Mencari Pakej Perkahwinan
Siapa nak kahwin tu, hah!!, mesti korang tengah sibuk nak uruskan hal itu ini kan. Banyak sangat nak kena fikir untuk buat sesuatu majlis tu berjalan dengan lancar. Kalau boleh kita nak majlis kahwin tu menjadi suatu memori yang sangat indah. Kalau ada yang tak kena, mesti hampa perkahwinan tak seperti yang diidamkan. Sebab tu kena hati-hati semasa membuat persiapan. Nak uruskan sesuatu persiapan majlis memang bukan mudah, lagi-lagi dengan bajet yang kita ada tu hanya cukup-cukup sahaja.Pakej Perkahwinan |
Nad pernah alaminya, masa tu memang zero, tak tau nak buat apa. Semuanya berpandukan google dan kawan sahaja. Nak cari pakej perkahwinan, kena pergi satu-satu tempat. Google satu-satu tempat. kena senarai apa yang kita nak. Nak pilih mana yang terbaik memang pening.
Memudahkan Bakal Pengantin Mencari Pakej Kahwin
Sekarang dah mudah, korang yang bakal menjadi pengantin tu, tak perlu pening-pening lagi nak cari pakej perkahwinan. Semuanya dah siap, lengkap dari dari dewan, hotel, katering, fotografi, videografi, pelamin, andaman, solekan, kad kahwin, pakej bulan madu, cenderahat, peralatan khemah, busana pengantin dan banyak lagi yang pastinya memudahkan bakal pengantin mencari perkhidmatan yang bersesuaian dengan citarasa dan bajet mereka. Nak tau dekat mana. Pergi sahaja ke website Portal Projek Kahwin.Portal Projek Kahwin |
Semuanya di hujung jari je. Korang pilih je mana yang korang berkenan. Sebab semua pakej perkahwinan di situ adalah yang terbaik. Sekarang, mana-mana memang pakai internet. Semua orang nak mudah dan cepat. Yela banyak urusan lain nak dibuat. Ramai dikalangan bakal pengantin yang sebenarnya kurang pendedahan kerana tidak banyak sumber yang memudahkan mereka untuk mencari pengusaha produk perkahwinan ini mengikut perkhidmatan yang diperlukan.
Salah satu gambar yang diambil vendor daripada Sweet Picture |
Disebabkan kurangnya laman web berkenaan pakej perkahwinan, jadi wujudlah Portal Projek Kahwin yang bukan sahaja memudahkan bakal pengantin mencari pakej perkahwinan, malah membantu tempat mengumpulkan pengusaha-pengusaha produk perkahwinan lebih-lebih lagi dikalangan pengusaha bumiputra. Projek Kahwin juga dibina untuk membantu pengusaha bumiputra meluaskan lagi perniagaan dan jenama mereka ke serata Malaysia dan juga luar negara.
Portal Projek Kahwin Mesra Pengguna
Portal Projek Kahwin ini juga amat mudah diakses dan dibina dengan fungsi yang mesra pengguna. Portal Projek Kahwin boleh dilayari melalui pelbagai telefon pintar. Tak kisahlah ipad, iphone, samsung dan macam-macam la.Catering Idaman Anda kah ini?? |
Pelamin dengan hiasan bunga-bunga..alahai cantiknyaa |
Kekemasan turut diambil kira.. |
Bagusnya di Portal Projek Kahwin, terdapat banyak vendor perkahwinan dan paparan maklumat vendor seperti facebook dan instagram, logo syarikat, media sosial, nombor telefon turut dipaparkan supaya bakal pengantin boleh melihat kemaskini aktiviti-aktiviti oleh vendor tersebut. Malah boleh terus menghubungi vendor sekiranya ada pertanyaan. Jadi amat mudah bakal pengantin memilih vendor kesukaan mereka.
Portal Projek Kahwin juga akan mengeluarkan aplikasi ios dan android tersendiri pada masa akan datang bagi memudahkan bakal pengantin menggunakan dan melayari portal Projek Kahwin dengan lebih lancar.
Gambar yang sangat cantik |
Memori perkahiwnan yang memberi 1001 kenangan manis |
Kesimpulannya, Portal Projek Kahwin ini amat berguna untuk mereka yang bakal berkahwin. Sangat menjimatkan masa bakal pengantin yang mencari pakej kahwin yang bersesuai mengikut citarasa dan bajet mereka. Jadi takdela kelam kabut, nak pergi sana sini, nak survey bagai kan.
Jadi, kepada bakal pengantin di luar sana, nad cadangkan, apa kata korang tengok sendiri Portal Pakej Perkahwinan ni, nad dah tengok. Memang mudah sangat, semua pakej ada. Insyallah amat-amat mebantu bakal pengantin di luar sana. Nasib nad dah akwin, kalau tak terjebak nak pilih pakej, berpatutan pulak tu semya..
Untuk info dan maklumat terperinci melalui Portal Projek Kahwin ini boleh melayari
Website : www.projekkahwin.com
Facebook : https://www.facebook.com/projekkahwin/
Instagram : projekkahwinmy
Good info. Thank you ^^
ReplyDeletemenarik! semua yg bakal pengantin perlukan ada dalam satu pakej
ReplyDeleteutk kawen lagi pon boleh ni kannn.. ehhh
ReplyDelete