad terpaksa pasang pagar untuk Fariza. Pagar jimat je, sebab nak beli pagar yang betul rupa pagar duit nak guna lain. Takpela, pagar macam ni pun ok...jimatt!!..asalkan pagar.
Buat Pagar Untuk Fariza
Pagar dari kayu yang ada dekat rumah je..jimat |
Ni la pagar dia..pagar ni dibuat daripada kayu yang ada lebihan dekat rumah ni. Jadi, dari terbiar baik kita gunakan untuk buat pagar. Nampak je buruk, nanti kita decorate jadi lawa la kan..buh wallpaper ke..hehehe..kann..Pagar pun nak decorate kau..haruslaa...hehehe..Pagar ni dibuat jenis boleh buka, dengan tarik ke atas. Jadi, kalau taknak guna bolehla buka.
Pagar ni dibuat untuk keselamatan Fariza. Dan sememangnya di buat supaya tak ikut kemana sahaja mommynya pergi..Bila ada pagar ni, senang sikitla kerja mommy. Walaupun di tetap nangis juga, melalak macam kena dera..nak buat macam mana..terpaksa kan..kadang sedih juga dengar dia nangis..huhuhu..Hati kena kental, ajar dia sikit.. Selalu orang pasang dekat tangga, tapi nad pasang antara dapur dan ruang tamu.
Sampai bekas baju kotor dia tu selalu jadi mangsa..hahaa..Asal marah, dia terbalikkan bekas baju kotor tu..haishh..
Nampak tak..kaki dia tu..berusaha juga |
Suatu hari tu, bila nad tengah masak, Fariza punya nangis, lain macam..Nad tengokla. Sekali, hah kau, berusaha gak nak lepas pagar tu, sampai masukkan kaki tu ha..nampak tak tu..Ya ampun anak!!!..terkejut mommy ni haa..cepat-cepat ambil..haishh..ganas betul Fariza ni.
Tapi lepas tu dia dah tak buat dah. Dia dah tau tak boleh nak lepas pagar ni..hahaha. Sabar ye sayang, tunggu awak dah besar, kita buka pagar ni. Sekarang awak tengah ekstrem..hehee..Selamat sikit bila ada pagar ni.
alahai..awat ganas sgt tu fariza..:)
ReplyDeletehaha.. bijak betul.. kami beli yang boleh bukak2 tu dik..alhamdulillah berbaloi sampai 4 orang anak guna..
ReplyDeleteBijak betul dia..pandai cari jalan macam mana nak keluar
ReplyDeleteanak IQ plak runtuhkan pagar yang atok dia buat, memang haru, last2 biar je xberpagar, sebab lama2 dia da pandai dah...cume kne pantau lebih kerap ke mne dia pergi dalam rumah...dan pasti kan kawasan yang dia tak patut masuk dan tak berpagar tu tak ada barang yang merbahaya yang boleh dia capai..
ReplyDeleteAllah aktif nya fariza ! hahahha comel je
ReplyDeletehehehe..terjulur kaki kat celah pagar erkh...
ReplyDeleteHahahaha.. kesian tgok die tersempit... lawak pun ada... :'D
ReplyDeletep/s : hi... sy dtg blogwalking dan sy dh follow blog comel awk ni.. hope awk sudila juga follow blog baru sy ye.. :D ty..
banyak info menarik yang saya kongsikan di www.1001petua.com .. InsyaAllah, awk tak kan menyesal.. :D
eh..kita teringat pula,dulu2 ayah kita pun selalu buat diy pagar,utk elak adik2 pergi dapur,jenis macam itu la cuma lain sikit design. huhu.. pun jenis kena tarik atas, kalau ada lelaki dekat rumah mmg senang sikit kan,asalkan kena rajin dan ada barang la
ReplyDeleteBaby Zara pun dh lasak jugak. Aritu tergolek jatuh kt depan pintu dapur naik walker. Terpaksa buat pagar mcm ni jgak... huhu
ReplyDelete