hai assalammualaikum

Sebelum ni, tak pernah pun ambil tahu dan tak pernah dengar pun berkenaan penyakit ekzema dan psoriasis. Biasalah, tak pernah terjadi dekat diri, keluarga dan anak buah. Bila ada anak ni, barula nak tau penyakit ni semua. Sebab, semuanya dengar dari kaum ibu dan bapa di perbualan whatsup. Alhamdulillah, anak nad, Fariza tidak mengalami penyakit ekzema atau psoriasis ni, tapi tu tak bermakna, nad tak perlu ambil tahu berkenaan penyakit ni. Masa ni la kena cari info sedalamnya tentang penyakit ini, punca dan cara merawat penyakit kulit ekzema dan psoriasis pada bayi ni.


Penyakit Kulit Ekzema dan Psoriasis

Anak Anda Ada Ekzema, Ruam dan Psoriasis, Macam mana Nak atasinya??

Kedua-dua penyakit iaitu ekzema dan psoriasis adalah penyakit kulit yang kronik, menyebabkan kulit akan menjadi merah dan kasar serta kering. walaupun begitu, terdapat perbezaan yang jelas membezakan antara keduanya. Penyakit psoriasis biasanya tebal, merah, kering dan kasar. sementara penyakit ekzema pula biasanya menyebabkan kulit menjadi lembap dan agak berair.

Rupanya, penyakit ekzema dan psoriasis ni bukan pada bayi sahaja, malah orang dewasa pun ada. Lazimnya, penyakit ekzema dan psoriasis bagi bayi jelas dilihat di bahagian pipi, dahi, leher, lengan, betis dan kulit kepala. Manakala orang dewasa eczema ini akan menyerang di bahagian leher, muka, siku, buku lali dan lutut. Bila nad baca info ni, sambil tengok gambar, allahuakbar, memang nampak menakutkan jugak, dan memberi ketidakselesaan, lagi-lagi kalau bayi yang kena. Yela, bayi mana tau apa-apa kan. Mesti nangis je kan, lagi-lagi kalau bila masa cuaca panas dan berpeluh.

Punca Penyakit Kulit Ekzema dan Psoriasis

Punca sebenar berlakunya serangan penyakit eczema dan psoriasis ini tidak dapat dipastikan dengan tepat.Namun terdapat beberapa kajian yang dibuat, menyatakan antara faktor-faktor yang menjadi punca kepada eczema ini termasuklah:

Faktor-Faktor Dalaman ( Fizikal )
- Ahli keluarga yang mempunyai serajah yang mengalami penyakit eczema, asma dan allergi.
-Perubahan emosi ketara atau stress.
-Pemakanan atau minuman spt alkohol, produk tenusu , gandum , telur , makanan laut, pengawet dan pewarna makanan.

Faktor - Faktor Luaran ( Persekitaran )
- Bahan- bahan Iritasi : asap rokok, bahan kimia, Cuaca yang terlalu panas dan lembap atau sebaliknya.
- Alahan ( Allergens ) : Sabun , Syampu , serbuk bahan pencuci , kosmatik , kulat , debunga, haiwan peliharaan dan hame habuk rumah.

Cara merawat Penyakit Kulit Ekzema Dan Psoriasis

Masa ni la kena ambil tahu cara rawatan penyakit ekzema dan psoriasis untuk langkah penjagaan awal. Bila tiba-tiba terjadi, takda la kita terkial-kial kan.Penting untuk kita tahu terlebih dahulu tentang penyakit ini supaya kita faham bagaimana cara rawatannya. Kulit adalah tisu yang melindungi seluruh tubuh. Kulit sangat sensitif terhadap sebarang perubahan sekeliling.Ekzema atau psoriasis merupakan penyakit kulit yang sangat kritikal kerana amat sukar untuk disembuhkan serta kesannya boleh berlanjutan keperingkat kanak-kanak malah ada juga berlarutan hingga dewasa. Bagaimana pun melalui kaedah kawalan dan cara rawatan susulan yang berkesan mampu memulihkan penyakit kulit ini daripada menjadi lebih serius sebelum kanak-kanak meningkat remaja. 

Terdapat 5 cara berkesan yang sebenarnya mampu untuk merawat penyakit kedua-dua penyakit ini agar dapat disembuhkan atau mengelakkan menjadi lebih kronik ini jika dilakukan secara konsisten dan teratur.

1) Krim atau losyen sapuan
Selain antibiotik, kaedah rawatan yang baisa dan popular tetapi hanya pada peringkat awal apabila munculnya tanda-tanda penyakit kulit tersebut seperti ruam-ruam pada bahagian tertentu. Pastikan krim atau losyen tersebut sesuai serta tidak berlaku alahan lain pula kepada bayi atau menjadikan situasi lebih buruk.

2) Ubatan Steroid
Dalam sesetengah keadaan atau kes-kes tertentu, doktor akan memberikan ubat-ubatan samada dalam bentuk losyen sapuan, suntikan atau pil yang mengandungi steroid mengikut dos yang perlu. Krim kortikosteroid topikal dan salap adalah sejenis ubat anti-radang untuk melegakan gejala utama ekzema seperti keradangan kulit dan gatal. Jika tidak berkesan, kortikosteroid sistemik boleh digunakan sama ada disuntik atau dimakan tetapi biasanya hanya digunakan untuk jangka masa yang singkat serta mengikut keperluannnya sahaja.

3) Ujian patch serta diagnostik
Kaedah rawatan ekzema dan psoriasis peringkat ketiga jika penyakit kulit tersebut semakin buruk atau menunjukkan simpton-simpton yang semakin berlarutan pada kulit bayi anda. Bayi tersebut perlulah dirujuk kepada doktor pakar kulit untuk melakukan ujian saringan tersebut bagi menentukan punca sebenar serta tahap keseriusan masalah kulit tersebut. Seterusnya rawatan susulan akan dilakukan serta dipantau oleh doktor pakar tersebut bagi mengelakkan sebarang kejadian lebih buruk berlaku.

4) Rawatan laser dan fototerapi
Kaedah rawatan moden yang semakin popular serta sering digunakan untuk kes-kes tertentu mengikut nasihat pakar kulit. Fototerapi boleh dilakukan untuk merawat penyakit kulit ringan dan sederhana serta kronik. Ia melibatkan pendedahan kepada ultraungu A atau B samada bersendirian atau digabungkan kedua-dua sekali. Keadaan kulit akan dipantau dengan teliti semasa proses rawatan tersebut.

5) Rawatan Herba Tradisional 
Masih ada lagi yang akan buat rawatan tradisional sebab bahan yang mudah didapati. salah satunya ialah dengan menggunakan Aloevera .Tumbuhan ini kaya dengan bahan anti keradangan dan penyembuhan. Jadi tidak hairanlah sesuai untuk rawatan kulit ekzema atau psoriasis. Lagi satu cara ialah menggunakan tanah liat. Eh ni nad pun baru pertama kali dengar. Dulu kecik-kecik memag suka main tanah liat..hehe. Bila tanah dikorek, mula ambil tanah liat tu buat letak dekat muka. Tanah liat sesuai untuk merawat penyakit gatal ni tau..hah!! nak tau caranya nak cari tanah liat ni tanpa bersusah payah kena cangkul bagai..baca bawah ni..

Rawatan Semulajadi Bedak Asmak Merawat Penyakit Kulit Ekzema dan Psoriasis Pada Bayi

Bedak Asmak

Khasiat Tanah liat Bedak Asmak

Ada cara mudah, selamat dan bersih untuk anda mendapatkan tanah liat ni. Hah ni la dia!!..cara merawat penaykit kulit ekzema dan psoriasis dengan menggunakan Bedak Asmak. Produk keluaran MHAMSB ini mampu Merawat Penyakit Kulit Ekzema dan Psoriasis Pada Bayi dan juga diri anda sendiri jika mempunyai masalah kulit. Bedak Asmak diperbuat daripada bahan semulajadi 100% iaitu bedak tanah liat putih berkualiti tinggi. Selamat digunakan untuk semua peringkat umur. BEdak dari tanah liat telah digunakan sejak zaman-berzaman lagi dan menepati saranan Rasulullah S.A.W. berkenaan penawar dari tanah untuk masalah kulit.

Bedak Asmak Mampu Merawat Pelbagai Masalah

Bedak Asmak ni mampu merawat ruam pada bayi, ekzema, psoriasis, kudis buta, kurap, panau, kayap, gatal, cacar air, luka dan lain-lain. Banyak juga kegunaa bedak asmak ni ye. Senang dan mudah, satu botol boleh guna untuk macam-macam penyakit.

Apa Keistimewaan Bedak Asmak ?

Pelbagai Fungsi Bedak Asmak

Selain merawat masalah kulit di atas , ia juga mampu mengecutkan jerawat , mencantikkan dan mencerahkan kulit jika diguna selalu . Boleh dipakai setiap malam sebelum tidur. Penggunaan berterusan mampu merawat masalah kulit,mengelakkan kedutan,menghilangkan jerawat,melicinkan dan menjadikan kulit wajah lebih halus.

Kulit Berseri

Jerawat Hilang
Mempunyai kadar UVA ratio yang tertinggi iaitu 0.88 di dalam Boot Star Rating untuk perlindungan UVA, jadi ia mempunyai kadar perlindungan MAKSIMUM terhadap UVA yang mengelakkan kedutan. tidak menyumbat liang pori dan mampu merawat masalah kulit.

boleh dimakan untuk masalah cirit - birit dan gout. teksturnya lebih halus, mudah diserap dan sejuk bila dipakai. Bedak Asma' selamat dan suci. produk ini mesti dimiliki oleh setiap keluarga.


Tengok, penagih dadah pun apaki Bedak Asmak. Boleh tengok video ni.


Cara pemakaian:                                   

Waktu siang
Pakai sekerap yang boleh ketika masalah kulit sedang teruk.Selepas beberapa jam, jika bedak kelihatan pudar dan diserap peluh, cuci bersih dengan air, lapkan dan keringkan kemudian sapu.

Waktu Malam
Sapu sebelum tidur


💥Untuk gout dan cirit-birit :
Ambil air tapis/zamzam suku cawan @5 sudu besar.Campur dgn 1 sudu kecil bedak.
Minum sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Harga


harga Bedak Asmak

Harga takdelah mahal sangat, dengan berat 150gram, harga untuk sebotol ni ialah RM38. Mungkin boleh tahan lama ni. Memang wajib ada dekat rumah. Yela, kita tak tau, bila kita kulit kita ni sensitif. Sentiasa buat penjagaan awal. Produk premium pada harga terendah!!. Produk ni mempunyai permintaan yang tinggi tau. Hah!!..jomla kita sama-sama beli dan simpan satu dekat rumah.

Testimoni
Ramai yang telah menggunakan Bedak Asmak ni, dan nampak keberkesanannya. Korang boleh tengok testimoni dibawah ni.

Gatal Hilang dengan Bedak Asmak

Kulit semakin Licin

Ekzema Semakin Sembuh dengan Bedak Asmak

Ruam Susu Hilang dengan Bedak Asmak

Sekiranya berminat nak mencuba atau nak menjadi agen , sila ke link di bawah atau hubungi terus :

Hotline HQ : 019 – 970 8897

Info Bedak Asmak Juga Boleh Didapati Di FB Page 

Penawar Ruam Pada Bayi : https://www.facebook.com/bedakasma
Penawar Ekzema Mujarab Terkini : https://www.facebook.com/kulitcantiktanpaekzema
SHARE 6 comments

Add your comment

  1. waa.. lega rasanya bila sakit kulit anak selesai.. hee~ thanx untuk info.. nanti boleh rekomen kan kat kengkawan..

    ReplyDelete
  2. Wah kena dapatkan ni.. cikza dah mula kena psoriasis kat kulit kepala.

    ReplyDelete
  3. Untungkan anak xkena ekzema ni..

    Tapi mmg kesian tgk anak2 yg kena ekzema ni..

    ReplyDelete
  4. Untungkan anak xkena ekzema ni..

    Tapi mmg kesian tgk anak2 yg kena ekzema ni..

    ReplyDelete
  5. mmg ssh dan mencabar nak jaga anak ekzema ni.. bes bedak tu.. saya apply kt leher ariq.. tak la dia menggaru..

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2