SELAMAT HARI LAHIR NADIA JOHARI

in , by Nadia Johari, 12:15:00
hai assalammualaikum

Selamat Hari Lahir Nadia Johari - Ya Allah dah berminggu rasanya tak update entry. Bukan malas, tapi bersebab. Asal online je dia jadi tak tentu arah. Nak online, scroll sikit dah pening..hahha. Sebab tu nad kejap ada kejap takda online ni.

Tapi, rindu gila nak mengupdate blog, giler tak rindu. Dah selalu menaip, malam ni, kita lepaskan gian. Banyak kerja sedang menunggu. Draft tajuk dah, tapi isi tak tertulis lagi..hahahhaa..kau tunggu..akan ku update banyak kejap lagi..hahha..yela tu..


Alhamdulillah..harini 18 Julai 2017 usia dah mencecah 29 tahun. Ya ampun lagi setahun nak masuk tiga series. Haishh,nak patah balik jadi budakla. Bila jadi budak tergedik kau nak jadi orang besar. Dah jadi orang besar, banyak masalah terfikir nak jadi kecik semula sebab waktu kecik takda masalah,.hahha..Kitaran hidup, kena la lalui. Dari bujang, sekarang dah kawin. Dah jadi mommy pun. Baru tau kehidupan tu macam mana.

Kalau sebelum ni, tengok mak kita buat itu ini untuk kita, tengok ayah cari duit, bila nak duit, cari ayah. Senang kan hidup. Bila kau dah rasai mcam mana mak ayah kau rasa, bukan mudah. Tapi tu semua memang dah tertulis, hidup kau macm ni. Bahagia atau tidak, kita sendiri tentukan. Bila dah pilih jalan tu, sila jangan menyesal, kau buat dia jadi sesuatu yang seronok..hah, gitu kehidupan. Banyak dah nad lalui.


Sekarang, rutin menjadi mommy. Walaupun dah cecah 29 tahun, dah ada anak sorang, tetapla cari mak ayah. Nampak tak makin besar, makin rindu. Masa kecik-kecik, remaja, degil nak mampus..hahaha..dah besar, dah lalui, baru terfikir macm ni la mak ayah kita jaga kita,besarkan kita. Nad baru anak sorang, pening kepala jangan cakapla. Fariza pun makin cerdik. Ada je nak dibuatnya.

Terima kasih Ya Allah, kerana panjangkan usiaku sehingga 29 tahun ni. Sesungguhnya, aku bukan hambamu yang sempurna, tapi cuba menjadi yang sempurna. Terima kasih kepada awak-awak yang wish birthday kita. Kita terharu,..walaupun ada ayat yang copy paste..hahha..tapi kita tau, tu semua doa ikhlas dari korang..terima kasih korang semua.

Semakin bertambah usia, semoga sentiasa nampak muda 12 tahun..hahhaa..semoga sentiasa cantik..semoga amalan ibadah ku bertambah baik. Semoga sentiasa menjadi mommy vogue, isteri comel..hahah..banyak sangat permintaan. Terima kasih korang wish..
SHARE 5 comments

Add your comment

  1. Happy birthday Nad, semoga sentiasa pjg umur, sihat n murah rezeki.

    ReplyDelete
  2. happy birthday nad. semoga dimurahkan rezeki sentiasa. =)

    ReplyDelete
  3. Selamat hari lahir pada anak sis ya

    Semoga jadi anak yang berbakti pada ibu bapada

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum wrmbth

    Selamat menyambut ulang tahun hari lahir ke 29 ya sis Nadia johari

    Mazni ucapkan usia yang ada ini kita manfaatkan sebaiknya

    Insyaallah akan beroleh keberkatan

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2