hai assalammualaikum



Kau tengok swimming pool dia, besttt gilerrr!!..cantik betul, bercermin lagi..memang swimming ni mengajak, memanggil-manggil suruh duduk dekat hotel ni weii!!..haahhha..Hotel ni nad dapat booking dengan harga bawah RM200 untuk 2 hari 1 malam. Berbaloi la weiii..baca sampai bawahh tau..sebab hotel ni memang best..mewahh gilerr!!..hhaaa..nad memang teruja kejap kalau dapat bercuti ni..hahaha..


Ingat tak nad pergi Ipoh haritu..Huishh macam-macam tempat menarik ada dekat Ipoh, tapi tak sempat nak jalan-jalan Ipoh. Pergi Ipoh pun sebab temankan suami bekerja dekat situ. Suami kerja, nad dengan Fariza bercuti laa..hahaa. Hari Sabtu nak pergi Ipoh, hari Khamis baru booking hotel. Hotel yang dicari wajib ada swimming pool. Sebab nanti suami kerja, kitaorang duduk dekat hotel, buat apa yang patut..mandi kolam kan..hehee..takdela bosan sangat.

Nad cari dengan menggunakan website Traveloka. Sebab Traveloka asyik bagi code diskaun je..selama ni takda nak booking mana-mana hotel, hah!!, bila dah dapat situasi macam ni, apa lagi gunala kan...hehee. Mulalah buka website Traveloka nak tengok hotel mana yang best nak duduk dekat Ipoh tu. Mulanya mr mafia nak duduk dekat Majestic Hotel, tapi macam tak best je..lepas tu nad tengok satu-satu hotel dekat Traveloka tu dan jumpa Kinta Riverfront Hotel And Suites..waahh!! cantikk..tengok bilik, tengok apa lagi yang menarik dekat hotel tu. Yang penting swimming pool dia kau!!..swimming tu memanggil-manggil suruh datang dan menyelam dekat dia..hahhaa...



Terus cakap dengan mr mafia, rupanya dia pun cadang hotel yang sama..hahaha.Apa lagi terus booking. Nad guna code yang nad dapat. Korang boleh tengok dekat gambar. Harga asal dalam RM200 tapi lepas guna code diskaun, dapatla RM188..wihuuu...siap booking esok telefon confirmkan, ada tak nama, Yela pertama kali nad guna Traveloka booking hotel ni, apa-apa kena call juga. Kang nama tak tersenarai..mampus tidur dalam kereta...kihkih..

Hari Sabtu bergerak ke Ipoh. Perjalanan 3 jam oii..sakit bontot. Masa dalam perjalanan nampak la tempat-tempat yang nad google dekat Ipoh. Macam Gunung Lang, Mahkamah, Muzium, Stesen Keretapi tu, semuanya dekat-dekat je, tapi memnadangkan suami bekerja dekat situ, terus pergi tempat kerja dia. Mr mafia ambil gamabr dekat Tabung Haji Ipoh tu. Pagi tu temankan mr mafia buat kerja.

Dalam pukul 2 petang macam tu, kitaorang nak gerak ke Hotel Kinta Riverfront. Mr mafia kesian dengan nad dan Fariza tunggu lama dia bekerja. Sebelum pergi ke hotel, kitaorang makan dulu dekat kedai mamak. Dah kenyang baru pergi ke Hotel. Pergi awal sikit biar senang, walaupun check in pukul 3 petang.


Kinta Riverfront Hotel And Suites



Tengok luar bangunan biasa je, tapi dalam dia, cantikkk ooo..luas giler. Semua staff dekat situ peramah betul. nad pun check in, cek nama semua. Dah selesai semua tu dia bagi kunci dan boleh naik bilik. Yeahh!!!..jom tidur hotel..haaha.. Parking boleh claim kau. Jadi percuma jela parking tu.



Tengokla sekitar tempat Reception ni, ada piano, hiasan basikal..

Dekat bawah ni banyak Restoran Chinese. Dekat luar ada kedai 7 Eleven. Kalau nak beli jajan, atau snek atau kudapan apa sahaja, bolehla pergi situ..Jangan risau juga, dekat depan hotel ni ada tempat menarik..lapar boleh pergi situ..hah!!, baca sampai bawah ape tempat tu..



Nad dapat bilik tingkat 7..bilik Deluxe Room..Wah!! naik lif nak ke bilik kita scan je card dekat situ. Nanti terus dia bawak ke tingkat bilik kita.


Yeahh!!,,ni la bilik nad..wihuuu!!..Bilik Deluxe Room..Masuk-masuk je terus sebut wowwww!!!..besarnyaaaa!!...bestnyaa!!!..serius weiii..bersih, kemas, memang nampak ekslusif habis..Katil tu besar weii..empuk pulak tu..



Cermin untuk nad bersolek..kihkih..Ada pengering rambut lagi..suka pulak kita dengan pengering rambut ni..sampai suruh mr mafia belikan..hahaa..


Kerusi mengadap pemandangan. Tu dia big boss kecik..



Yang paling teruja sangat..bilik air dia..fuhh..macam orang kaya kauu..Ada tab lagi..tu yang best..haha..dah lama tak mandi dekat tab ni..Dekat sini, semua dah disediakan, berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, syampu tuala, segalanya la...lengkap weii..



Masuk je dalam hotel, mr mafia dengan Fariza terus mandi dekat tab..memang dua beranak tu tak menyabar.


Korang nampak tak, macam Frame kan..hahaa..tapi tu la tingkap antara katil dengan bilik air..hahaa..boleh tengok lagi..Ni bagi tunjuk anak kita jela..hahaa..selamat kalau dia mandi sorang-sorang..kah!!.mommy tengok dari situ je..Kalau laki bini..oopsss..hahaa..seksiiii ooooo...


Bilik ni memang luas dan besar..Tengokla tu Fariza, dia siap tulis buku landing lagi..nampak sangat tak luasnya..boleh masuk lagi dalam dua atau tiga orang gitu..ni anak ramai pun bolhe, tidur bawah bentang toto..hahha..Carpet dia pun lembut je..


Bestnya, dekat sini ada Wifi Percuma..laju pulak tu..Dekat meja tu ada dia tunjuk cara nak dapatkan wifi..haahhaa..ikut jela step-step dia..


Kau tengok dia punya plug, bukan main hebat lagi. Suka betul nengoknya. Lepas tu kalau lapar boleh je order apa-apa yang tertera dekat kertas situ..Call je,nanti makanan sampai.





Kemudahan lain yang ada dalam bilik tu:
- 32 "TV LCD skrin rata. Cerita dia dari TV1 sampaila ada astro tak silap..lupa pulak..sebab malam tu tengok cerita orang putih. Jangan risau, ada channel dia bagi..heehe..
- Bar mini dengan peti sejuk.
- Kemudahan membuat kopi / teh
- Penimbang
- pendingin hawa Kawalan individu
- Seterika dan papan seterika
- Servis bilik


Dalam pukul 4 petang mr mafia masuk kerja semula. Dia ambil gambar sampai ke malam kau..makanya nad dengan Fariza duduk je dalam hotel, tengok apa yang ada.

Kenny Gym

Ni yang menarik, pergi tingkat 5 ada Gym dengan swimming pool..hihuhuuu..suka betul nengoknya..tak sabar nak berendam. Tapi masa tu hujan, makanya nad dengan Fariza pergi Gym je waktu tu. Nak masuk sini free je siapa yang stay dekat hotel ni..apa lagi kitaorang pun masukla..hehee..







Gelagat anak kita main..hahaha..beria nak angkat besi tu..ingat ringan..hehe


Riverwalk Kinta Riverfront seperti I-City

Malam tu, dalam pukul 11 malam, mr mafia balik. Kitaorang cari makanan dekat Luar. kalau korang nak tau, depan Hotel ni ada Kinta Riverfront seperti I-City dengan pohon-pohon lampu berwarna warni, kawasan pesisir sungai Kinta. Di kawasan ini terdapat kafe-kafe yang menghidangkan makanan Melayu dan Barat, galeri lukisan dan gerai pelbagai mainan waktu malam untuk kanak-kanak.


Disinari lampu-lampu berkerlipan, aroma makanan yang menyelerakan dan gelak ketawa pengunjung menunggang basikal pada waktu malam, kawasan kecil ini ideal sebagai tempat riadah untuk anda menghirup udara malam bersama keluarga di bandar Ipoh. Walaupun malam tu nad pergi dah maalm dan hujan renyai-renyai, tapi amsih ada orang lagi. Lampu tak banyak buka sebab apa tak tau.



Ada jambatan gantung menuju ke sebelah sana. Belah sana ada macam-macam aktiviti, tapi disebabkan dah malam, tak dapat pergi dan tengok. Dapat pergi yang ada gerai-gerai makan je, sebab dah lapar.hehe..

Malam tu balik je layan tv, tidur..lenanya tidur dekat katil empuk..

Sarapan pagi di Palong Cofee House Kinta Riverfront

Masa check in tu dia dah siap-siap bagitau ada percuma sarapan pukul 7 pagi sampai 10 pagi. Pagi tu bangunla, bersiap nak pergi saraoan. Dah dapat makan, mestilah kena makan kan..Rugi kalau tak sarapan dekat situ. Makanan pun macam-macam..nyum..nyumm..






Mermaid Swimming Pool

Yeahhh!!..inilah masanya..angkat tangan..angkat tangan hey..hahahaha..maafin..memang tak boleh tengok swimming pool ni. Cantik betul swimming pool dia..macam dekat luar negara..seronoknyaaa..unik betul..Siap bercermin kau..






Hah!!, bukan nad sorang je excited, Fariza lagi excited..Nad masukkan dia, taknak dipegang..nak jalan sendiri..amboii anak kitaaa..Nampak Fariza berdiri, sampai ke parans ketiak dia..hahaa..tu pun dia dah pandai jalan sendiri..tapi nad tengokla..nak lepas sangat..hah!!..mommy lepaskan..suka benor dia..




Kalau mandi sini, jaga-jagalah kang terselak nampak pulak dekat cermin..hahaa..tapi lawa gilerr kan swimming pool dia..enjoy habis kitaorang dekat sini..


Dah puas mandi, apa lagi, bersiaplah nak check out...kihkih..Memang terbaikla Kinta Riverfront Hotel ni..suka, suka, suka..
SHARE 8 comments

Add your comment

  1. heheheh sronok si kecik tu yaa main main air =D

    ReplyDelete
  2. Pernah menginap 2 hari dan review hotel ini dulu hehehe...mmg best hotel ni...tak sia2 book!

    ReplyDelete
  3. Ini ke swimming pool yang asyik lalu dekat timeline tuuu? Hihihi. Nad pernah lepak Riverwalk tu je. Memang boleh nampak hotel ni dari situ.

    ReplyDelete
  4. tak puas mandi kolam...mandi tab pula fariza yer...bukan main lagi berendam.

    ReplyDelete
  5. yanag paling seronok mesti la mak nya dan si kecik tu yea.. heee.. TB yang dok ipoh pun tak pernah gi sana lagi.. huwaaa.. sedih kann

    ReplyDelete
  6. Ok jgk hotel nya..boleh try nnt nak pergi rombongan meminang anak orang kat ipoh nnt..haha

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2