ELAK PERASAAN TAKUT KEPADA KANAK-KANAK

in , by Nadia Johari, 13:14:00
hai assalammualaikum

Perasaan Takut Kepada Kanak-Kanak

Sifat takut memang ada dalam diri kita. Namun perasaan itu tidak seharusnya keterlaluan hingga membataskan pergerakan. Bila difikir balik, sifat takut ni ada masa kita kecil lagi. Dalam rumah pun boleh takut. Sebab apa??, salah satu sebab mungkin membayangkan perkara yang bukan-bukan. Contohnya, membayangkan hantu. Yela, kita ni kadang suka tengok cerita hantu, lepas tu mula la terbayang yang hantu tu ada dekat kita. Itu orang dewasa, kalau kanak-kanak, lagilah dia takut.

Perasaan takut kepada kanak-kanak akan menyebabkan perkara ini akan terjadi, contohnya meminta ditemani untuk ke bilik air, bilik tidur, tingkat atas rumah atau pun tempat yang jauh dari orang besar. Kebanyakan anak juga takut untuk tidur sendiri. Sebagai ibu bapa, kenala ambil tahu perkara sebegini. Ni ada antara beberapa tips yang nad boleh kongsikan dengan korang.

Elakkan Perasaan Takut Kepada Anak-anak


Tips Menangani Masalah Perasaan Takut Kepada Kanak-Kanak

- Jangan memomokan anak dengan hantu, menceritakan kisah ahntu atau menonton cerita hantu. Nak tengok cerita hantu, atau baca boleh, tapi jangan lepas tu, kita memomokkan dia. Contohnya, nak halang dia daripada buat sesuatu, kita menakutkan dia dengan "hah, apa tu, hantu..hantu".." jangan pergi sana, ada hantu tu"..Budak, kalau dibuat macam tu, nanti lama-lama dia pun rasa takut, bukan dekat tempat tu je, malah semua tempat.

- Melatih anak tidur sendiri dengan menemankan dahulu
Ketika mahu melatih naak tidur seorang diri dalam bilik, ibu bapa perlu menemani anak sehingga tidur, baru tinggalkan sendirian. Macam anak buah nad la, mak bapak akan temankan anaknya sampai tidur. Lepas tu tinggalkan. Mula-mula je, lama-lama pandaila diaorang tidur sendiri.

- Mengingatkan anak untuk berwuduk dan menunaikan solat
Sentiasa ingatkan anak supaya berwuduk dan bersama-sama membaca doa tidur dan ayat Al-Quran bagi menghindar syaitan

- Tiada apa yang perlu ditakutkan selain Allah S.W.T
Beritahu anak, tiada apa yang perlu ditakutkan dan Allah lebih berkuasa daripada segala makhluk serta sentiasa memelihara hamba-Nya. Dan sentiasa ingatkan anak supaya membaca Al-quran jika dia berasa takut bagi melawan rasa takut.

- Cipta suasana nyaman di bilik tidur anak
Kalau nak anak tidur sendiri, rasa seronok dalambilik, ciptalah suasana nyaman di bilik tidur sesuai dengan daya imaginasi dan keinginannya. Suasana ceria yang mampu menarik anak dan membuatkan anak selesa dan tidak dibayangi ketakutan atau melayan imaginasi yang bukan-bukan. Contohnya, letak lampu yang seperti di angkasa,bintang-bintang. Ataubenda yang mereka sukai.

Ni antara tips elakkan perasaan takut kepada anak-anak. Nad pun tengah belajar. Jadi sahring la.
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. ni mcm syamimi..bila dia dengar abg dia cakap ada hantu..nak pergi tandas pun takut haha,,terpaksa mama ckap...mana ada hantu sini adik..kalau ada nnti mama tangkap haha

    ReplyDelete
  2. anak IQ takut dengan patung2 display baju dekat mall tu, pak sedaranya la ajar budak tu sampai jadi penakut dah, susah dah ibu dia nak shopping baru, sebab kedai2 baju mesti ada mannequin yang tak ada kepala, tak ada tangan, kaki semua tu...huhu

    kalau tidur tak ada masalah sangat, bagi susu je senyap...

    ReplyDelete
  3. ibu dia suka tgk cite hantu..anak pun tgk..bila anak ckp ada hantu ibu takut.,,,tp buat2 berani..huhuh

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2