PERKAHWINAN JARAK JAUH

in , by Nadia Johari, 22:27:00
hai assalammualaikum

Perkahwinan Jarak Jauh Yang Mencabar

Nad terfikir macam mana diaorang lalui perkahwinan jarak jauh ni. Ada sesetengah kawan nad, terpaksa lalui perkahwinan jarak jauh ni atas urusan kerja, atau belajar. Namun, ia bukan sesuatu yang mustahil untuk mempertahankan hubungan tersebut.


Walaupun nad tak lalui perkahwinan jarak jauh ni, tapi bila nad tinggalkan suami dalam jangka masa yang lama sebab balik kampung, tu pun lepas seminggu dah rasa tak sedap hati. Lagi resah bila suami cakap dia tak sihat. Risau, sampai rasa nak balik terus, tapi kenderaan pulak takda. Macam tu la mr mafia, bila isteri takda dekat sisi. Pasti akan sakit atau demam. Memang kitaorang berdua tak boleh berpisah jauh.

Perkara Dilakukan Sekiranya Lalui Perkahwinan Jarak Jauh

Nad cuba bayangkan, kalau nad hidup macam tu. Walaupun tak lama, tapi nad fikir macam lama je. Jadi kalau nad tinggal dekat kampung, nad akan selalu berhubung dengan mr mafia. Zaman dah berteknologi tinggi, zaman gadget, takkan tak guna sebaik mungkin. Lagila, sekarang whatsup dah boleh buat video, hah!! gunalah yee..walaupun berjauhan, boleh nampak muka juga.

Bila berjauhan, kena tetapkan keyakinan. Yakin dan percaya antara satu sama lain. Biasalah dah jauh kadang kita fikir negatif, jadi jauhkan fikiran negatif tu, sentiasa fikir positif. Selalu bercerita apa yang dilakukan.

Sentiasa berdoa semoga hubungan elok dan urusan dipermudahkan. Melalui fasa perkahwinan PJJ memerlukan banyak kesabaran dan ketabahan diri. Sentiasa melihat sesuatu dari sudut kebaikan dan sentiasa berdoa. Satu senjata yang paling kuat bagi orang yang terpaksa tinggal berjauhan dengan pasangan ialah doa dan sentiasa dekatkan diri pada Allah.


Last sekali, kalau dapat berjumpa, habiskan masa terluang dengan sebaiknya. Lakukan aktiviti bersama supaya ia dapat mengeratkan silaturahim dalam keluarga serta ikatan kasih dalam keluarga dapat dikukuhkan lagi.

Ni la antaranya kalau nad berjauhan dengan suami. Paling lama pun sebulan..huhuhu..Memang orang anggap Kuala Lumpur dengan Klang tak jauh, tapi disebabkan sumber kewangan tak menentu, bila nad dapat balik kampung, nad akan duduk lama, dan suami cari rezeki dekat bandar. Nak ulang alik memang tak cukup. Sebab tu kadang suami kena tinggal, tapi dia paham.

Respek dengan mereka yang lalui perkahwinan jarak jauh ni..fuh..bila jauh gaduh kurang, sayang makin erat..hehhe..



SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

    ReplyDelete
  2. Bergantung juga pada pasangan tu. 😃
    .
    Ada yang jarak jauh pun selalu gaduh.
    .
    Kisah macam ni banyak kat surat khabar. Kena banyak cari ilmu supaya hubungan kekal

    ReplyDelete
  3. Saya pun jarang la berjauhan sepanjang 10 tahun kawin nie.

    ReplyDelete
  4. kaka ipar ju PJJ sblm ni atas sb kerja, tp dlm sbulan msti masing2 ada cuti sminggu untuk luang masa dorg bsama2 =)

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2