TEMPAHAN BAJU SEDONDON AURELIUS HANDMADE

in , by Nadia Johari, 23:28:00
hai assalammualaikum

Dari Fariza lahir, sampaila harini,memang suka sedondon baju dengan anak. Puas jugakla cari baju yang memang nak sama dengan anak, dari segi design, bentuk dan corak tapi susah nak cari dekat kedai. Ada mungkin ada, tapi tak menetapi citarasa pulak. Itu biasala kan. Nak lagi mudah, kalau boleh, beli kain, lepas tu suruh orang jahit. Tapi ada ke, orang amik upah jahit tshirt. Bukan senang nak cari kan.

Mak Dan Anak Sedondon, Baju Dari Aurelius Handmade

Baju Sedondon Keluarga Di Aurelius Handmade

Haritu, nad ada post gambar di atas, dekat facebook. Ramai cakap berkenaan baju kami lawa dan sedondon. Corak pun menarik. Lagi-lagi baju anak, siap ada hoodie..hehehe. Jangan terkejut, baju ni jahit sendiri tau. Lawa kan,nad suka giler. Jeles juga dengan baju anak..hahaha.

Hah!!, ni nad nak kongsikan dengan korang, mana nak buat baju sedondon tshirt sahaja tau untuk mak,anak. Kalau nak sedondon ayah sekali pun boleh. Nak sedondon satu keluarga pun boleh, tapi hanya tshirt sahaja ok.

Pelbagai tshirt di Aurelius

Macam-macam ada

Nad tempah baju ni di Aurelius Handmade. Pemilik Aurelius Handmade ni namanya Puan Farah. Farah hanya amik tempahan buat baju tshirt sahaja. Ada juga dia amik tempahan buat seluar dan satu set baju tshirt untuk budak. Comel-comel je tengok baju budak dia buat. Geram pulak..hahhaa..

Sebenarnya ada pilihan, sama ada korang nak guna kain yang dah disediakan oleh Aurelius Handmade atau beli kain ela sendiri dan hantar dekat Aurelius. Tapi macam nad, takda masa nak cari kain ela semua, jadinya mintak pilih kain yang ada di Aurelius Handmade. Nad pilih dua kain, dua-dua bercorak. Mula tu nad tanya, tshirt je ke??, boleh buat jenis fishtail ke. Farah kata boleh, lagi suka la nad. Yela takkan nak dua-dua tshirt, mestila nak lain-lain design kan..hehehe.

Design tshirt untuk anak, nad tengok dekat page Aurelius handmade. Ada macam-macam, tapi nad terpikat dengan yang ada hoodie. Untuk gaun anak pun sama.

Untuk ukuran, korang kene ukur sendiri, lepas tu bagi dekat dia. Pastikan ukuran betul, kalau tak, haru..hahahha. Macam untuk Fariza, nad tak amik.ukuran tapi bagitau umur. Mungkin Farah dah biasa buat baju budak, tanya umur je dia tau saiz..hahhaa. Nad redha je untuk baju anak. Tapi takkan la Farah buat tak betul kan..hehehe... Nak selamat korang bagila ukuran anak beranak.

Dalam masa seminggu lebih juga baju tshirt pertama siap dan Farah hantar hasilnya. Tengok gambar pun dah cantik. Tak sabar nak dapat. Mulanya gambar dia hantar, nad nampak baju nad macam bahagian bawah tu panjang sangat pinknya, jadi nad mintak alter. Lepas tu, baju fistail pulak siap. Memang cun.

Cantik kan..bunga-bunga gitu

Tshirt Fariza ada hoodie, Nad punya tshirt muslimah

Bergaya dengan tshirt Aurelius Handmade

Fishtail dari Aurelius

Tersenyum riang pakai baju sedondon ni

Bila Farah kata, puas hati atau ada apa-apa nak kena ubah, nad cakap takde ape dah. Sebab dah cantik..hehehe. Bagus Farah ni tau. Hasilnya memang menakjubkan. Sama macam apa kita nak.

Baju ni dijahit sendiri oleh Puan Farah. Jahitannya memang kemas dan cantik. Sangat-sangat puas hati. Lepas ni boleh tempah lagi. Korang kalau nak baju macam ni, boleh contact   016 298 7011 atau terjah page dia tengokla macam-macam dia jahit sendiri di.
Facebook: https://www.facebook.com/aureliushandmade/
Instagram : @aureliushandmade



SHARE 8 comments

Add your comment

  1. tak sabar tunggu humaira leh jalan hehehhe

    ReplyDelete
  2. memang comel bajunya, sedondon gitu. ada anak perempuan seronok la nak sedondon, ni anak lelaki, mak2 kena style boyish plak. hehehe

    ReplyDelete
  3. Alololo..comey ngat. Kalau akak yang tempah ni memang geng boria sangat!

    ReplyDelete
  4. comey dua-dua, bukan senang nk jumpa tukang jahit yg puas hati jahitan, hihi :)

    ReplyDelete
  5. Wah..bestnya sedondon dengan anak..nk kena buat jugak la mcm ni😘😘😘

    ReplyDelete
  6. cantik... bestnya nampak sedondon

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2