Nad memang selalu tengok drama TV3 jam 10 malam. Kalau cerita best, menarik dan sampai kepada diri ni, memang layan habis. Lagi-lagi cerita bulan Ramadhan ni, mestila best. Mesti ada massage yang nak disampaikan. Macam drama yang ditayangkan sejak Isnin haritu, pelakon pun best, berlakon tak kaku, lepas tu apa yang ditunjukkan ada benda yang mengingatkan nad kisah silam..huhu..eeee ngeri nak ingat..sebijik situasi macam dalam drama " Andainya Takdir " ni part suami dia yang panas baran dan cemburu buta. Tapi kisah silam nad bukan dengan suami, dengan ex boyfriend..hahaha...
Hero dalam cerita ni Syukri Yahya. Selalu kita tengok, Syukri Yahya berlakon sweet-sweet je, tapi dalam cerita ni masih sweet dan dalam masa yang sama panas baran..fuhhh..menjadi kau...
Sinopsis " Andainya Takdir "
JUDUL : ANDAINYA TAKDIREPISOD : 16 episod
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam di Slot Samarinda TV3
SKRIP : Wan Mahani Wan Hassan
PENGARAH : Along Kamaludin
TERBITAN : A.Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Puteri Balqis, Sheila Mambo, Idris Md Diah, Sabhi Saddi, Adiba Yunus, Annie Ariffin, Ikhlas Jalil, Rosnah Mat Haris, Dilla Ahmad, Putra Amaris
SINOPSIS
Drama ini mengisahkan tentang ketabahan seorang wanita bernama Fatihah, yang cuba mempertahankan rumah tangganya bersama Airil. Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang puteri bernama Aleeya. Kehidupan mereka sentiasa dalam keadaan genting kerana Airil merupakan seorang yang panas baran dan cemburu buta. Segala perbuatan Fatihah dipantau oleh Airil. Bukan itu saja, Fatihah juga sering dipukul.
Fatihah yakin dia mampu bertahan dengan sikap suaminya itu hanya kerana Aleeya. Kesengsaraan Fatihah bukan hanya kerana suaminya saja, tetapi ibu mertuanya Normah, seorang yang keras kepala, suka menghasut dan berprasangka buruk terhadap Fatihah. Normah sememangnya tidak disenangi oleh orang kampungnya kerana sikapnya yang suka menuduh tanpa soal siasat.
Fatihah tidak terlepas menjadi mangsa buli emosi Normah apabila segala permintaan Fatihah kepada suaminya ditentang normal. Airil pula sentiasa menyebelahi ibunya dan perkara itu membuat Fatihah berasa terpinggir.
Tidak kurang penderitaannya, Fatihah juga mempunyai adik iparnya Norlin, seorang yang obses kepada kanak-kanak. Dia amat mencemburui kecantikan Fatihah dan rezeki Fatihah kerana mempunyai zuriat.
Walaupun Airil panas baran dan sering memukul Fatihah, jauh disudut hati dia amat menyayangi Fatihah. Airil cuba mengubah sikapnya.
Dunia Realiti Lelaki Panas Baran, Ibu Mertua Penghasut
Situasi dalam cerita, ada je dekat dunia realiti. Macam perangai suami tu, panas baran, cemburu buta, tak tanya tanpa usul periksa, terus belasah suami. Setiap saat kena message bagitau, dekat mana,buat apa dengan siapa..memang tak tahan oo.. Macam dikongkong..eh bukan macam tapi memang dikongkong. No life dalam hidup seorang perempuan ni kalau dapat laki macam ni..stress je sepanjang masa. Kisah hidup nad dalam boyfriend panas baran pernah nad tulis dalam blog ni..hahaha..nak baca pandai-pandaila korang cari..hehee. Boleh search " kekasih panas baran "..Bila dapat lepas tu sesuatu yang sangat menggembirakan. Macan baru dapat kehidupan..hahaha..
Kalau bab mak mertua, ermmm memang ada, tapi sebab nad tak laluinya susah nak cerita. Tapi dalam cerita ni sangat tak patut mak mertua buat macam tu..kena fikir la pasal orang lain juga..boleh ambik iktibar cerita ni.
Hah, setiap hari akan tunggu cerita ni sebab nak tau kisah selanjutnya..apa jadi last cerita..korang tengok sekali ok..heheh
Hahahahah kak nad mesti macam dah stress tgk cite ni. Sbb tu masa becinta kalau da detect laki tu panas baran kan, tak yah caya la kata nk berubah ke apa. Dorang pun mg tk dilahirkan utk jadi macam tu tp kena la beljar kawal emosi kan. Liz pun stress tgk cite ni, macam mental pula tgk si syukri ni. Haha
ReplyDeleteBuli emosi antara sebab kita boleh jadi trauma dalam hidup
ReplyDeletemalas nak tengok drama perempuan terseksa ni... takut rasa sedih sangat..huhu
ReplyDeleterabia tengok drama ni..seriously geram dekat airil..kesian fatihah kan..
ReplyDeletedah lama ketinggalan cerita ni,tengok promo je tuari..hahaha...nampak sangat kan tak tengok tv...hehe
ReplyDelete