hai assalammualaikum

Nad tau, bukan nad seorang sahaja penggemar kopi, ramai yang suka minum kopi. Tipu la kalau tak teringin nak minum kopi..tengok orang minum kopi sedapnyaa la kan..Tapi kebanyakan kopi yang diminum, mesti akan buat kita pening kepala, muntah, dan sebagainya. Tu yang buat kita berhenti nak minum kopi. Tapi kali ni nad nak kenalkan satu kopi yang boleh buat korang minum bukan secawan, tapi bercawan-cawan. Takkan ada kesan sampingan macam pening, muntah tu semua..Nad dah cuba kopi ni memang best dan sedap.


Kopi Badang, Kopi Tulen Bermutu

Kopi Badang, ye, tu la namanya. Pertama kali dapat jemputan kopi ni, nad fikir minum kopi ni akan jadi kuat ke apa..hahaa..tapi bukan. Nama Kopi Badang bukan disebabkan seperti kekuatan Badang dalam cerita tu, tapi sebab sifat kejujuran, keikhlasan dan seluruh watak Badang itu sendiri dalam ceritanya yang menggambarkan sifat dan ragam masyarakat tempatan ketika itu.


Sampai je di majlis, nad di jemput untuk merasa sendiri air Kopi Badang ni. Sedap, memang sedap. Kalau sebelum ni, rasa air kopi akan melekat dekat tekak, dan manis-manis gitu, tapi Kopi Badang ni, walaupun manis tapi ok je nad minum. Dua cawan juga nad minum. Not bad la..



Semasa majlis pelancaran dan pengenalan Kopi Badang, ramai yang hadir, termasuk duta Kopi Badang sendiri iaitu artis Zamarul Hisham. Ada juga beberapa artis otai sebagai duta kecil mereka yang terlibat mempromosikan Kopi Badang ni. Video yang melucukan yang mempromosikan Kopi Badang Cafe, korang boleh tengok dekat SINI.


Kopi Badang keluaran Al-Mubarak Health Sdn Bhd sudah berada di pasaran tempatan sejak awal tahun 2016. Memiliki  perakuan sijil Halal daripada JAKIM. Kopi yang dihasilkan di premis mempunyai piawaian kebersihan yang tinggi. Jadi tak rasa was-was la kan. Demi menjaga kesihatan pengguna, Kopi Badang 3 dalam 1, dibuat daripada kopi Robusta dari Columbia dengan kopi 100% tulen tanpa sebarang bahan tiruan, pewarna tiruan, pengawet dan kopi tiruan. Sangat selamat dan sesuai diminum seisi keluarga. Kopi Badang mampu memberikan kesegaran dan meningkatkan keyakinan diri.


Balik tu, nad buat lagi secawan Kopi Badang ni. Macam biasa, tengah malam nad akan update blog. selalu mata memang cepat mengantuk, sebab seharian buat kerja rumah. Tapi, bila minum kopi ni, rasa tenang je. Mata pun segar je nak taip entry blog. Bukan setakat satu entry, tapi dua entry nad buat. Sambil buat kerja, sambil minum Kopi Badang. Bertenaga terus. Bau aroma Kopi Badang tu sendiri buat kita nak tambah bercawan-cawan..sebab sedap..


Yup, macam nad kata dekat atas, takde rasa pening, mual, berangin atau sebagainya. Lagi nak tambah sepeket lagi adalah..hehee. Kopi Badang sekarang peneman nad untuk buat kerja..Suami pun dah minum air Kopi Badang ni. Dia kata sedap..tak penat. Rasa kopi tak pahit dan lemak-lemak sebab ada crimer.



Bak kata Puan Azaha, pengasas Kopi Badang, antara manfaat Kopi Badang sesuai diminum oleh mereka yang bergantung kepada kekuatan penumpuan minda seperti pelajar dan ilmuan. Kecerdasan minda dan tubuh badan dapat bantu pelajar belajar dengan baik. Memang sesuai Kopi Badang ni diambil oleh pelajar bagi menyiapkan tugasan. Yela, pelajar kan suka belajar lewat malam.

Bagi yang nak jalan jauh tu, sesuaila minum Kopi Badang ni untuk elakkan mengantuk, letih, lesu dan lapar. Bawakla kemana sahaja,..memang terbaikk..

Berminat Jana Pendapatan?/

Hah!!, nak cari duit lebih, boleh je jual Kopi Badang ni. Pihak Al-Mubarak memberi peluang kepada orang ramai untuk menjana pendapatan dengan menjual Kopi Badang ni. Cara jualan terpulang kepada stokis. Selain dapat menjana pendapatan, berita baik, pihak Al-Mubarak menawarkan insentif-insentif menarik kepada para stokis dan pengguna. Stokis yang mencapai sasaran jualan yang ditetapkan dalam masa 7 bulan, layak mendapat sebuah kereta sama ada Toyota Velfie atau Mercedes Benz, Toyota Vios atau Honda City dan Perodua Axiz atau Proton Saga.




Bermula daripada Mei 2017 – Disember 2017.
- Stokis yang dapat menjual 10,000 karton dalam tempoh tujuh bulan berpeluang memilih sama ada Toyata Velfire atau Mercedes Benz.
- Stokis yang dapat menjual 5,000 karton dalam tempoh tujuh bulan berpeluang memilih sama ada Toyota Vios atau Honda City.
- Stokis yang dapat menjual 2,500 karton dalam tempoh tujuh bulan berpeluang memilih sama ada Perodua Axia atau Proton Saga.

Bukan stokis je dapat hadiah, kepada pengguna, atau penggemar kopi, sila dapatkan Kopi Badang dengan segera!!! Sebab korang pun akan dapat hadiah tau..Caranya korang beli 12 kotak Kopi Badang untuk melayakkan anda menyertai cabutan bertuah dengan memenangi sebuah Produa Axia, motorsikal, Iphone &, Ipad dan Televisyen LED. Amacam..okey takk..

Nad pun nak join ni..tak boleh tengok hadiah gempak macam ni..hehee.

Kepada mereka yang berminat menjadi stokis atau nak tau lebih lanjut berkenaan Kopi Badang boleh hubungi :

Premier Victory Entreprise - 07 232 6124
Hisham Nordin - 019 779 2211
Kamarul Arief - 018 388 5985

Facebook :Kopi Badang Official
Instagram :@kopibadang






SHARE 8 comments

Add your comment

  1. waa.. nama jek kopi badang ye.. tapi ompuan pun boleh minum ? em.. nanti boleh carik.. hee~ sekarang nih asal pukul 10 jek mata dah layu.. adoi..

    ReplyDelete
  2. Nama pun kemain Gah dah, ni kalau minum boleh hilang monday bluess nih .hihi

    ReplyDelete
  3. kopi yang sebaiknya bukan kopi yang manis...kopi mesti rasa kepahitan kopi...baru ummph kan...boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  4. serius sedap kopi ni,tak lekat kat tekak kelatnya dan bau tak kuat tak sakit kepala.

    ReplyDelete
  5. ingat kopi badang untuk orang lelaki je nad.. kang perempuan minum pecah baju.. eh.. hahaha

    ReplyDelete
  6. Nasib baik minum kopi badang balik rumah tak angkat abang...hehehehe

    ReplyDelete
  7. macam-macam jenis kopi sekarang ni kan..kopi badang ni selalu utk lelaki..wanita pun boleh eh..

    ReplyDelete
  8. Kak Nina pencinta kopi. Nak try, nak try...!!

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2