hai assalammualaikum


Dah lama rasanya tak makan steamboat. Jadi haritu nad ajak mr mafia berbuka puasa di D'kayangan Grill And Steamboat dekat Shah Alam. Dah alang-alang tu ajak mak dengan ayah sekali berbuka dekat situ. Waze je tempat ni, mesti jumpa punya. Parking pun banyak. Best makan steamboat ni sebab bayar murah, makan sampai kenyang..hahaa. Bayar sekali tapi boleh ambik makanan berkali-kali..syok kan..


Tempat dia memang luas, ada tempat duduk dalam dan luar. Ikut korang mana yang korang nak duduk. Macam nad, nad pilih untuk duduk dekat dalam. Yela bawak mak ayah, ada anak lagi. Sesuai la bahagian dalam. Harga dekat D'kayangan ni RM44.90 untuk dewasa dan RM 22.90 sekali bayar dan makan sampai kenyang. Jangan risau, dekat sini juga ada kemudahan untuk korang solat. Jadi, boleh solat sekejap, lepas tu sambung makan.



Ada macam-macam menu yang dihidangkan di D'kayangan Steamboat ni, yang korang mesti rasa. Kalau dah namanya Grill and Barbeque Steamboat mestilah makanan yang dihidangkan dalam bekas panas bersama sup dan dibawahnya ada tempat grill. Dua pilihan kuah yang korang boleh pilih iaitu sup atau tomyam. Macam nad suka tomyam...hehee..pedas-pedas gitu. Kalau kuah habis, boleh refill, pantas pekerja dia buat kerja.




Terdapat 199 hidangan di D'kayangan Grill and Barbeque Steamboat. Tempat pertama nad pergi mesti terus ke bahagian makanan laut..hhaha..macam daging, ikan, ketam, udang, ayam, kupang, tiram, dan banyak lagi laaa..Bestnya, perapan dekat ayam, ikan daging semua telah diperbaharui untuk meningkatkan lagi rasa kesedapan dan aroma ketika grill. Mak cakap sedap daging dia tau..


Pelbagai jenis bebola  turut dihidangkan pada pengunjung seperti seafood tofu , Salmon  Fishball ,Vegie Fishball , Prawn Ball , Beef Ball dan Crab Filament. Ni Fariza sukala. Lepas rebus, bagi dekat dia, berselera dia makan, walaupun ada kuah pedas tomyam tu..hahaa. Memang sedap, sambil hirup kuah tomyam. Menyengat deka tekak ni oii..


Yang menjadi tarikan bila datang ke D'kayangan Grill And Barbeque Steamboat mestilah kambing panggang. Laku keras kambing panggang ni oii..







Korang nak makan nasi!!, jangan risau, dekat sini juga ada dihidangkan menu nasi berlauk. Antara lauk yang ada iaitu Daging Masak Merah , Ikan Dori Masak Masam Manis , Sayur Masak Sos Tiram dan banyak lagi. Ada lagi tau, Nasi Beriyani, Ayam Beriyani, Dalca Beriyani, Jelatah, Papadom, Sayur Masak Sos Tiram, Kambing Panggang, Roti Jala, Roti John Kueh Teow Goreng. Kesemua hidangan ni akan bertukar setiap hari. Kan dah cakap semua ada kan..Bayar RM44.90 semua jenis makanan korang boleh cuba.


Dekat sini juga ada pelbagai jenis mee dan sayur yang korang boleh cuba. Ada telur ayam dan telur burung puyuh. Nad penggemar telur burung puyuh, memang haritu ambik banyak telur burung puyuh..hehee.

Untuk sos, macam-macam jenis sos ada. Nak pedas, tak nak pedas eh cakap je, mana-mana korang nak. Ada sos cili pedas , sos cili Thai , sos manis , sos bawang putih , sos lada hitam , sos yong tau foo dan banyak lagi. Kan dah cakap banyak pilihan.




Tak habis lagi, lepas makan berat nak pencuci mulut pula. Macam-macam kuih muih , aneka kek , buah buahan, bubur manis serta rojak buah juga disediakan. Memang kenyang bila makan dekat sini. Air yang berwarna warni, aiskrim yang pelbagai perisa, membuatkan tekak ni hilang dahaga. Tapi masa ambik makanan tu jangan membazir, itu amalan syaiton..hahaa.







Alhamdulillah, dah merasa makan steamboat. Maka ayah pun gembira..yela anak belanja kan..hehee. Kalau korang nak rasa steamboat dan grill sedap, cubala di D'kayangan Grill & Barbeque Stemaboat di Shah Alam ni. Berbaloi-baloi..murah pun murah..macam-macam hidangan dari hidangan berat sampaila ke ringan. semua hadoo...nak cuba, korang boleh hubungi nombor di bawah:

- 012 297 1091
- 017 627 4015
- 03 552 349 79

FB: Steamboat BBQ Buffet DKayangan
IG: DKayangan Steamboat

Lokasi : D’Kayangan Steamboat, Sri Acapella Service Apartment, No. 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor
SHARE 10 comments

Add your comment

  1. Sedapnya, ai memang peminat steamboat. Nanti nak try jugaklah makan kat sini, tengok pilihan steamboat dia banyak.

    ReplyDelete
  2. buffet makan sampai lebam pankreas hahahaha

    ReplyDelete
  3. haa.. makan banyak sket nad.. biau gemok.. hee~

    ReplyDelete
  4. Ingat makan steamboat depan pertama complex dulu..1$ 1 cucuk..hmm

    ReplyDelete
  5. Tengah usha tmpt berbuka ni.. thanks sharing

    ReplyDelete
  6. Alamak.... Terliur nengoknya! Harga pun berpatutan dengan menu yang pelbagai. Sedap nya. ..

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2