hai assalammualaikum

Siapa tak suka pakai beg tangan. Orang perempuan mesti nak bergaya dengan beg tangan. Sebelum ada anak, bolehla bergaya dengan beg tangan yang comel-comel. Sejak ada anak, barang anak lagi banyak dari barang sendiri. Jadi, nad akan pilih beg tangan yang mempunyai ruang yang besar untuk isi barang ibu dan anak. Dan pastikan beg tangan tu, nampak bergaya bila dipakai.

Beg Shunshine Dooms Dari Mizzue

Satu hari tu, bila kawan-kawan ada sebut berkenaan beg di Mizzue. Nad pun mula lah nak tau apa tu Mizzue??..dekat mana nak tengok. Kawan cakap pergi ke website dia, www.mizzue.com.my. Nad pun apa lagi, mulalah tengok website dia. Dah buka mesti klik sana sini, aduhh!!! Cantik-cantik semuanya. Memang buat nad teruja nak pilih beg tangan dekat situ.

Beg Tangan Mizzue Malaysia Berjenama

Mizzue Malaysia adalah jenama online shoping di mana, ia menjual pelbagai jenis beg tangan yang akan membuatkan si pemakai nampak lebih elegant, anggun dan bergaya.

Pelbagai koleksi beg Mizzue

Beg tangan di website mizzue memang banyak pilihan yang cantik, comel dan warna yang menarik. Jenis beg yang ada bukan satu jenis tapi pelbagai jenis sepeti clutches, shoulder bag, beg travel dan dompet. Design yang menarik, dan berkualiti akan buat korang rambang mata sampai tak tau nak pilih yang mana. Beg tangan Mizzue ni bukan biasa-biasa tapi sangat berkualiti dan tahan lasak.

Shunshine Dooms

Kulit yang berkualiti

Bergaya dengan beg Mizzue

Pilihan beg nad dari Mizzue Malaysia, yang menarik perhatian nad Shunshine Dooms ni. Nad tertarik sebab, design dia macam baju dekat bahu..hahaha. Design macam ni nad takda lagi, jadi nampak cute pulak.

Memaparkan poket depan kulit-zip, poket belakang belakang dengan penutupan magnetik magnet. Pilihan warna yang ada ialah  Mauve, Blue dan Turquoise. Korang boleh pilih mengikut kesesuaian dengan citarasa korang. Beg ni dari kulit PU yang direka dengan kemasan berkualiti tinggi yang menampakkan beg ni menjadi trend fesyen beg tangan moden yang terbaik. Ia sangat tahan lama dan tahan lasak.

Macam-macam boleh masukkan

Ruang Kapasiti Yang Luas

Nad ingat saiz beg ni, sederhana sahaja, sekali dapat, besar betul. Suka sangat sebab menetapi citarasa nad. Ruang yang sangat besar, bukan setakat boleh isi telefon, dompet, malah boleh masukkan barang makeup, ipad dan sebagainya. Laptop pun boleh muat ni tau!! Macam nad, ada anak, bolehla selit barang anak juga. Mana taknya, ada zip ruang di bahagian luar, depan dan dalam beg.

Beg Tangan Mizzue Sesuai Digunakan Sesiapa Sahaja

Beg Sunshine Dooms' sempurna untuk dipakai sehari-hari dan sesuai digunakan oleh sesiapa sahaja, tak kira pelajar , pekerja atau mereka yang ingin nampak bergaya dengan beg tangan.

Boleh pakai di lengan

Pakai bertali

Nad pilih beg ni sebab boleh pakai dengan dua cara, sama ada nak pegang ditangan, bila nak nampak ayu atau gaya silang. Yela kadang nak santai, nak travel, pakai silang la kan.

Hah!!, menarik tak. Tertarik tak!!..hehehe. Yang pasti semua beg tangan dekat Mizzue ni memang mempunyai ruang yang besar. Banyak lagi pilihan yang ada korang boleh pilih.

Apa kata korang layari maklumat yang nad beri ni, pasti korang akan terus pilih dan
Website : www.mizzue.com.my
EMAIL :- customer@mizzue.com.my
FaceBook :- https://www.facebook.com/mizzuemy
INStagram :-  https://www.instagram.com/mizzuemy/

SHARE 6 comments

Add your comment

  1. Beg dari Mizzue memang semua menarik, kita pun berkenan nak beli satu.

    ReplyDelete
  2. wahhh, kemain bergaya nad. cantik beg tu, multipurpose. boleh letak macam2

    ReplyDelete
  3. Suka bag dari Mizzue.com ni sebab design dia trendy sangat2

    ReplyDelete
  4. Sebab paling utama nad suka beg ni sbb BIRUUUUUU. Hehehehe. Kan

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2