Bertempat di Kolaborasi Event Space Bangi, nad dijemput oleh pihak Q"Manda untuk pelancaran produk mereka dan memperkenalkan duta terbaru mereka. Produk Q'Manda ni dah lama di pasaran, dekat setahun juga, tapi baru nak dihebahkan kepada orang ramai tentang kebaikan Q'Manda Magic Skincare setelah mendapat feedback yang baik dari pengguna yang telah menggunakan produk ini. Terutama sekali duta terbaru Qmanda iaitu seorang pelakon.
Q'Manda Magic Skincare |
Q'Manda Magic Skincare
Nad sendiri, pertama kali melihat produk Q'Manda ni. Packaging dia warna hitam putih, nampak eksklusif. Macam barang kecantikan berjenama. Tengok packaging je dah tertarik, belum tengok isi dalam dia lagi..hehehe. Selalunya, tengok produk kecantikan, dalam satu set banyak item, tapi untuk Q'Manda Magic Skincare hanya ada 3 jenis bahan sahaja iaitu Facial Treatment, Day Cream dan Vitamin E Serum. Tiga jenis item dah boleh selesaikan masalah kulit korang. Siapa yang tak suka kan, benda simple dan ringkas, hanya tiga produk sahaja.Pengasas Q'manda Puan Norita Nordin |
Lagi satu, kita kalau nak pakai sesuatu produk mestilah daripada bahan semulajadi. Hah!!, Produk ini tidak mengandungi sebarang bahan kimia kerana ia diperbuat daripada bahan semula jadi seperti teh hijau, ekstrak 'bearberry' dan minyak semula jadi sesuai untuk semua jenis. nad tengok wajah mereka yang menggunakan produk Q'Manda ni memang cantik, flawless, berseri sangat.
Paling penting ada kelulusan KKM.
3 item iaitu, pencuci, serum dan day cream |
Kelebihan Q'Manda Magic Skincare
Q'Manda Magic skincare Beauty boleh merawat, membaik pulih wajah yang kusam, kasar, kedut, berminyak, berjeragat seawal 7 HARI sahaja !!! Kenapa ia bagus, ni la bahan yang terkandung dalam setiap produk.1) Facial Treatment ( cleanser )
Mempunyai Aloevera leaf Juice dimana dapat menjaga kelembapan kulit wajah dan mengelakkan kulit wajah kusam. Boleh menanggalkan kesan 'makeup' dan merawat sssecara semulajadi kulit berminyak serta berjeragat.
2) Vit E-Serum
Paling bagus, mempunyai 'Bearberry extract' dimana boleh menanggalkan kesan kotoran dan merawat kulit berminyak yang degil dari dalam pori-pori. Boleh bertindak sebagai agen pencerah kulit, mencerah dan melindungi kulit wajah yang rosak diaebabkan oleh pancaran matahari atau perubahan hormon seperti kulit berjerawat.
3) Day Cream
Day cream mempunyai Mineral Oil yang membantu melembapkan kulit wajah dan mengelakkan dari pantulan sinaran UV, Vitamin E & Berbau seperti "Candy"
Harga asal untuk satu set iaitu tiga item ni ialah RM119 tapi bersempena dengan pengenalan duta baharu mereka menawarkan harga promosi iaitu RM69 sahaja. Kau tengok jauh beza harga asal dengan harga promosi.
Ni antara seorang stokis Q'Manda Magic Skincare dan pengguna Q'Manda sendiri. Muka dia pun lawa je nad tengok..heehe.
Duta Baru Q'Manda Risteena Munim |
Pelakon Risteena Munim Duta Baru Produk Qmanda
Dah kenal produk, meh nak kenalkan duta untuk produk Q'Manda ni. Ni la dia, Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, pelakon " Playboy Itu Suami Aku " yang pernah popular dahulu. Drama jam 7 petang tak silap gandingan dengan Fattah Amin yang baru berjinak dengan dunia lakonan tu..hahaha.Pelakon Risteena Munim |
Kalau tengok dia sebelum ni macam baisa je, tapi nad tengok depan-depan, manisnya la. Ayu sangat, suka tersenyum. Peramah, friendly. Bagus giler..hehehe. Suka pulak kita dengan Risteena ni. Risteena diambil sebagai duta Q'manda disebabkan personaliti yang sopan dan kurang kontroversi..hehee. Lagi satu kalau korang tengok, wajah Risteena dengan pengasas Q'Manda Beauty ni hampir sama..hehee.
Berceritakan pengalaman beliau mengalami kulit wajah rosak, dan kembali sihat selepas menggunakan Q'manda |
Risteena sendiri telah mencuba produk Q'Manda ni. Risteena menceritakan bahawa sebelum ni, kulitnya sangat teruk akibat pemakaian produk yang salah ditambah pula dengan makeup semasa berlakon, mengakibatkan kulit wajah menjadi rosak. Mulanya, tidak berani untuk memakai Q'Manda disebabkan takut dengan produk yang mungkin akan menambahkan kerosakan muka beliau, namun semasa Risteena mengerjakan Umrah, cuaca di sana yang sangat panas menyebabkan kulit muka Risteena menjadi kering dan kusam. Jadi tergerak hati nak menggunakan Serum Vitamin E Q'Manda dan tidak disangka kulit kembali segar dan lembap semulajadi.
Disebabkan perubahan wajah itu, membuatkan dia untuk terus memakai Q'Manda ni. haishh nad tengok pun, macam rasa nak cuba juga.
Tandatangani kontrak |
Pengasas Qmanda Puan Norita Nordin ( Kanan), Duta Risteena Munim ( Kiri ) |
Pada hari itu juga telah diadakan acara menandatangani kontrak selama setahun antara Duta Q'Manda Risteena Munim bersama Qiestinamanda International Sdn Bhd ( Pengasas Q'manda Magic Skincare, Puan Norita Nordin)
Bagi mereka yang berminat untuk mencuba produk Q'Manda boleh dapatkan di
Qmanda Boutique Cafe (Bangi Sentral)
Alamat: 3-23-3 Jalan Medan Pusat Bandar 8, Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi
Contact: 018 327 4770 / 018 777 2747 / 017 295 5521 / 019 659 2747
website: http://qmandaofficial.com
Facebook: https://www.facebook.com/qmandaofficial/
Instagram: https://www.instagram.com/qmanda_beauty/
atau boleh dapatkan di stokis-stokis / ejen seluruh Malaysia, sabah, sarawak serta Singapore yang berdekatan.
SS pun Teringin nak cuba gak
ReplyDeletecantik orangnya
ReplyDeleteBaguslah kalau ada KKM sebab sekarang sukar untuk pengguna memilih produk yang tidak berbahaya. Kebanyakannya mengandungi mercury yang boleh membahayakan kesihatan pengguna.
ReplyDeleteTerkini daripada Mommy Muhaimin, http://lynk.my/q4z9
Senang lah nak maintain pakai sbb 3 item je kan
ReplyDelete