hai assalammualaikum

The Little Nyonya Cuisine - Dah lama duduk kampung, memang jarang keluar dah, sebab mr mafia dekat kl, kenderaan takda nak jalan-jalan. Bila mr mafia datang jenguk isteri dan anak dekat kampung, barulah dapat jalan-jalan.

THE LITTLE NYONYA CUISINE
Little Nyonya Cuisine Setia City Mall

The Little Nyonya Cuisine Setia City Mall

Haritu Raya Aidiladha, lepas je solat jumaat, dalam pukul 3 petang, mr mafia ajak pergi Setia City Mall. Nak bawak Fariza pergi tempat mainan kanak-kanak. Memang dah lama Fariza tak pergi ke situ. Haritu dua jam ambil masa, biar dia main puas-puas. Dah main tu, cari la tempat makanan. Turun je sampai bawah nampak satu kedai ni namanya The Little Nyonya Cuisine. Tengok menu, menarik, pulak tu ada cendol. Memang bestla, sebab tengah teringin nak makan cendol. Tengok kedai pun macam ramai orang je. Tempat duduj penuh, jadi kitaorang pun pilih la tempat ni untuk makan malam.

Menu dia biasa, ada lauk, ada goreng, ada western, ada pencuci mulut. Haritu kitaorang pilih makanan bergoreng.

THE LITTLE NYONYA CUISINE
Ni special sikit, daging masak halia..sedap

Nad order Nasi Planta bersama daging, bawang masak halia ( Ginger Onion Beef With Butter Rice ). Ada keropok, ada telur sambal. Nasi sedap, dagingnya pun sedap. Lembut. Fariza suka sangat makan nasi goreng planta tu. Banyak juga dia makan. Mommy tak kenyang..hahhaa, sebab dia ambil makanan kita.

THE LITTLE NYONYA CUISINE
Daging blackpepper..dah biasa rasa..hehehe

Mr mafia pulak order Nasi Goreng Planta dengan daging masak blackpepper ( Black Pepper Beef With Butter Fried Rice ).

THE LITTLE NYONYA CUISINE
Cendol..baby ngidam..mak kenyang..hehehe

Pencuci mulut, nad pilih cendol. Sedap, manis.

THE LITTLE NYONYA CUISINE
Pengat pisang kegemaran suami

THE LITTLE NYONYA CUISINE
Khusyuk dia makan

Mr mafia pulak, cendol dengan pengat pisang. Korang tengok anak dara kita sorang ni, kalau dah suka makanan tu, memang jangan dikacau. Khusyuk makan.

Kedua-dua pencuci ni, kalau korang nak makan lepas makanan berat kena cakap "after eat". Haritu nad dah cakap, ntah pelayan tu tak dengar, dia bawak sebelum makan makanan berat. Haishh..

Minuman kitairang order air suam je.

Ada tu, seorang pelayan, perempuan, muka, masam mencuka. Tak senyum langsung. Stress pulak kita tengok muka dia..aiyaa..Nasib baik makanan sedap..huhu..Semua makanan nad order bawah RM50..okla..korang bolehla kalau nak cuba.


SHARE 9 comments

Add your comment

  1. Perghhhh sedapnya cendol tu, kita lak terliur!

    ReplyDelete
  2. sedap nampak pengat pisang tu, budak2 memang suka kalau menu macam tu kan kan?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Wrmbth

    Selamat hari selasa nadia

    Rupanya kita ni tak jauh. Selalu juga pergi setia siti mull

    ReplyDelete
  4. woww.. nampak sedappp kne try ni nanti hihihi

    ReplyDelete
  5. Perghhh cendol dia.. tak tertahan tengok. Terbuka selera :)

    ReplyDelete
  6. Alahai nad .. sedap pulak nampak cendol tuu..terliur ahkak hahaha

    ReplyDelete
  7. Halal? Saya dari masa depan. Little Nyonya masih tak ada sijil Halal rasanya. Tak baik sahkan Halal kalau tak tahu fakta sebenar. Kedai dah lama tp masih tak dpt sijil halal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak da sijil halal dan beli ayam di tempat tak halal jgk.

      Delete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2