hai assalammualaikum

Nad tau pasal drama ni dekat twitter. Ada orang retweet dekat orang sebenar yang melalui kisah ni..terus pergi ke tweet dia. Cerita ni mulanya dari the vocket lepastu katanya baru dinovelkan, sekarang dibuat cerita..tengok macam menarik je..ni yang nak tengok..terlepas 3 episod dah sebab drama ni bermula pada 29 Mei..takpe tengok online nanti..


Drama lakonan Jihan dan suami. Mesti best sebab Jihan kelakar, pulak berlakon dengan suami sendiri, takde batas nak pegang, nak peluk ke..eh..hehhee..mestila best cerita ni kan...hehehe...

Sinopsis Biniku Ninja

JUDUL : BINIKU NINJA
TARIKH TAYANGAN : 29 Mei 2017
HARI / MASA : Isnin-Rabu 9.00 malam
SIARAN : Astro Oasis 104 & Maya HD 135
PENULIS NOVEL : Azlan Andi
PENGARAH : Syed Fariz
TERBITAN : Aanomalous Films
PELAKON : Ungku Hariz, Jihan Muse, Mark Adam, Zain Hamid

WATAK PELAKON

Ungku Hariz sebagai Azlan
Jihan Muse sebagai Sabatini
Mark Adam sebagai Andi
Zain Hamid sebagai Tuan Syed Kalis

SINOPSIS BINIKU NINJA

Mengisahkan Azlan berasal dari keluarga susah yang akhirnya berjaya merantau ke UK setelah mendapat tawaran menyambung ijazah dalam aliran seni.

Azlan telah berjumpa dengan seorang gadis niqabis bernama Sabatini, semasa terlibat dalam aktiviti persatuan pelajar. Selepas 3 minggu Azlan kemudian menikahi gadis tersebut dan perkara itu membuka kisah kehidupan nikah muda mereka yang mencabar.

Sebagai pasangan yang gemar mengembara, mereka mengembara ke negara-negara asing selain kemelut yang dilandai mereka sepanjang mereka hidup berdikari diluar negara






Pasangan Sebenar

Hah!! Ni la pasangan sebenar yang cerita mereka telah dinovelkan dan didramakan. Jom la kita layan sama-sama cerita ni.
SHARE 5 comments

Add your comment

  1. Best best, nnt nak follow la drama ni...

    ReplyDelete
  2. lah yeke baru tahu dari kisah sebenar..best cerita nie

    ReplyDelete
  3. o.. kisah benar.. hee~ walaupun kakak setakat tengok iklan saje, bila dapat info macam dia, dia punya "aa--" tu panjang sikit..

    ReplyDelete
  4. tak tengok pun drama ni..best ke akak

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2