Haruman Berpanjangan Enchanteur Stunning - Siapa pengguna Enchanteur sini? Kita geng..hehehe. Nad suka dengan Enchanteur, sebab produk dia wangi dan tahan lama. Keluarga nad sendiri menggunakan produk Enchanteur. Harga pun murah dan mudah diperolehi. Best kan bila barang murah, tapi harumannya berpanjangan seperti produk mahal..hehee.
Bak kata Author C.Joybell C “Penampilan tidak akan sempurna tanpa wangian”. Wangian Enchanteur ni sedap je baunya. Sangat nice dan tak terlalu kuat. Kajian menunjukkan wanita yang memakai haruman dilihat lebih sensual dan menarik. Wangian Enchanteur mampu menyerlahkan si pemakai dan mencipta aura yang tiada tandingan.
Haruman Stunning, Haruman Baharu Enchanteur
ENCHANTEUR merupakan jenama wangian terkemuka dan terkenal sejak berabad lamanya dengan haruman yang diinspirasikan dari Perancis, telah melancarkan semula rangkaian Eau de Toilette dan penjagaan peribadi.Bersempena pelancaran ini, satu haruman baharu yang sangat menarik telah diperkenalkan iaitu, Stunning! Wangian mempesona ini merupakan gabungan Turkish Rose dan Magnolia, telah dipertingkatkan dengan kemanisan dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur juga dengan kelembutan Sandalwood.
Korang bila pakai wangian Stunning ni pasti tertawan dengan aroma sensual ni, nad sendiri terpesona dengan wangian ni. Harum sangat. Haruman Stunning menjadikan seseorang wanita berasa lebih istimewa, seterusnya menyerlahkan penampilan dan personalitinya.
Selain Eau de Toilette, variasi Stunning juga hadir bersama produk pelengkap melalui rangkaian penjagaan peribadi termasuk losyen, deodoran, dan bedak talkum yang membuatkan kulit lebih lembut menawan sehalus satin dan berharum wangian segar sepanjang hari.
ENCHANTEUR Eau De Toilette boleh didapati pada harga runcit RM28.20 (termasuk 6% GST) bagi setiap botol 50ml. Manakala Losyen Enchanteur juga boleh didapati dalam pelbagai saiz yang berharga dari RM5.40 hingga RM17.60. Deodoran Enchanteur pula hadir dalam pelbagai bentuk/ format- stik, bebola dan juga semburan yang berharga dari RM4.90 sehingga RM8.40 manakala bedak Enchanteur berharga dari RM4.40 hingga RM11.80.
Nampak tak botol wangi ni, cantik kan. Boleh nampak bentuk botol ni seperti bentuk badan wanita. Hah!!, ENCHANTEUR telah membaharui bentuk botol rangkaian EDT iaitu berkonsepkan bentuk tubuh seorang wanita memakai gaun berlipat dengan potongan duyung; manakala variasi warna pada botol adalah berdasarkan wangian flora di dalamnya. Menarik sangat, pandai Enchanteur pikat hati seorang wanita.
Bukan setakat bentuk botol yang cantik, malah penutup juga nampak menarik. Berbentuk bunga mawar mekar yang menjadi simbolik percintaan yang romantis dan pati bunga yang menjadi pelengkap di dalam botol wangian tersebut. Pembungkusan indah ini amat mudah dipegang dan boleh dijadikan hiasan di atas meja rias.
Pelbagai produk wangian serta produk penjagaan diri Enchanteur boleh didapati di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi.
Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, sila log masuk ke
Website: www.enchanteur.com.my Facebook: www.facebook.com/EnchanteurMY.
Akak suka bedak dengan minyak wangi dia, wangi baunya. Harga dia pun tak mahal sangat, berpatutan!
ReplyDeleteBesnyaaa nak jgk ..
ReplyDeletedalam banyak barang kat atas ni, IQ suka perfume, sebab IQ paling kerap guna perfume berbanding yang lain, deodarant enchanteur tak ngam dengan IQ. tapi bedak enchanteur memang wangi!
ReplyDeleteMemang wangi kannn Enchanteur Stunning ni..!! Cantik lak tuu Botol dia
ReplyDeleteXsuka perfume sjk pregnant 🤰 urghh. Lps bsalin la br cuba
ReplyDeleteperfume yg ni tahan lama... suka sangat dengan Enchanteur ni
ReplyDeletedapat satu set best ni ;)
ReplyDeletetgk produk ni rasa romantik lak
ReplyDelete