DAH PANDAI MERAJUK DAH

in , by Nadia Johari, 22:28:00
hai assalammualaikum

Dah Pandai Merajuk Dah

Dah lama dia tunjuk perangai merajuk dia ni sebenarnya. Harini baru dapt cerita. Biasalah, budak, kalau tak dapat apa dia nak, memang merajukla. Merajuk bukan setakat nangis, tapi dia akan baring dekat lantai, menangis dan tolak-tolak badan dia..Kadang tu, baring dekat lantai dan tutup muka. Mulalh nangis macam kena dera..hahaha. Pertama kali tengok dia buat merajuk macam tu, nad gelak..hahaa..cakapla "awat comel sangat hang merajuk ni"..yela pertama kali merajuk baring dekat lantai..

Bila merajuk, baring atas lantai..protess..

Selalu tengok anak buah, bila dah cecah usia dua tahun gitu, tak taula kalau anak buah tu merajuk awal gak macam Fariza, kita tak nampak kan. Ni anak sendiri, bila tengok depan mata, perangai lain-lain datang, seronok giler..hahaha.

Merajuk Pergi Ke Tilam

Dan haritu, lupa bila, masa nad nak masak, dia merajuk sebab tak dapat lepas pergi dapur, disebabkan ada pagar. Nak tau dia merajuk pergi ke mana, bukan dekat lantai, kali ni dia merajuk pergi ke tilam..hahaha. Cari tempat yang selesa sikit..hahhaa. nad tengok pun dah gelak. Tak dapatla nak ambil gamabr, sebab bila nampak kita mesti nak ikut dan berhenti merajuk dia. Bila kita tak bagi datang dapur, patah balik pergi tilam dan baring lepas tu nangis..hahhaha. Kenapa awak comel sangat..cerdik betul..

Banyak gimik budak ni...

Pernah nad curi-curi tengok dekat dapur, kadang sajer je buat suara menangis, padahal, tenagh tengok depan tv sambil keluarkan suara nangis. "huaa..huaa..huaaa"..Lepas keluar kartun dia, senyap, lepas tu joget..cakap sorang-sorang..hahaha. Selalu perhati je ape dia buat dekat dapur kalau nad nak masak. banyak gimik budak ni.

Lepas masak nampak mak dia, senyum sengih sampai ke telinga. Siap-siap angkat tangan nak mintak dukung..huh!!!..nasib anak mommy..last-last mommy bagi kiss dia puas-puas..dia redha..hahaha..Haishh.,banyak betul moment dia..
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. budak2, buat apapun mesti nmpk comel 😄 geram je tngk dorang kan

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2