hai assalammualaikum
Rendang Itik Menu Baru Hari Raya - Lamanya cuti kan. Sakan betul korang cuti ye, nad pun sakan cuti..hahhaa. Dari cuti Merdeka, lepas tu Hari Raya Aidiladha, sambung pulak sampai hari Isnin, Perdana Menteri bagi cuti sebab Malaysia banyak dapat pingat emas untuk Sukan Sea.
Ok, taknak cerita pasal cuti, nak cerita pasal makanan..hehhee. Nad nak ucap Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua. Lambat pulak ucapnya..hehhe. Hari Raya Aidiladha kali ni, ada menu baru iaitu rendang itik. Kat kampung memang jarang masak rendang, disebabkan abang ipar bela itik, jadinya kali ni masak rendang itik. Itik memang sedap dibuat rendang. Masak lain pun sedap, tapi disebabkan raya masakla rendang.
Pes rendang pun mak nad dah siapkan. Nad tinggal masak je. Nak masak itik ni kena lama, baru daging dia empuk. Nak makan pun sedap je.
Menu wajib masa raya, mestila lontong, ayam kicap, sambal kacang dan masak lodeh.
Hari Raya Aidiladha, meriah sebab semua adik beradik balik. So riuh la rumah. Makanan pun habis la..hahaha..Masakan mak memang terbaik. Sebab tu licin.
Macam biasa bila dah namanya Hari Raya Korban, mestila dapat daging lembu dan tulang. Esoknya, mak masak pulak sup daging dan tulang. Alhamdulillah, duduk kampung memang makan je. Sentiasa ada makanan..hahaha. Gemukla kita oii..Kampung adalah syurga makanan..hehehe. Alhamdulillah..
Korang menu apa pulak masa raya..
Add your comment