hai assalammualaikum

Ngidam Benda Manis Semasa Mengandung - Dari mengandung anak pertama memang suka makan benda manis-manis. Kalau tak, mengandung, takde pulak tekak ni nak manis-manis. Tapi takdela setiap hari nad makan benda manis tu banyak-banyak. Tak elok ibu mengandung makan manis sesangat ni..kang cek ada pulak problemnya..

NGIDAM BENDA MANIS MASA MENGANDUNG
Sedapnya kek coklat ni

Cara nad makan benda manis tu, macam nad makan lepas makan nasi, sebagai kudapan atau makan waktu petang. Tu pun kadar yang sedikit. Macam nad, suka makan coklat, kek atau biskut coklat. Setiap hari akan makan satu coklat macam tu. Petang, satu bungkus biskut. Kalau beli kek pun, makan separuh, simpan makan untuk esoknya. Bila dah habis semua, takde la gopoh-gopoh nak beli, tunggu dulu dalam seminggu ke atau bila stok buah habis, baru beli manisan balik..hehehe. Kalau manisan habis, nad akan makan buah. Macam tu la. Cuma mesti dekat rumah ni,, ada benda manis.

Lepas makan benda manis, mestilah minum air masak. Janganla balun air manis gak..mak aihhh..tak beringat..

NGIDAM BENDA MANIS MASA MENGANDUNG
Dunkin Donuts

Baru-baru ni ngidam dunkin donuts pulak. Padahal bukan suka sangat makan. Jarang beli pun. Rasa dah lama tak beli. Tapi bila nampak tu, lain pulak keinginan ni. Mintak la mr mafia beli. Dia beli sampai 6 jenis pelbagai rupa, bentuk dan rasa.

NGIDAM BENDA MANIS MASA MENGANDUNG
Donut pelbagai rasa

Ada coklat, oreo, krim, bentuk pelik pun ada..hahaha. Nad makan yang coklat dan oreo..lain tak sedap..hahaha.. oh yang bergula tu pun nad makan.

NGIDAM BENDA MANIS MASA MENGANDUNG
Dia pun belasah je makan apa

Yang anak kita Fariza pun suka coklat. Korang tau apa dia buat, dia makan atasnya je..sabar jela..bila toping habis di makan, donatnya dia bagi kat kita..gigit juga budak ni. Takpela demi anak, makanla sepuasnya. Dah dia tengah seronok nak makan.

Tadi pergi pasar, nampak kek coklat. Tapi tak terbeli pulak, sebab makanan ringan coklat ada lagi..Nantila kita beli ye.
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Masa ena dlu suka masam2 klu mkn manis confirm loya tkeluar sume.. tp bila dah 8bln tu xbole control mkn dah..manis2 pon suka. Nasib berat xnaik mendadak..hehe

    ReplyDelete
  2. Takpe jer makan tapi berpada2 tau Nad.. makan sikit2 jer ..

    ReplyDelete
  3. masa preggy yang sulung suka betul coklat Cloud9, tapi bila dah bersalin langsung tak suka sebab manis sgt. sampaikan stok coklat yg simpan masa mengandung tu expired macam tu je..

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2