MUDAH TIDUR BILA TUTUP LAMPU

in , by Nadia Johari, 02:40:00
hai assalammualaikum

Mudah Tidur Bila Tutup Lampu

Dari baby lagi Fariza tidur tutup lampu. Sebab nad tak boleh tidur ada lampu. Silau dan susah nak tidur. Kalau dulu orang tua suruh buat lampu samar-samar kalau ada baby. Tapi nad tak, nad tutup je lampu. Walaupun masa baby dia bangun-bangun, biasalah, tapi dia dah biasa bila tidur tutup lampu. Sampai la ke besar tutup lampu. Kalau tak tutup lampu, memang dia takkan tidur.

Tidur nyenyak dengan kawan dia

Selagi ada lampu tv ke,lampu handphone ke, Fariza takkan tidur. Masa tu la dia akan bermain, selagi lampu ada. Jadi nak cepat dia tidur, kenala tutup lampu. Nad bukan tutup lampu semua, cuma tutup lampu bahagian kitaorang tidur. Macam rumah nad, ruang tamu dan dapur berdekatan. Jadi lampu dapur nad buka bagi terang sikit. sekurangnya, nampak apa yang ebrlaku di sekeliling kita kan. Kalau gelap sangat susahla.

Paling bagus, ajar anak tidur awal, tapi kadang nad pun ada kerja, tak boleh la tidur awal dan tutup lampu awal. Susah pulak nad nak kerja. Nad dengan Fariza tidur depan tv, kadang nad layan tv, terpaksa la Fariza layan sekali. Memang tak tidur la dia...hahaa.

Tidur tutup lampu ni pun salah satu sunnah Rasulullah S.A.W. 

Dari Jabir Bin Abdullah bahawasanya Rasulullah bersabda:
"Matikanlah lampu-lampu diwaktu malam jika kamu hendak tidur, dan tutuplah pintu-pintu, bekas serta makanan dan minuman kalian. (HR. Bukhari dan Muslim)

Hadis Sahih al-Bukhari:

5819 - Nabi s.a.w. bersabda: "Janganlah kalian meninggalkan api (dalam keadaan menyala) di rumah kalian ketika kalian tidur."

5820 - Dari Abu Musa r.a dia berkata; "Pada suatu malam salah sebuah rumah penduduk Madinah terbakar ketika penghuninya tertidur. 
Ketika ia diceritakan kepada Nabi s.a.w., Baginda s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya api adalah musuh kamu, apabila kamu hendak tidur, maka padamkanlah api itu terlebih dahulu."


5821 -  Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tutuplah tempat air kalian, pintu rumah kalian, dan matikanlah lampu kalian, kerana binatang-binatang berbahaya bila datang dapat menarik sumbu lampu sehingga menyebabkan kebakaran yang membunuh penghuni rumah." 

Dan ada keburukan bila tidur buka lampu

Bahaya tidur dalam keadaan gelap


Tu tak tau la kan. Tapi tak boleh halang orang sebab ada sesetengah kita yang penakut bila tidur dalam gelap. Ikut hak masing-masing kan.
SHARE 6 comments

Add your comment

  1. IQ tak kisah sangat tidur bawah lampu ataupun lampu bertutup, tapi serius budak2 kalau lampu tak tutup selagi tu dia nak main, IQ pasang lampu tidur pun lagi eksaited dia main, last2 tutup semua baru senyap..

    kadang2 budak2 ni tahan je mata nak tidur, even dah letih...selagi lampu tak tutup, selagi tu tahan..huhu

    ReplyDelete
  2. Nyenyak nyer princess tido...tomeiii pipi dia...nanti auntie jumpa sabtu ni tau insyaAllah

    ReplyDelete
  3. Kak Sue kalau tidur tak ada teman kat sebelah..tak kira lah anak atau suami takut nak tutup lampu..ehehe..kalau ada teman, baru tutup lampu..penakut gelap Kak Sue nie..

    ReplyDelete
  4. eiiiii comelnye fariza tido macam tu.. gigit pipi tu kang! hihi

    e'in tido dengan anak memang ade gune lampu tido.. samar2 jelaa.. huihi

    ReplyDelete
  5. mikhail dari keik lagi ajar tidur dalam gelap sebab ibunya tak boleh tidur kalau buka lampu...hahahaha.. tapi kesanya, kalau gelap dia tak takot sebab dah biasa..kita cakap ada hantu pun dia buat tak tau hahahaa

    ReplyDelete
  6. sy x blh tido kalau lampu menyala. bangun tu mesti rasa pening

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2