hai assalammualaikum

Sakit Di Sebelah Kanan Ketika Mengandung

Sakit Di Sebelah Kanan Ketika Mengandung - Macam-macam pengalaman mengandung ni. Kalau sebelum ni, nad mengandung ok je, takde apa masalah. Takda sakit sangat, takda penat sangat, kiranya semuanya ok la. Kalau sakit pun, sekejap je, tu pun bahagian pinggang. Normal sakit bahagian pinggang sebab baby nak membesar kan. Baby dah start tekan pelvis kita. Ubatnya mintak suami usap la..huhuhu..


Tapi kali ni, nad cepat penat, ada masalah keputihan. Awal bulan ni pulak, tiba-tiba datang sakit dari bahagian pinggul sampai ke peha. Sakitnya tu macam terseliuh, adoii, tak tahan. Sakit ni akan datang bila nad bangun dari tidur. Fuh, jalan pun terhencut-hencut. Memang tak tahan. Bila terjadi, nad akan duduk sekejap. Ketuk-ketuk pinggul dan peha. Memang lama jugak hilangnya. Kadang sampai menangis tahan sakit ni. Kadang tak boleh duduk lama, yela, nak buat kerja rumah lagi. Kalau tak buat bersepah..kita yang rimas..Nak taknak kena buat juga, kadang sambil nangis..huhu..sedih.

Layankan Fariza pun letih. Mana taknya, sikit-sikit nak itu, nak ini. Nak rehat secukupnya pun tak boleh. Ada je dia nak. Kadang penat nak layan dia ni, tapi kesian, layankan je. Tapi kadang biarkan juga. Mommy need a rest yang cukup ok. Mandikan dia, lagi masa dia berak, aduh kena menunduk ni ha..letih..tapi dah anak, nak buat macam mana.

Sakit jadi lebih teruk bila nad cuba mengiring waktu baring, panjat tangga,angkat barang dan jalan. Lagi uruskan anak, layan anak. Menahan jela. Dah mr mafia pun bekerja. Nak taknak kena uruskan juga. Ni la salah satu pengorbanan ibu mengandung..sobsob..Ni baru nak masuk anak dua..nanti.dah keluar adik Fariza, kita stop dulu la ye..buat perancangan..hahaha.

Kalau kata kurang kalsium, takdela pulak. Nad selalu minum susu. Esok nak pergi cari susu lagi sebab stok susu dah habis. Nak kata minum banyak air, nad memang kuat minum air. Nak terbuang air kecil pun banyak kali..hahaha. Mungkin sebab nad masih susukan Fariza, tapi tak kerapla. Sebab Fariza pun dah mula makan dan minum air coklat. Dia cari susu gantung pun waktu malam. Sebab tu setiap malam, nad tidur mengiring susukan dia kadang sampai lenguh.


Faktor sebab sakit ni juga disebabkan kesalahan postur kita, cara kita berdiri, duduk dan ambil barang. Cara yang betul, nad ada tulis entry sebelum ni Posisi Yang Betul Semasa Mengandung.




SHARE 1 comment

Add your comment

  1. moga nad tabah menghadapi dugaan semasa mengandung ye..

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2