hai assalammualaikum
Dua Perkataan Yang Fariza Sebut - Nampak anak membesar depan mata memang menyeronokkan, walaupun kadangkala banyak benda yang dia lakukan buat kita geram..hahaha. Banyak dah tingkahlaku dia, perangai dia, cara dia berborak makin lama makin berbeza. Sekejap dengar cakap, sekejap tak dengar cakap. Nasib perempuan, kalau anak lelaki tak tau la kan. Usia Fariza sekarang Setahun 8 bulan. Lagi 4 bulan nak 2 tahun.
Sekarang ada dua perkataan yang dia selalu sebut. Mungkin perkataan ni dia selalu dengar mommy, daddy dia sebut atau sepupu dia cakap. Dua perkataan yang dia sebuat sekarang " Air " dan " Lari "..tapi dalam bahasa pelat dia " Yayi "..hahhaa.
Nak mintak air, memang dia akan cakap "air, air,air"..tapi masalahnya, semua jenis makanan, tak kira nasi, ikan, ayam, atau jajan dia iaitu makanan ringan, tetap dia sebuat " air "..hahaha..adehla. Untuk air memnag khas untuk kategori makanan. Tu jela dalam otak dia buat masa sekarang. Walaupun kadang dah ajar, " ni nasi ",,"ikannn.."..tetap " air " juga dalam otak dia tu..Sampai kadang nad tersilap, dia sebut air, nad pergi ambil air. Tapi nanti dia geleng, tunjuk lain, sebut air juga benda tu..pening juga mommy nak paham ayat dia..hahaa.
Lagi satu perkataan " Lari "..tapi dia sebuat " Yayi "..biasalah budak-budak, pelat. Mungkin belajar dari sepupu dia, sambil main, sambil sebut " lari, lari, lari "..sampai dah terlekat dalam kepala dia. Dia akan sebut bila dia ajak main kejar-kejar..hahaa. Yela dekat rumah ni, mommy dia jela kawan dia, jadi, nak lari pun belakang meja makan..tak pun bawah meja makan..hahaha. Bila ajak main kejar-kejar, atau nad saja nak kejar dia, dia sebutla "yayi..yayi..yyi.."..haha..geram pulak mommy tau..
Nanti kita cakap benda lain pulak ye. Setakat ni nak sebut mommy daddy belum lagi. Takpe kita belajar lagi. Kanak-kanak belajar dengan empat kaedah utama iaitu mendengar, melihat, mengalami dan mengulang. Galakkan anak berkomunikasi dengan melakukan pelbagaikan aktiviti lain termasuklah membaca buku, bermain, dan membuat aktiviti yang digemari untuk meningkatkan kemahiran dalam berkomunikasi. Mungkin masuk 2 tahun Fariza akan pandai sebut kalau terus ajar dia perkataan. Kadang budak cepat cakap sebab ada budak lain yang cakap. Yela dia dengar apa yang budak lain cakap. Tapi dekat rumah ni, Fariza sorang-sorang, jadi nad atau mr mafia kena cakap dengan dia.
Takpe, nanti mommy ajar Fariza ye..
Alaaa comelnya Fariza! Nanti dah petah bercakap letih nak jawap setiap soalan yang dia akan tanya, masa tu Nad bersedialah. Hehehee!
ReplyDeletecomelnyeee hihihi
ReplyDeletecomel betul fariza, geram! anak perempuan lagi cepat proses tumbesarannya berbanding anak lelaki, anak IQ lambat sikit, sebut satu suku kata dulu skrg ni, certain words je sebut penuh, macam amboi, cantik, hehe
ReplyDeletehehehe...comel je yayi...
ReplyDeletehehe..comel je semua dia sebut air
ReplyDelete