KANSER PAYUDARA, JANGAN BUAT ENDAH

in , by Nadia Johari, 13:26:00
hai assalammualaikum

Semalam nad pergi melawat isteri kawan Mr Mafia dekat Hospital Ampang. Dah kenal lama denagn akak ni. Akak tu masuk hospital disebabkan kanser payudara stage ketiga agaknya. kalau sebut kanser memang tak boleh buat main, lagi-lagi kalau dah nampak tanda. Kalau tak nampak tanda, tak tau takpela. Kalau dah tau, tapi biar memang cari masalah tu.


Macam akak semalam, dia cerita, dia dah perasan bengkak dekat payudara dia, tapi dia biarkan, tak pergi klinik atau hospital. Sebab akak ni jenis tak suka makan ubat dan takut pergi klinik. Lepas tu dia ada rasa sakit, tapi masih boleh tahan katanya..Aduh nad dengar pun , akak ni boleh biarkan. Sampai kawan sekerja dia perasan payudara dia besar sebelah. KAwannya tegur " eh payudara ko besar sebelah, kenapa "..Akak tu cakap " takde apela, period ni "..ermm..Nak hilangkan bengkak tu dia sapu dengan minyak gamat je, tapi tak surut.

Sampaila satu hari, dia cerita bergesel agaknya, pecah benda tu. Tu yang menyebabkan dia sakit sangat dan tak tahan. Pergi klinik panel, doktor cakap tak boleh biarkan, kena pergi ke hospital. Akak tu dah dekat hospital dari sebelum puasa je. Dah sambut puasa dekat hospital..alahai kesian akak tu. Sekarang kena jalani kimoterapi.

Semalam lawat dia, tengok lemah je, sebab baru jalani kimoterapi. Nad pun tak tau macam mana dia buatnya, tapi katanya masukkan ubat,.Dengar pun seram. Nak taknak terpaksa la buatkan kimo ni, nak bagi baik.. Nad harap akak ni balik sebelum raya.

Kanser Payudara: Apa Itu?

Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal. Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus.

Kanser payudara meyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser di kalangan wanita. Di sepanjang hidupnya seseorang wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8 dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28.

Simptom atau Tanda-tanda Kanser Payudara

Pembentukan gumpulan merupakan tanda atau simptom biasa yang kekal untuk jangka masa yang panjang. Kemungkinan nodul asimptomatik akan muncul sebelum tanda-tanda atau simptom lain timbul. Sakit payudara atau mastodinia atau sakit pada gumpulan merupakan satu lagi tanda kanser payudara di peringkat awal. Kemudian tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan atau bengkak akan berlaku jika salur limfa kecil di dalam kulit dan pembuluh limfatik diserang oleh tisu abnormal. Kulit akan mempunyai tekstur kupasan oren yang juga dirujuk sebagai “peau d’orange”.

Tanda-tanda lain mungkin terjadi gumpulan di payudara atau di ketiak. Rupa payudara juga akan bertukar melalui penebalan atau pertambahan saiz dan bentuk. Kulit payudara mungkin kelihatan seperti lekuk atau membentuk rabung. Puting mungkin terpusing ke dalam, menjadi merah atau bersisik atau mempunyai lelehan yang abnormal. Apabila ia merebak ke kawasan lain, akan menjelma tanda-tanda seperti demam, seram sejuk, sakit tulang dan sendi, sakit kuning, simptom neurologi dan curahan (efusi) pleura. Masalahnya adalah tanda-tanda awal kanser payudara mungkin tidak kelihatan, justeru kaum wanita perlu mengambil inisiatif membuat diagnosis dengan memeriksa sendiri payudara dan juga menjalani ujian payudara setiap tahun.

Kaedah dan Pilihan Rawatan

Rawatan bergantung kepada ciri-ciri atau kelas kanser payudara. Berbincanglah dengan doktor anda untuk pilihan rawatan yang sesuai dengan anda atau pesakit berkenaan. Pilihan rawatan umum untuk kanser payudara adalah pembedahan, terapi radiasi, kemoterapi, terapi hormon dan terapi sasaran.Sebelum membuat apa-apa keputusan mengenai pilihan rawatan, pastikan keputusan biopsi diteliti dahulu oleh pakar yang berpengalaman dan mempunyai pengetahuan luas tentang kanser payudara.

Banyak lagi info tentang kanser payudara ni dekat internet. Kene ambil tahu, sebab benda ni tak boleh ambil remeh. Rasa tak kena dekat oayudara cepat-cepat cek..
SHARE 6 comments

Add your comment

  1. bab2 kanser ni memang tak ley ambik mudah, kalau rasa tak normal kena terus cek, tapi nak buat macam mana, orang perempuan kadang2 tak peduli sangat kesihatan diri, lebih menjaga kesihatan ahli keluarganya yang lain.

    IQ ada kawan yang boleh dikatakan bebas kanser. Dia ada cerita pengalaman dia menjalani kemo. Dia kata memang masuk ubat sahaja, tapi kesan ubat tu memang kuat. sebab nak matikan sel2 kanser tu.

    harap akak tu beransur pulih. kena selalu positif. InsyaAllah sama2 berikan semangat padanya.

    ReplyDelete
  2. Kanser payudara mmg bahaya sebab senang merebak ke organ lain. Semoga kita semua sentiasa sihat walafiat

    ReplyDelete
  3. moga kakak tu terus kuat untuk lawan penyakit. kanser ni salah satu musuh wanita..
    JanjiKita

    ReplyDelete
  4. salam nad..sama mcm ofismate kak MV..dia kena stage 3..dia perasan ada ketulan...mv yg suru dia pegi check bila check dah stage 3..dia buang Pyudaranya...dan sekrg tgh kimo dan radioteraphy

    ReplyDelete
  5. kanser ni senyap2 jea.sedar2 dah stage ke3..

    ReplyDelete
  6. ya allah semoga dijauhkan penyakit ni

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2