hai assalammualaikum
Budak ni kalau tak tidur petang, dia akan tidur awal dalam pukul 8 malam gitu, lepastu mesti terbangun pukul 12 tengah malam..pastu paham-paham jela, mata dia segar bugar, yang kita dah ngantuk kena tidur nak masak sahur karang.
Paksa tidur balik takmau, sudahnya pergi bilik kerja daddy sebab dia ajak. Paham benor bila dia ajak pergi bilik kerja daddy dia. Main la dekat situ. Agak-agak macam dah lama main, ajak tidur..ok dia nak ikut. Kitaorang tidur depan tv.
Tutup semua lampu, baring dan susu. Ingatkan dah tidur bila tutup lampu dan susu, rupanya sampai ke sudah dia tak tidur..kejap-kejap kejut mommy bangun..menangis-nangis taknak tidur..hishh nad ni dah tak larat. Kita biar jela Fariza nangis..nangis pun nangis laa..
Lepas tu buka tv, biar dia layan sorang-sorang. Kita ngantukk sangat. Sambil nangis, sambil layan tv. Lama-lama senyap. Kita tersedar, tengok, Fariza duduk sandar dekt sofa layan tv. Kita pun sambung tidur. Sekali suami kejut dah 4.30 pagi..
Turn suami pulak jaga Fariza, kita masak sambil mamai. Dah siap masak, makan la. Fariza sekali sahur. Dah selesai sahur, duduk dekat sofa kejap, layan online, anak layan tv, sambil susu. Heaven betul awak ye..hahha. Sekarang budak ni dah tidur semula lepas kenyang makan sahur.
Huaaa..nak menangis rasanya bila tak cukup tidur..penat badan..baru nak lena..sekarang..kita nak sambung tidur..nite..hahahha
Macam ni la ada anak..
Yang humaira pun samaaaaa...asal maghrib sibuk nak tido,pastu bangun kul 12 berjaga sampai kul 3 baru tido ngan ibu2 terbabas sahur huwaaaaa
ReplyDeleteHehehe... gitu le budak kecik.. Sama la cam si qhaliff tu...
ReplyDeletehehe.. kannn.. merasa la mata panda
ReplyDeletekalau budak dah banyak tidur memang macam tu. IQ cukup geram kalau anak IQ tak tidur disebabkan main, tapi mujur la setakat ni dia tak ada berjaga malam, kalau dia berjaga, selalunya dia main sorang2 tepi IQ, IQ dah mimpi ke bulan dah..haha
ReplyDeletebudak budak skang same je.. hihihi
ReplyDeleteeh sebijik macam anak...lepas tu kalau dah bangun malamnya tu, dia punya berjaga sampai keesokkan paginya..macam burung hantu dah..haha
ReplyDeletehahahaha~ budak kalau nak membesar memang lupa tido.. layan jek la si fariza tu dik..
ReplyDeleteAnak2 Eraz, memang paling lewat pukul 10, wajib masuk bilik.. Hehe.. Nak tdo ke tak nak, mmg kena masuk.. Last2 tertdo la mereka.. Hehe..
ReplyDelete----
ERAZ FADLI | Bagi Hadiah Raya Aidilfitri 2017
http://www.erazfadli.com/2017/06/eraz-fadli-bagi-hadiah-raya-aidilfitri.html