hai assalammualaikum

Rambut Kekal Sihat Dan Cantik Dengan Shampu Shurah Ariana

Penjagaan Rambut Kekal Sihat Dan Cantik - Rambut adalah salah satu aset berharga untuk manusia, terutama para wanita, sampai ada istilah “Rambut Adalah Mahkota Wanita”. Tapi lelaki sekarang pun dah jaga penampilan terutama sekali rambut. Rambut digayakan dengan bermacam-macam jenis fesyen, dan warna. Wanita pula, memang suka belai rambut sendiri kan..hahaa. Duk gentel-gentel rambut, kadang sampai tertidur. Tapi tak bestnya bila tiba-tiba, ko pEgang rambut, kasar, tersekat, hujung bercabang dan macam-macam lagi la.

Rambut bagi wanita mahupun lelaki adalah sesuatu yang sangat berharga. Bagi wanita yang bertudung pula, walaupun rambut tertutup, namun penjagaan rambut juga perlu dititiberatkan. Yela dah tutup rambut seharian, dengan cuaca yang panas dan lembap mungkin akan menyebabkan masalah rambut seperti berpeluh dan kulit kepala berminyak. Rambut juga mungkin akan berbau kehpam kau..euwww..

SYAMPU SHURAH ARIANA
Shampu Shurah Ariana

Shampu Shurah Ariana 

Jadi, untuk mendapatkan rambut yang kekal sihat dan cantik, mestilah kena pilih syampu yang sesuai. Hah!!, nad tertarik dengan shampu terbaru Shurah Ariana ni. Dah la berwarna-warni kaler dia. Ada empat jenis shampu Shurah Ariana yang korang boleh cuba untuk mneyelesaikan masalah rambut yang korang hadapi iaitu untuk kelemumur, untuk kawalan rambut kering dan rosak, lembut dan licin dann kawalan rambut gugur

Syampu Shurah Ariana telah diperkenalkan untuk membantu dalam penjagaan rambut wanita terutamanya wanita berhijab. Ia diperkaya dengan bahan aktif semulajadi  DANDRILYS yang merupakan bahan aktif semulajadi menyediakan penjagaan lengkap dan lebih cepat daripada molekul anti-kelemumur terkenal, Zinc pyrithione (ZPT), yang mampu mengurangkan kerengsaan & gatal-gatal yang tidak menyenangkan dan mengawal pengeluaran minyak pada kulit rambut.

Selain itu, Farnesol dan aroma wangian yang disertakan dengan teknologi pengurangan bau mampu membebaskan aroma wangian yang harum yang akan mengekalkan keharuman rambut anda sepanjang hari biarpun mengenakan hijab.

SYAMPU SHURAH ARIANA
Shampu Shurah Ariana Smooth & silky

Shurah Ariana botol warna pink ialah untuk Lembut Dan Bersinar atau Smooth & Silky Hair, dirumuskan dengan pati daripada buah tin dan delima yang mampu membantu melembutkan rambut dan membersihkan kulit kepala dari kesan minyak serta kotoran. Kandungan bahan antioksidan yang tinggi membuatkan kulit kepala sentiasa sihat walaupun anda memakai hijab sepanjang hari.

SYAMPU SHURAH ARIANA
Shampu Shurah Ariana Anti-Dandruff

Shurah Ariana berwarna hijau pula ialah Anti Kelemumur atau Anti Dandruff, diformulasi dengan bahan aktif octopirox dan juga menthol yang mampu mengurangkan masalah kelemumur dengan mengurangkan pengeluaran minyak berlebihan serta membantu mengekalkan tahap sebum pada kadar yang optimum bagi perlindungan terhadap unsur-unsur luar. Kandungan menthol di dalam syampu ini juga mampu membuatkan kulit kepala dan rambut anda berasa segar sepanjang hari serta pertumbuhan rambut yang sihat menawan.

SYAMPU SHURAH ARIANA
Shampu Shurah Ariana Dry & Damaged Hair

Dry & Damaged Hair atau Rambut Kering & Rosak pula berbotol kuning diadun menggunakan ektrak minyak Argan, minyak Jojoba bersama pelbagai jenis vitamin seperti Vitamin A, B5 dan E yang dapat membekalkan nutrisi yang mencukupi bagi mengatasi masalah rambut kering, gugur dan bercabang sekaligus menjadikan rambut anda tampil lebih lembut, subur dan bermaya. Vitamin A mampu memberi kelembapan berkekalan kepada kulit rambut. Vitamin B5 boleh menguatkan akar rambut agar rambut tidak mudah gugur serta membantu mengawal kerosakan rambut jika terdedah kepada pemanasan melampau yang juga mampu mengurangkan masalah rambut bercabang. Vitamin E mengurangkan kerosakan akibat daripada radikal bebas dan membekalkan nutrisi yang mencukupi bagi mengatasi masalah rambut kering, gugur dan bercabang sekaligus menjadikan rambut anda tampil lebih lembut, subur dan bermaya.

SYAMPU SHURAH ARIANA
Shampu Shurah Ariana Hair Fall Control

Dan yang keempat ialah Hair Fall Control atau Rambut Gugur botol berwarna Biru .Diperkaya dengan Protein dan minyak zaitun bagi menguatkan, memperbaiki serta melindungi rambut agar sentiasa lembut dan sihat. Kandungan minyak zaitun mampu membantu mengawal kesan anti radang pada kulit kepala. Bahan anti oksidan juga menyuburkan dan menguatkan akar rambut serta melindungi kulit kepala daripada bersisik serta kelemumur.

Nad suka dengan Shampu shurah Ariana ni sebab dia harum. Antara keempat-empat botol ni, nad pilih yang anti-kelemumur. Segar sangat bila pakai. nad ada masalah rambut kelrmumur, selalu jela garu kepala ni. Lagi kalau panas. Lepas pakai shampu Shurah Ariana Anti Kelemumur ni, rambut tak gatal dan kelemumur pun dah kurang. Nad memang selalu potong rambut pendek, sebab tak selesa, sekarang boleh la bela panjang balik rambut..heehe.

Harga RM12.30 untuk 330 milimeter (ml) dan RM7.90 untuk 170ml. Murah je, dan berpatutan. ada saiz botol yang besar dan kecik. Syampu Shurah Ariana boleh didapati di semua pasar raya terkemuka, pasar raya besar dan farmasi seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut:
Instagram : https://www.instagram.com/shurahmalaysia/
Facebook : https://www.facebook.com/ShurahMalaysia/
Hashtag #shurahmy #shurahariana #shurahmalaysia  #shurahpencerah
Untuk pembelian di dalam talian: http://www.jetaine.com/shop/

SHARE 5 comments

Add your comment

  1. wahh murah je kan untuk dapat rambut sihat;) especially kita yg bertudung ni kene jaga rambut betul2

    ReplyDelete
  2. Nampak cantik arr, kaler botol syampu tu..suka nengoknya aih !
    Wangii terus dnegan Shurah ~

    Jom join GA Nona nihh~
    http://nonasani.blogspot.my/2017/08/giveaway-saya-nak-prime-buster-cream.html

    ReplyDelete
  3. Shurah mmg best..packaging dia tu kan cantik nooo..tergoda pon ada bila tgk botol hehehe

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2