hai assalammualaikum

Jom makan..serangg!!..

Hah!!, haritu tak dapat sambut anniversary dekat luar, rasa sedih juga, tapi rezeki datang, jadinya kita sambut dengan makan sedap di tempat yang kitaorang jarang pergi..hehee. Lokasi pilihan makanan kitaorang di Chili's Jaya One Shoping Centre. Kenapa kitaorang nak makan di sini??, Biasalah nak rasa makanan ala-ala Mexico gitu..hah!!..

Hadapan Chili's

Suasana Dalam Chili's

Kalau korang nak tau, Chili's merupakan Restoran Tex-Mex di mana mereka menyediakan menu yang menjadi inspirasi daripada citarasa seni klasik Amerika Selatan dengan sedikit Mexico. Chili's mempunyai sembilan cawangan di Malaysia dan cawangan mereka di Lembah Klang berada di Mid Valley, Bangsar Shopping Centre, KLCC, 1 Utama, Pusat Beli Belah Jaya, Paradigm Mall, Empire Subang dan Citta Mall. Dekat Chili's ada menyediakan pelbagai jenis makanan. Kalau first time datang mesti pening nak pilih makanan apa. Boleh pilih dari Starter sampai ke desserts.

Haritu nad dengan family memilih untuk mencuba menu baru yang ada di Chili's. Kitaorang pilih menu promosi mereka disini yang boleh didapati dari 3 April 2017 - 26 Mei 2017. "Smart Menu" pilihan menu kami sebagai makan special untuk anniversary kami. Kau tengok gambar, semuanya memang sedap, Ada lima jenis hidangan "Smart Menu" yang ada tapi empat sahaja yang ada sehingga promo. Untuk Texas Cheese Poppers yg diperkenalkan dalam Smart Menu ni akan kekal dalam menu utamanya selepas tempoh promosi.

Hidangan Smart Menu Yang Menyelerakan

Pembuka Selera

Texas Cheese Poppers RM 15.95

Untuk pembuka selera, nad dihidangkan dengan Texas Cheese Poppers ni bentuk bebola. Bebola yang disalut dengan tepung roti dengan Monterey Jack dan digoreng rangup. Bila makan, bunyi rangupan tu "krup..krup"..Dalamnya dibubuh keju cheddar, cheese dan ketumbar dengan memberi rasa yang sangat unik. Hidangan ni disertakan dengan sos Chipotle-Ranch. Bila celup dengan sos yang diberi, lagi sedap dia rasa.

Texas Cheese Poppers yg diperkenalkan dalam Smart Menu ni akan kekal dalam menu utamanya selepas tempoh promosi. Jadi korang boleh makan setiap kali datang Chilis. Untuk hidangan lain akan sampai 26 Mei sahaja..


Menu Utama
Hah!!, masuk dah menu utama. Tak sabar nak makan nii..lapar dah perut ku.

Fried Chicken with Green Chile Sauce RM 33.95

Hah yang ni pulak makanan Chili's yang klasik yang menjadi kegemaran dihidangkan dengan sentuhan yang unik. Hidangn ini merupakan dada ayam yang dilengkapi dengan sos cili hijau dan sayur sedikit di atas. Bawah ayam tu pula ada kentang lenyek. Kentang lenyek dia memang sedap, lain rasanya. Ayam sangat lembut dan digoreng dengan elok, lagi sedap hidangan ni dibanjiri dengan kuah warm country gravy yang sangat lazat. Ditambah pula dengan jagung yang dipanggang dan cebisan daging lembu di dalam mangkuk kecik tu. Hidangan yang sempurna.

Chicken and Biscuit Bowl RM 32.95

Kalau korang yang tengah diet atau nak hidangan sihat, korang boleh cuba salah satu "Smart Menu' mereka ni iaitu Chicken and Biscuit Bowl. Hidangan ayam yang disalai kecil-kecil dan diletakkan di atas kentang lenyek disertakan dengan kuah dan daun ketumbar segar. Disertakan dengan jagung panggang, dan sayur brokoli. Specialnya hidangan ni ada biskut yang dibuat sendiri dengan mentega Honey-Chipotle. Biskut tu lembut je. Bagi dengan anak pun boleh.

Roasted Poblano Cheeseburger RM 31.95

Kepada yang gemarkan burger, ini adalah salah satu menu yang wajib korang cuba. Burger ni padat dengan bahan-bahan di dalamnya. Burger terbaru iaitu burger keju enak  dengan guacamole segar, campuran keju , jalapeno panggang dan jeruk bawang merah. Dihidangkan dengan kentang goreng Homestyle dan jeruk bawang putih Dill buatan sendiri. Daging lembut, rasa dia memang terbaik.  Puas makan burger ni. Boleh kongsi dua orang.

Puffy Tacos with Grilled Chicken RM 26.95

Suka sangat dengan Taco dia weii. Rasa dua Taco ni memang tak cukup..haha. Taco dia garing, dalamnya diisi dengan dengan ayam lazat panggang, sepotong avocado, slaw, jeruk bawang merah, keju feta, ketumbar aioli dan sos Santa Fe.  Dihidangkan dengan nasi dan kacang hitam dengan housemade pico de gallo. Berebut ni ha dengan mr mafia Taco tu..haha. Dia pun cakap Taco tu sedap..


Promosi dari 3 Mei sehingga 26 Mei..Cepat!!

Hah!!, macam mana, sedap kann..kesemua "Smart Menu' ni korang boleh cuba dekat mana-mana outlet Chili's yang berdekatan dengan korang. Promotion dari 3 April sehingga 26 Mei 2017. Jangan tengok je pergi cuba weii..terbaikk..

Peringatan semula untuk Texas Cheese Poppers yg diperkenalkan dalam Smart Menu ni akan kekal dalam menu utamanya selepas tempoh promosi. $ hidangan utama lain sampai 26 Mei ni sahaja.


Minuman
Selesai " Smart Menu", sekarang air pulak. Dah makan takkan takda air kan. Mau tak tercekik. Untuk air nad order Long Island Strawberry Tea dan mr mafia pulak Peach Hills.

Long Island Strawberry Tea RM12.95

Campuran jus oren, strawberi puri, Coke buatan sendiri, rasanya manis dan masam serta hiasan limau baji. Kongsi dengan mr mafia, dia boleh habiskan..ciss kejamm..Air dia sendiri tak habis..kita yang habiskan..

Peach Hills RM15.95

Manis, masam dan bergas! Diperbuat daripada Monin® sirap peach, jus nanas, sengkang grenadine dan soda air.


Dessert ( Tidak Termasuk Dalam Smart Menu )

Akhir sekali, mestilah nak makan dessert. Ada banyak dessert dekat Chili's ni, tapi dua dessert ni yang menarik perhatian nad..hehe. Kalau korang datang Chili's tak cuba dessert ni memang rugi..

Molten Chocolate Cake RM22.95

Nampak tak coklat ni macam gunung..hehee. Ni sebenarnya kek coklat lembap dengan dalamnya ada coklat cair beserta dengan vanilla ice-cream sebagai topping kek ni. Lepas tu ada pula chocolate shell kat dalam tu. Korang kena ketuk atas tu, bagi coklat dalam tu keluar dan mengalir seperti gunung berapi yang meletus mengeluarkan apinya..hahaha. Tapi masa ni tak berapa nak menjadi pulak bila diketuknya. Sedap Molten Chocolate Cake ni,

Skillet Toffee Fudge Brownie RM17.95

Satu lagi dessert Skillet Toffe Fudge Brownie. Dessert ni dibakar dan diletak di mangkuk yang panas, ala mangkuk macam pizza tu. Toffee brownies beserta dengan vanila ais krim, drizzled dengan sos karamel dan keping gula-gula.

Dipper Triple RM34.95 ( Tidak termasuk dalam Smart Menu )

Malam tu  nad ada order satu pembuka selera yang lain yang tak termasuk dalam "Smart Menu" iaitu ayam. Yang ni tidak termasuk dalam Smart Menu ok. Ayam ni bukan satu jenis tapi 3 jenis. Untuk menu yang ni, dia mix dengan beberapa menu yang lain di dalam satu dish yang ada di menu starter tu. Dipper Triple  ni memang puas kalau makan. Portion memang banyak. Jadi elok lah di kongsi bersama. Ada wings Signature iaitu drummets ayam, chicken crispers dan Southwestern Eggrolls, tortillas tepung rangup disumbat dengan ayam berair, kacang hitam, jagung, Jalapeño Jack keju, lada hijau dicincang dan bayam.Nampak tak? Jimat kan. Dapat rasa 3 jenis menu yang berlainan dalam satu pinggan. Ada tiga jenis sos untuk menu dekat atas ni. Batang saderi tuh pon enak di makan begitu saja.

Hahaha..macam mana..nampak tak kesemua makanan dari pembuka selera sampaila ke dessert nampak sedap kan. Paling best kan mereka ada buat Promo “ Kids Eat Free” tau, di mana kanak-kanak boleh makan percuma apabila ditemani oleh parents mereka yang order "Smart Menu" diatas. Korang boleh la cuba datang dekat sini dan rasakan sendiri kelainan makanan dari Chili's ni.

Smart Menu" yang korang boleh cuba. Promotion dari 3 April sehingga 26 Mei 2017

Jangan lupa lima hidangan "Smart Menu" yang korang boleh cuba. Promotion dari 3 April sehingga 26 Mei 2017 kecuali Texas Cheese Poppers yang diperkenalkan dalam Smart Menu ni akan kekal dalam menu utamanya selepas tempoh promosi.

Happy..kenyang..Thank you Chili's

Untuk lebih lanjut boleh lah ke:







SHARE 17 comments

Add your comment

  1. wah... terus rasa lapar tapi bila tengok harga dia... menangis kejap.

    ReplyDelete
  2. tgk gambar pun nampak sdap:)

    ReplyDelete
  3. Kalau pergi sana boleh try ni

    ReplyDelete
  4. Sedapnya, tak pernah lagi makan kat Chili's. Nanti nak cubalah.

    ReplyDelete
  5. Ngences la Nad...aduhaiiiii...seme nampak sedap

    ReplyDelete
  6. Ngences la Nad...aduhaiiiii...seme nampak sedap

    ReplyDelete
  7. Lapar tengok makanan.. Huhu. Nampak sedap

    ReplyDelete
  8. dapnye tgk menu2 ni..lama tk singgah chilis..fav dipper tripper & molten chocolate tu...nmpk menarik texas cheese poppers tu

    ReplyDelete
  9. Wowww, sedap sedap nampak makanan dia, telan ailioo kak fiza :p

    ReplyDelete
  10. mati2 IQ ingat texas poppers tu menu dekat texas chicken, baru berhajat nak pi beli..hahaa

    ReplyDelete
  11. cheese poppers tuuuu...nampak sedap!

    ReplyDelete
  12. nad !! makan jek keje nye ni tapi tak gemok.. ape tips ?

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2