Hah!!, bengkung ni memang benda wajib untuk ibu-ibu yang lepas bersalin ketika waktu berpantang. Pentingnya Bengkung untuk mengempiskan perut, mengecutkan rahim bengkak dan merapatkan faraj yang telah regang dan longgar. Yela kau ingat senang, lepas bersalin nak dapatkan badan yang kurus, nak jaga dalam semua. Ni la perempuan, banyak nak kena jaga tau.
Bengkung Moden Shapee Untuk Berpantang dan Kurus |
Macam nad, walaupun dah habis pantang, anak pun dah besar, tapi nad juga memerlukan bengkung. Ingat, nad kurus, perut pun kurus ke. Oh no!!, sejak ada anak, nyusukan anak, makan jela nad ni..hahaa. Sudahnya perut pun membuncit. Jadi kaedahnya, pakai la bengkung untuk dapatkan perut yang kempis dan badan yang solid gitu.
Bengkung Moden Shapee
Kalau orang dulu punya bengkung, dia jenis bertali. Susah oo..nad ada guna masa berpantang. Nak pakai satu hal, nak pergi buang air pun satu hal, yela kena buka tali..haha. Bila dah terbuka tali, nak pasang balik, dah tak ketat pulak. Macam mana tu. Sekarang tak perlu susah-susah, mana-mana je ada jual Bengkung Moden. Salah satunya ialah Bengkung Moden Shapee ni. Suka dengan produk Shapee, macam-macam dia jual. Sebelum ni nad dapatkan nursing bra dekat Shapee juga. Ni Bengkung Moden pulak..hehe.Dua jenis Bengkung dari The shapee |
Bengkung Moden dari Shapee ada dua jenis, iaitu Belly Wrap Plus dan juga Hips Wrap Plus. Bengkung ni memang memudahkan para ibu dan wanita di luar sana yang nak kurus dan jaga penampilan diri. Harga pun murah oii. Menariknya bengkung moden Shapee ni, dia tak bertali, hanya perlu lekat sahaja. Hanya perlu zap, zap je.
Tak perlu risau tentang saiz, sebab bengkung moden ni boleh dilaras mengikut bentuk badan korang. Boleh diketatkan dan boleh dilonggrakan. Mengikut keselesaan korangla kan.
Shapee Belly Wrap Plus+
Belly Wrap ni untuk bahagian perut korang. Macam nad pakai, sangat selesa sekali. Belly Wrap ni diperbuat daripada bahan elastik yang membolehkan anda untuk bergerak bebas. Kadang ada bengkung tu, nak duduk pun serba salah..hahaha. Tapi Belly Wrap ni ok je, tak rasa terbuka bila pakai. Bengkung ni terbaik kerana tidak menyakitkan malah memberi ruang pernafasan. Maknanya, bila pakai, tak rasa panas atau berwap di badan. Yela kadang ada bengkung, kita pakai, panas dan tak selesa, sampai boleh buat badan kita rasa gatal.Belly Wrap Plus |
Sesuai untuk mereka yang bersalin normal dan Czer ( pembedahan ) |
Belly Wrap Plus+ membantu sokongan, meningkatkan, dan Membantu meningkatkan penyusuan postur. Kalau korang pakai ni, konfirm duduk tegak je, takde bongkok-bongkok dah. Kan cantik bentuk badan kita nanti. Menyokong otot abdomen teras dan membantu kembali rahim kepada saiz asalnya lebih awal.
Juga boleh dijadikan korset. Hah!!..kan, pergi mana-mana tengok badan cantik je. Rupanya pakai Belly Wrap Plus je..hehe.
Shapee Hips Wrap Plus+
Hips Wrap Plus |
Nak kuruskan pinggul. Bengkung jenis bergetah, dan hanya lekat sahaja |
Masalah perempuan lagi ialah bahagian pinggul. Semestinya pinggul akan membesar apabila lepas bersalin. Shapee Pinggul Wrap Plus + membantu untuk mengecilkan pinggul. Ia direka dengan pelbagai peringkat supaya boleh mengawal jumlah tekanan pada pinggul dan memberi perubahan yang terbaik. Menyokong semua dua belah pelvis, lantai pelvik, bahagian bawah abdomen, pinggul dan belakang yang lebih rendah.
Auch, bolehla lepas ni dapat bentuk yang solid gitu. Korang yang tercari-cari bengkung moden ni bolehlah pergi ke website www.theshapee.com. Bengkung yang mudah, praktikal dan selesa untuk dipakaiuntuk mereka yang berpantang dan ingin menguruskan badan.
Harga:
Belly Wrap Plus+ ; RM 65
Hips Wrap Plus+ : RM 45
Website : http://www.theshapee.com/product-category/compression-wrap/
Facebook : https://www.facebook.com/shapeeMY/
Instagram : https://www.instagram.com/shapeeMY/
Tak ada la mahal sangat.. boleh grab satu ni.. nak kurus jugak.. rimas tengok lemak2 kat pinggang ni.. huks
ReplyDeletehaisjh nadia dah kurus jgn kurus lagi. hehhehe
ReplyDeleteMenarik juga offer tu. Harga pun ok
ReplyDeleterasa saya guna ni gak dulu
ReplyDeletesatunya,tak boleh tahan pakai bengkung..heheh..panas...sebab tu perut boroi.
ReplyDeleteBest ni... Ada sesapa.nak sponsor kak Nina Tak? Hehee...
ReplyDeleteBaby dah dekst setahun, perut tak kempis lagi. Huhuu