hai assalammualaikum


Photoshoot Raya KBBA9 2017 - Ni kali kedua Photoshoot Raya KBBA9 dilakukan dan semestinya nad tak lepaskan peluang bila ada photoshoot ni. Bila lagi dapat berposing depan kamera bersama jurugambar terkenal dan profesional kan kalau bukan masa ni. Untuk Photoshoot Raya KBBA9 2017 kali ni kami buat secara outdoor seperti tahun lepas, tetapi berbeza tempat.

Pagi tu, pukul 5 pagi nad dah bangun, sebab dah janji dengan makeup artis sampai sana pukul 7 pagi. Dah namanya photoshoot mestilah kena makeup. Lokasi kali ni sangat menarik, sebab suasana ala kampung, iaitu di Muzium UPM.

Pagi tu pulak hujan, tapi syukur alhamdulillah hujan berhenti masa kami berphotoshoot. Walaupun kawasan agak becak disebabkan hujan, tapi tu tak menghalang kami dan jurugambar untuk ambil gambar. Walaupun masa tu, nad berkasut tumit tinggi..hahaha..gigih tau nak cantik depan kamera.




Wan izhar Abu Bakar Dari ODS Studio

Respek dengan jurugambar kitaorang masa tu, Wan Izhar Abu Bakar, cara dia ambil gambar. Blogger KBBA yang datang haritu hampir 40 orang. Nak ambil gambar seramai ni memang agak mustahil. Tapi bagi Wan Izhar, tu tak menjadi masalah. Nad tengok masa ambil gambar group, dia nak bagi susun cantik tu, bagi arahan lagi, tenang je. Kitaorang pun bagi kerjasama yang baik supaya dapat selesai dengan cepat. Sebab nak photoshoot untuk sorang-sorang pulak.




Selesai gambar group, masa untuk ambil sorang-sorang pulak. Bayangkan hampir 40 blogger Wan Izhar akan ambil gambar untuk sorang-sorang. Dia ambil gambar steady je. Macam tak rasa penat atau apa. Lepas sorang, sorang dia ambil. Siap berdiri la, duduk,..berpeluh-peluh dia..jari tak berhenti "ketik,ketik" kamera. Dia bagi yang terbaik untuk semua dengan hasil gambar terbaik untuk kitaorang

Wan Izhar siap bagi tunjuk ajar bila turn nad photoshoot. Kadang kita anggap, posisi kita dah terbaik, tapi tak..hahhaa. Jadi dia tunjukla macam mana posisi yang cantik.


Waktu tu, Wan Izhar datang bersama dua orang krew dia. Sorang pegang payung, sorang pegang untuk pengcahayaan. Bagus betul diaorang ni bila bekerja. Bersungguh-sungguh. Memang profesional habis. Nad pun rasa macam ala-ala model gitu..hahaha..

Tak sabar nak tengok gambar hasil jurugambar hebat dan profesional Wan Izhar Abu Bakar nanti..Boleh post masa raya..hehhe..Terima kasih Wan Izhar dan ODS Studio meluangkan masa bersama KBBA.



Korang kalau nak buat photoshoot, majlis korporat atau apa sahaja, boleh la contact jurugambar Wan Izhar ( belah kiri bertopi) ni.
Website: www.odsstudio.com
Facebook: www.facebook.com/pages/wan-izhar
Instagram: https://www.instagram.com/wanizhar/








Terima kasih juga kepada Ben Ashaari  dan semua ahli jawatankuasa yang bertukus lumus buat Photoshoot Raya KBBA9 kali ni. Memang happening habis. Ada juga yang sanggup datang dari jauh..dapatla nad berkenalan.



SHARE 1 comment

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2