RESEPI SAMBAL BELACAN GORENG NENEK TIPAH

in , by Nadia Johari, 21:08:00
hai assalammualaikum

Resepi Sambal Belacan Goreng - Hah!! selalu kita makan sambal belacan macam tu je kan. Kali ni sambal belacan ni digoreng..pergh sedapp weii.. Ni pun resepi daripada nenek Fariza iaitu nenek tipah..hehee. Biasalah, air tangan mak memang power, jadi semuanya sedap. Boleh dipraktikkan dekat rumah nanti.


Ni la rupa, sambal belacan goreng nenek tipah. Marveles ok. Tambah nasi berpinggan-pinggan kau. Bahan dia sama je macam nak buat sambal belacan sikit, tapi ada la lain sikit. Mudah je,

Ni bahan dia:
- Cili besar merah dua batang
- Cili besar hijau dua batang
- Cili padi 6 batang. ( nak lagi pedas boleh tambah)
- Bawang merah
- Bawang putih
- Ikan bilis
- Belacan
- Garam
- Gula

Cara membuatnya
- Blender kesemua bahan cili besar, cili padi, bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan belacan.
- Panaskan kuali. Sesudah panas, masukkan bahan yang diblender tadiuntuk digoreng. Goreng sehingga garing dan naik bau.
- Letak garam dan gula sedikit.
- Dah nampak garing, siap la..mudah je..
- Nak lagi sedap, letak ikan bilis, lagi terangkat..

Selamat mencuba..
SHARE 8 comments

Add your comment

  1. First time tgok tapi menarik..bleh cuba ni...

    ReplyDelete
  2. resepi kalau dari nenek2 mak2 kita memang umphhhh kan hehehe

    ReplyDelete
  3. Memang sedap, biasa jugak buat.. lagi pedas lagi kickkkk !

    ReplyDelete
  4. nnt qaseh try .. ada belacan kat umah tp xpnh try hihu

    ReplyDelete
  5. Amboi berselera nengok sambal belacan goreng ni hah

    ReplyDelete
  6. sambal belacan goreng atau x, tetap menaikkan selera makan ��

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2