hai assalammualaikum

Hari Bayi Tollyjoy 2017 - Ni kali pertama nad sambut Hari Bayi Bersama Tollyjoy 2017 yang telah diadakan di Kafe Yellow Apron Petaling Jaya. Pertama kali dapat jemputan, memang nad terus setuju nak sertai, sebab bukan sahaja datang-datang majlis, ambil gambar, tapi ada info dan ilmu tentang nutrisi pemakanan yang diberikan khas untuk ibu mengandung dan menyusu dan juga anak. Hah!, sekarang nad tengah pregnant, menyusukan anak pun juga,  jadi nad perlu ambil berat dan ambil tahu mengenai ni. Kadang kita tak tau, makanan yang kita makan tu sihat dari segi macam mana kan. Anak pun makin membesar, makanan macam mana kita perlu bagi dia untuk dapat zat secukupnya. Hah!!, semua dikongsi di Hari Bayi Tollyjoy 2017.

Siapa tak kenal dengan barangan bayi Tollyjoy. Tollyjoy merupakan produk penjagaan bayi dan ibu sejak 1971 lagi. Lama kan..Nad terharu sebab Tollyjoy menghargai peranan ibu bapa dalam memanjakan anak dengan meraikan Hari Bayi ni. Masa lahirkan Fariza, ada sebahagian barangan Tollyjoy seperti bedak, syampu dan lotion menjadi pilihan nad.


Hari Bayi Tollyjoy 2017

Diberi peluang untuk turut serta pada Hari Bayi Tollyjoy 2017 (Tollyjoy Baby Day 2017) anjuran Tollyjoy Corporation dan Yayasan OrphanCARE, mendengar tentang info pemakanan yang sempurna ketika mengandung bukan sahaja penting bagi perkembangan fetus, malah pemakanan yang seimbang mampu membantu perkembangan bayi pada masa hadapan memberikan nad kesedaran betapa pentingnya cara pemakanan kita.









Seperti yang dikatakan oleh Cik Grace Ng, Pengurus Tollyjoy Corporation, Hari Bayi Tollyjoy 2017 kali ni memfokuskan tentang pemakanan. Selain daripada kasih sayang, aspek pemakanan juga perlu diambil berat bukan sahaja untuk bayi malah bagi ibu yang mengandung dan menyusu.

Pengambilan Anak Angkat Dianjurkan OrphanCARE.

Dilancarkan di Malaysia pada 2015, Tollyjoy dengan kerjasama OrphanCARE, Hari Bayi Tollyjoy merupakan hari yang paling istimewa dikhususkan bagi meraikan bayi serta bagi menyambut pengalaman penting ibu bapa dalam memberikan yang terbaik buat anak kita. Ia menitikbertakan aspek kekeluargaan, kasih sayang serta penjagaan sempurna kepada setiap kanak-kanak, termasukalah mereka yang kurang bernasib baik.


Datin Rashidah Hashim merupakan COO OrphanCARE mengambil tanggungjawab dalam memberikan anak yatim, anak terbuang kepada keluarga baru  yang sudi menerima anak-anak ini supaya anak-anak ini mendapat kasih sayang seperti anak-anak lain. Sebagai sebuah organisasi bukan kerajaan, OrphanCARE memberikan setiap anak yatim dan anak terbuang ni melalui program anak angkat serta program baby hatch. Tersentuh mendengar ceita Datin Rashidah,  tentang banyak bayi yang dibuang tanpa belas kasihan. Jadi korang yang inginkan anak, atau nak ambil anak angkat , boleh je hubungi terus OrphanCare ni. Mereka mengalukan keluarga yang sudi menerima anak-anak kecil ni. Usaha murni OrphanCare ni menag tidak ternilai buat anak-anak tersebut.

Bagusnya OrphanCare ni, sebelum ibu bapa mengambil anak-anak yatim dan terbuang ni, mereka akan ditemuduga terlebih dahulu bagi memastikan latar belakang keluarga tersebut baik dan mempunyai ekonomi yang baik untuk membesarkan anak-anak. Korang boleh layari www.orphancare.com.my

Nutrisi Pemakanan Bagi Anak, Ibu Mengandung Dan Menyusu

Seterusnya, tajuk yang ditunggu iaitu berkenaan kepentingan pemakanan bagi bakal ibu, ibu yang menyusu serta bayi yang disampaikan oleh Cik Rozanna M. Rosly, Ketua Bahagian Dietetik, Pusat Perubatan Pakar Universiti Malaysia. Masa mengandung, kadang-kadang macam-macm kita nak..hahaa. Tapi jangan ikutkan sangat apa yang diidamkan tu, takut makanan yang kita nak tu tak bernutrisi. Sebab tabiat makan si ibu akan mendatangkan kesan langsung kepada bayi yang dikandung, bak kata Cik Rozanna. Pemakanan yang baik seperti sayuran, bijirin, protein dan makanan yang sihat membantu meningkatkan tahap kesuburuan, sentiasa sihat dan memudahkan proses kelahiran serta bagus bagi perkembangan bayi.




Bagi ibu menyusu, Cik Rozanna menasihatkan supaya diberi bayi susu ibu pada 6 bulan pertama kelahiran bagi membolehkan perkembangan, pertumbuhan serta kesihtan optimum. Ibu yang menyusu pun kena ambil makanan yang sihat dan bernutrisi, sebab makanan yang di makan ibu, akan terhasil menjadi susu. Jadi ibu makan, makanan sihat, anak pun dapat susu sihat..hehe.




Pada hari itu juga, Cik Rozanna menunjukkan demonstrasi penyediaan makanan yang sihat. Antara hidangan yang ditunjukkan ialah Lapisan Buahan Rangup yang merangkumi tembikai susu yang dilapisi oats, yougurt rendah lemak, jem strawberi dan jus tembikai. Selain itu ada juga, bubur oat plum dan pisang dan smoothie susu soya yang dibuat dengan buah-buahan segar. Kena rajin makan buah ye..



Part paling best bila ada aktiviti dan permainan yang dijalankan..hehee. Mainan Baby Bingo dan Cabutan Bertuah. Lama dah tak main bingo, tapi permainan bingo kali ni unik sikit, guna nama barang-barang bayi..hehe. Comel je. Tapi nad tak bertuah untuk haritu. Tapi takpe, nad enjoy sangat pada Hari Bayi Tollyjoy 2017 ni, sebab banyak info nad dapat. Bukan balik tangan kosong.

Ok korang kalau nak tau maklumat lanjut mengenai Tollyjoy boleh layari
Website: www.tollyjoy.com.sg
Facbeook: https://www.facebook.com/tollyjoymalaysia/

SHARE 9 comments

Add your comment

  1. besntnye join event ni..dapat ilmu tentang nutrisi pemakanan untuk ibu mengandung dan menyusu dan juga anak.

    ReplyDelete
  2. bagus event ni sebab selalunya kita jarang dapat info penting tentang pemakanan yang sihat semasa mengandung dan menyusukan anak.

    ReplyDelete
  3. Macam best je .. dpt gak ilmu

    ReplyDelete
  4. bestnya !! dalam lepak2 dengan geng blogger, dapat ilmu.. fariza pun mesti suka kan dapat main dengan kengkawan.. hee~

    ReplyDelete
  5. Bagus juga ada event macam nie dapat tambah ilmu kan..

    ReplyDelete
  6. saya suka tips permakanan untuk ibu menyusu tu.. bagus.. bagus.. berbaloi la kalau dapat gi event ni

    ReplyDelete
  7. HARI BAIK KANAK-KANAK MY MALISIA

    TESTIMONI PADA BAGAIMANA saya MENYAMBUNGKAN PINJAMAN UNTUK MEMBELI RUMAH DARIPADA SYARIKAT PINJAMAN YANG TERSEBUT DAN BANYAK YANG DISEBABKAN JOSE LUIS LOAN SYARIKAT. Saya SANGAT MENJALANKAN HARI INI DAN ALLAH ALLAH.
    ,
    Nama saya Ali Sawwa Saya berasal dari bandar sabah
    Di malysia Saya telah berkahwin, saya telah mencari syarikat pinjaman tulen selama 5 bulan yang lalu, untuk membeli sebuah rumah
    Semua yang saya dapat adalah sekumpulan penipuan yang membuat saya mempercayai mereka dan pada akhirnya
    Pada hari itu, mereka mengambil wang saya tanpa memberi apa-apa balasan, semuanya
    Harapan saya hilang, saya keliru dan kecewa, saya tidak pernah mahu mempunyai apa-apa kaitan dengan syarikat pinjaman di internet, jadi saya pergi untuk meminjam wang dari
    Kawan, saya beritahu dia semua yang berlaku dan dia berkata dia boleh membantu saya, itu
    Dia tahu syarikat pinjaman yang boleh membantu saya dengan apa-apa jumlah pinjaman
    Diperlukan oleh saya dengan kadar bunga yang sangat rendah sebesar 2%, dia baru saja mendapat
    Pinjaman daripada mereka, dia mengarahkan saya bagaimana untuk memohon pinjaman, saya lakukan
    Sama seperti dia memberitahu saya, saya memohon dengan mereka di Email: (joseluisloans@gmail.com) saya tidak pernah percaya tetapi saya cuba dan saya
    Kejutan besar saya mendapat pinjaman dalam masa 24 jam, saya tidak percaya,
    Saya gembira dan kaya lagi dan saya berterima kasih kepada Tuhan bahawa pinjaman itu
    Syarikat-syarikat seperti ini masih wujud semasa penipuan ini di seluruh tempat,
    Sila saya nasihatkan semua orang di luar sana yang memerlukan pinjaman untuk pergi
    (Joseluisloans@gmail.com) mereka tidak akan gagal, dan
    Hidup anda akan berubah seperti yang dilakukan oleh saya.Beliau hubungi syarikat pinjaman JOSE LUIS hari ini dan dapatkan pinjaman anda daripada mereka, Tuhan memberkati syarikat pinjaman JOSE LUIS untuk tawaran pinjaman tulen mereka.
    Pastikan anda menghubungi JOSE LUIS Pinjaman untuk pinjaman anda kerana saya mendapat pinjaman saya berjaya dari syarikat ini tanpa tekanan.
    ////

    ReplyDelete
  8. Ofrecemos variedad de finanzas que incluyen: préstamos personales, préstamos hipotecarios, préstamos para la consolidación de la deuda, préstamos para automóviles, préstamos agrícolas, préstamos comerciales y préstamos para empresas con una tasa de interés del 3% anual y es fija. Correo electrónico: willianloanfirm6@gmail.com, whatsapp +1(214)305-8945

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2