SYAMPU SAFI SHAYLA PILIHANKU

in , by Nadia Johari, 13:07:00
hai assalammualaikum

Syampu Safi Shayla Pilihanku - Nad memang pengguna Syampu Safi Shayla. Memnag best shampu Safi Shayla ni sebab ada habastussauda. Sejak dikeluarkan, terus berkenan dan beli. Memang sesuai dengan rambut nad yang ada banyak masalah ni. Shampuu Safi Shayla ni banyak pilihan, ikut masalah rambut korang la ye. Macam nad, banyak kelemumur, rambut gatal. Jadi nad guna shampu Sfi Shayla Anti Kelemumur. Alhamdulillah, masalah kelemumur dah berkurang. Rambut sentiasa segar je.


Dapat hadiah dari Safi..


Safi Shayla Syampu Wanita Bertudung #HANYASAFISHAYLAUNTUKSAYA

Kita ni perempuan yang bertudung, mestilah kena jaga rambut elok-elok. Cuba bayangkan, pakai tudung nampak lawa, dengan makeup, wangi semua, sekali bila buka tudung, bau rambut busuk, kepam, gatal, gugur. Huishh, hilang kejelitaan tu. Lagi-lagi mereka yang aktif bersukan. Kalau rambut selesa, nak buat apa pun mesti dengan yakin kan. Walaupun bertudung, tak nampak, nanti kalau dah bersuami, takkan nak biarkan juga kan. Mestilah, nak sentiasa cantik dan wangi je rambut kita ni. Sebab tu Safi keluarkan Shampu Safi shayla untuk wanita bertudung.

Rangkaian produk Shampu Safi Shayla..pilihan nad ,shampu anti kelemumur

Memahami keperluan wanita bertudung moden, SAFI Shayla rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung telah dilancarkan pada Oktober 2013. Dengan 8 varian diformulasikan dengan Habbatus Sauda yang mempunyai 1001 kebaikan, SAFI Shayla dapat menyelesaikan apa jua masalah rambut yang dialami oleh wanita bertudung.

“SAFI bukan sekadar sebuah jenama untuk pengguna. Ia punya jiwa dan hubungan akrab serta kepercayaan seperti keluarga dan teman bersama para pengguna. SAFI SHAYLA adalah kesinambungan kembara cantik jenama ini dalam inovasi produk menzahirkan manfaat terkitab khasiat Habbatus Sauda yang menjadi santapan Jujungan Mulia Rasullullah S.A.W  meriwayatkan 1001 manfaatnya untuk umat manusia kecuali apabila Izrail datang memanggil.  kami berbangga dan bersyukur kerana diberi ruang untuk memperkenalkan bukan sekadar syampu tetapi rangkaian lengkap produk penjagaaan rambut khusus untuk wanita bertudung”, Jelas Pengurus Kumpulan Produk SAFI, Mahsuri Sulaiman.

Pek fleksi dan botol

Memnag banyak jenama syampu antarabangsa yang masuk ke dalam pasaran syampu untuk wanita bertudung pada masa ini, tapi pilihan nad tetap SAFI Shayla..hehe. Safi Shayla ni ni ada dua jenis tau, satu dalam botol, satu dalam bentuk jimat iaitu pek fleksi. Macam nad, mula-mula beli yang botol, lepas tu sekarang guna pek fleksi, gunting dan masukkan dalam botol..jimat dan murah pek fleksi ni. Tahan lama juga walaupun dia pek fleksi.

Shampu Safi Shayla ada perapi rambut juga

Shampu Safi Shayla juga ada perapi rambut. Lepas shampu, boleh guna perapi rambut untuk cantikkan lagi rambut.

Kalau korang nak tau lebih lanjut berkenaan Safi, boleh layari saluran
Website: www.safi.com.my
YouTube:  https://www.youtube.com/watch?v=PHoGu4vxMws
Facebook:  www.facebook.com/SAFI.MY,
Instagram; @safimalaysia
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2