CABARAN BERPUASA DI KAMPUNG

in , by Nadia Johari, 06:31:00
hai assalammualaikum

Selamat pagi semua. Dah sahur, dah habis waktu sahur pun..hehehe. Alhamdulillah, dah masuk hari tujuh kita berpuasa. Semoga kita dapat menjalani puasa dengan sabar dan istikomah. Sekarang nad ada dekat kampung.


Harini masuk hari kedua nad dekat kampung. Kalau dah balik kampung memang meriah la kan, bukan setakat dapat berkumpul bersama beramai-ramai malah dihidangkan dengan pelbagai juadah. Itulah keseronokan bila berpuasa di kampung.

Tapi dalam keseronokan, ada juga cabarannya tau. Dasyat sangat bila berpuasa di kampung. Berbeza bila berpuasa di, bandar, di rumah sendiri. Kalau dekat bandar, yang ada cuma nad, mr mafia dan Fariza. Jadi, setakat nak bagi makan Fariza, nak uruskan dia, mudah je. Berbanding di kampung, ramai la pulak anak buah dekat sini.


Jadi macam-macam ragamla perangai diaorang. Anak buah dekat sini ada yang puasa ada yang tak puasa. Yang tak puasa pun setakat ni anak buah yang sekolah tadika. Ada juga baya Fariza. Jadi 4 orang la tak berpuasa termasuk Fariza. Cabarannya, bila dua orang budak tadika ni makan dan minum tak berhenti. Haishh.. menguji betul..hahha. Minum air pun beberapa kali,bukan air suam, air sejuk pulak tu. Kita ni tengah tekak kering, setiap kali tengok air diaorang ambil, boleh tertelan air liur weiii..hahaha..Pulak tu kadang diletak depan mata kita..aduhh..sabar jela. Menggugat keimanan kita betul.

Nak tau kenapa nampak air nad tak tahan??. Hah!! ni cabaran seterusnya. Kalau dekat bandar, suasana sejuk je, lagipun hujan selalu. Beza dekat kampung, cuacanya masyallah..paham-paham jela. Bahang lain macam. Memang boleh buat bibir kering dan tekak terasa nak minum air pulak..

Lagi satu rumah kampung ni ada tingkat bawah, ada tingkat atas. Selalu nad lepak dekat tingkat atas, sebab tv dekat bahagian atas ada astro.  Sofa memang ada, tapi bila anak datang nak menyusu dah tak muat. Baring dekat bawah jela

Selalu dekat bandar ada tilam dekat depan tv, sedap sikit nak baring. Dekat kampung, takda, kalau letak habis dibuat main anak buah, terkejar sana sini, terlompat sana sini. Jadinya tidur beralaskan tikar. Sakit badan tak selesa memang takyah cakapla..Kalau masuk bilik, panas..jadi baring luar jela. Mandi pun dua kali nak sejuk.

Akhir sekali,ni cabaran paling pelik..hahaha. Selalu dekat rumah sendiri, boleh pulak bangun sahur, takda alarm pun takoe, tersedar bangun. Tapi, dekat kampung, tidur mati weii..ish..ish..Tak sedar langsung. Nasib ada mak kejutkan. Kalau tak, memang tak sahur jawabnya..heheh.


Macam tu la cabaran berpuasa dekat kampung ni..Tapi best, sebab ramai orang..hehehhe...
SHARE 5 comments

Add your comment

  1. hahaha,,.bab panas tue MV setuju ..dan bab sahur selalu terlajak..pelik kan

    ReplyDelete
  2. terlajak tue sebab tau akan ada orang tolong kejutkan..hehe

    ReplyDelete
  3. hahahaha...bila blk kampung...malas tu selalunya akan datang..hihi

    ReplyDelete
  4. Sahur ramai-ramai memang best... Hahaha... pastu bebudak ramai memang menguji time puasa...sabo je la..

    ReplyDelete
  5. akak suka kalau berbuka kat kampung sebab seronok..masa berlalu cepat je

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2